"Daddy, tengok tu. Tangan mommy gerak lah. Mommy dengar ke kita cakap?" Tanya Helena polos lalu menunjuk ke arah tangan Eirene yang mula memberi respon itu.

Tengku Ferhad terkesima sebentar. Dia pun nampak perkara yang sama. Tangan Eirene bergerak seperti mahu mencapai sesuatu.  Perlahan-lahan bibirnya melakar senyuman.

"Sayang...." serunya perlahan.

"Helena Malaiqa, tunggu sini sekejap tau. Daddy nak panggilkan doctor" pesan Tengku Ferhad pada anaknya dan Helena mengangguk mengerti. Wajah mommynya dipandang kasihan.

"Mommy? Mommy open your eyes,"

"He-le-na—-" sangat perlahan suara itu menyeru nama anaknya yang sedang terkebil-kebil memandang ke arahnya. Tekaknya terasa perih teramat sangat. Itu yang membataskan percakapan dia.

"Mommy rest lah dulu. Daddy pergi panggil doctor sekejap" bahu Eirene ditepuk perlahan oleh Helena. Macam mendodoi pun ada.

Sebaik saja doktor yang memeriksa isterinya itu keluar, Tengku Ferhad terus menuju ke katil pesakit. Pipi Eirene diusap perlahan. Matanya sudah memerah. Sayunya hati melihat keadaan isterinya yang sudah semakin membaik itu.

"Sayang, are you okay? Are you good? Ada sakit dekat mana-mana tak?" Soal Tengku Ferhad risau.

Perlahan-lahan bibir merekah itu cuba meloret senyuman. Dengan bersusah payah, dia cuba mengangkat tangannya yang terasa senga dan sakit itu. Tengku Ferhad terus menyulam tangannya dengan tangan Eirene. Dia tidak mahu Eirene terlalu banyak bergerak.

"Eir-ene min-ta ma-af" satu demi satu suku kata Eirene cuba menyebutnya. Tengku Ferhad menggeleng laju.

Dari sisi, dia memeluk Eirene yang sedang terlantar. Wajahnya disembamkan di leher isterinya lalu menghamburkan tangisan di situ.

"No need to say sorry sayang. That is not your fault. Sayang tak ada salah dengan I. Sebaliknya I yang salah. I ego, I buat tak endah, I selfish. I'm sorry sayang. I'm sorry...."

"Te-rima kasih a-bang. Jang-an mena-ngis sebab Eirene. Abang- pun -tak salah"

"I lambat datang selamatkan sayang. I minta maaf. I gagal lindungi isteri I, anak I. Sayang, our baby..."

Eirene mengangguk faham.

"Eirene ta-hu. Baby datang da-lam mimpi. Dia dah tak ada kan abang? Eirene keguguran kan?" Semakin lama, pecakapannya semakin lancar.

Tengku Ferhad menjatuhkan kepalanya beberapa kali. Makin serba salah bila melihat wajah yang masih tenang itu. Waktu itu, masing-masing diam seketika.

"Abang se-dih, baby kita dah tak-ada?" Soal Eirene yang ingin tahu tentang perasaan suaminya sekarang.

"Abang lagi sedih kalau isteri abang tak ada. Mungkin bukan rezeki kita lagi untuk nak ada baby sayang. Tapi apapun I bersyukur sangat sebab sayang I ni kuat. Sayang dah sedar, dah boleh bercakap dengan abang sekarang. Baby boleh buat lagi, kalau isteri abang tak ada cinta abang dah tak ada ganti"

Sesungguhnya kata-kata Tengku Ferhad itu umpama penawar paling mujarab untuk merawat sakit yang dialaminya sekarang. Eirene semakin banyak merespon. Eirene tersenyum lebar. Sudah berbunga-bunga hatinya.

"Terharu-nya Eirene. Thankyou abang. Nanti tunggu Eirene sihat sikit, boleh abang bawa Eirene ziarah kubur baby"

"Anything for you milady..."

"Daddy, macam mana buat baby? Senang ke susah?" Soalan cepumas daripada Helena itu langsung menyedarkan mereka berdua bahawa ada anak bawah umur di situ. Eirene memberi isyarat mata pada Tengku Ferhad.

"It's quite difficult and takes time sweetheart. Sebabtu kalau Helena nak baby Helena kena bagitahu daddy awal-awal. 9 bulan kena tunggu" auta Tengku Ferhad. Hendak bercerita secara terperinci pun, anaknya itu 5 tahu baru usianya.

"Oh it's okaylah daddy. Don't rush, let mommy become more healthy first. Mommy kan baru jaga. Kesian mommy" kata Helena.

Tidak dapat menahan lagi, Eirene ketawa juga. Sakit tekaknya dipersetankan. Perbualan dua beranak ini agak menghiburkan.

"Abang...." Panggil Eirene syahdu.

"Uhurm?"

"Thankyou again" Dahi suaminya sudah berlapis tanda tidak mengerti.

"Thankyou for saving me and taking care of me. Eirene love you" sambung Eirene lagi supaya suaminya itu lebih faham.

"No problem milady that's my responsibility. Oh yea, Tengku Ferhad love you too. Get well soon," balas Tengku Ferhad dalam nada sarkastik membuatkan Eirene tersenyum lagi.

"Alright—" Eirene mengenyit matanya nakal.

"Anfisa...you tu belum sihat betul lagi" tegur Tengku Ferhad meleret.

Alhamdulillah, bersyukur kepada yang Maha Esa kerana telah memberi kesembuhan buat isterinya. Sekejap lagi, dia mahu ke surau sebentar untuk menunaikan solat sunat dan juga sujud syukur.

Tengku Ferhad bangun dari kerusi dan cepat-cepat menyambar pipi Eirene dengan bibirnya saat Helena tengah ralit memandang ke arah lain.

"I nak solat kejap sayang. You stay dengan Helena okay. I'll be back. Don't miss me"




















to be continued•

Godaan Encik Suami [C]Where stories live. Discover now