"Nah, abang tengok lah sendiri. Eirene penat, Eirene kecewa sangat-sangat. Eirene dah tak harapkan apa-apa lagi dah" ujar Eirene seperti orang yang putus harapan dan mengalah.

"We're going to watch this sh*t together"  kata Tengku Ferhad dengan rahang yang sudah menimbul. Gambar-gambar itu dia renyuk geram.

"Taknak, Eirene dah tengok. Tak ubah macam Eirene tengok video lucah suami sendiri!"

"Eirene Anfisa! Jangan nak tuduh-tuduh I dulu boleh tak?" Tengku Ferhad tinggikan suaranya sama. Kalau Eirene rasa hatinya sudah cukup terluka. Begitu juga dengan Tengku Ferhad. Malah lagi terluka bila dituduh begini.

Tamatnya video tersebut Tengku Ferhad mengurut pelipisnya sendiri. Dia sendiri malu melihat tayangan tersebut.

"Tak payah nak nafikan—"

"Yes, itu memang I, bukan lelaki lain" jujur Tengku Ferhad.

Pang!

Satu tamparan hinggap di pipi lelaki itu. Tengku Ferhad tergamam. Setitis air matanya menitis tiba-tiba.

"You percayakan benda bod*h ni lagi dari I Anfisa?" Soal Tengku Ferhad yang memandang tepat ke wajah yang penuh kekeliruan itu.

"Apa alasan yang saya ada untuk tak percayakan dia? Abang sendiri mengaku itu adalah abang. Abang berzina dengan perempuan lain! Abang buat Eirene cemburu. Kenapa abang kenapa?!!" Makin lama, Eirene semakin emosi.

Tengku Ferhad diam meraup wajahnya kasar. Dia mengangguk faham.

"Why should I be disappointed like this Eirene Anfisa?" Soal Tengku Ferhad penuh getarnya.

"Shut up Tengku Ferhad!" Tutur Eirene dengan fikiran yang bercelaru.

"Dengan nama Allah, I Tengku Ferhad Mateen, bersumpah yang I tak pernah mendatangi mana-mana perempuan selain dari isteri I. Itu video lama. Isteri I pun dah 5 tahun meninggal. Waktu tu kami kena sabotaj dan langsung tak sedar apa-apa. I tak tahu macam mana benda ni boleh sampai pada you. I minta maaf kalau I tak banyak bercerita tentang arwah. I cuma takut you cemburu"

Eirene terdiam seribu bahasa.

"Please Anfisa, I ada maruah juga," Keluh Tengku Ferhad kedengaran pilu.

Masing-masing berdiam diri lama. Tengku Ferhad terpaksa mengalah demi isterinya yang sedang menangis teresak-esak itu.

Kepala Eirene diusap. Ubun-ubun Eirene dikucup lama sambil matanya terpejam. Setitis air matanya jatuh di atas kepala isterinya itu.

" Take care"











EIRENE sudah letih mahu mengeluarkan air mata. Wajahnya sudah cukup sembab. Apa yang dia mahukan sekarang adalah kemaafan dari Tengku Ferhad sendiri. Dosanya terlalu besar kerana membuat tuduhan seberat itu pada suaminya sendiri . Kalau lah tuhan menjemput dia sekarang, Eirene takut.

Ya Allah...

Jarum jam sudah menginjak ke angka 3 pagi. Susuk tubuh Tengku Ferhad masih belum kelihatan. Eirene meramas jari-jemarinya sendiri. Tidak senang duduk. Kemudian perutnya pula diusap perlahan. Eirene kemam bibir menahan diri tadi menangis lagi.

"Maafkan mommy sayang, mommy tak tahu kenapa mommy berubah jadi kejam macam ni. Daddy tak salah tapi mommy tuduh dia. Sekarang daddy merajuk. Daddy taknak balik rumah. Padanlah dengan muka mommy...."

Esakan halus mulai kedengaran.

"Sayang kuat dengan mommy tau. Teman mommy pujuk daddy. Kalau nyawa mommy perlu jadi korban demi kemaafan daddy pun mommy sanggup sayang. Mommy sanggup buat apa saja asalkan daddy boleh maafkan mommy. Tuduhan mommy pada dia berat sangat. Mommy takut sekarang"

Eirene menyelesakan diri untuk berbaring di atas sofa di ruang tamu tingkat bawah. Di harap sangat Tengku Ferhad segera pulang ke rumah.

"Tidur dulu ya sayang, mommy nak tunggu daddy balik. Goodnight"

Pagi itu, Eirene Anfisa tidur bersendirian tanpa peneman di sebelahnya. Air mata yang menjadi teman pengganti.

Senyap-senyap  Tengku Ferhad melangkah masuk ke dalam rumah menggunakan pintu yang bertentang dengan kolam. Sebaik mahu mendaki tangga, hatinya terdetik untuk menuju ke ruang tamu sebentar.

Kata hatinya benar. Ada Eirene yang sedang tidur mengiring di atas sofa bersama sisa air mata yang beransur kering. Tengku Ferhad mengeluh perlahan. Sebelum mengejutkan isterinya itu untuk bangun dan masuk tidur di dalam bilik.

"Anfisa" kejut Tengku Ferhad sekali sahaja dan Eirene terus membuka matanya.

"Abang...." Eirene nampak bersusah payah mahu bangun.

"Abang pergi mana?" Tanya Eirene dalam nada yang serak-serak basah.

Tengku Ferhad diam langsung tidak pasang niat mahu menjawab. Dia perhatikan saja Eirene yang sedang dihurung rasa serba salah itu.

"Pergi naik atas tidur dalam bilik" arah Tengku Ferhad.

"Abang?" Tanya Eirene pula. Tengku Ferhad diam lagi tidak menjawab.

"Okay Eirene mintak maaf , Eirene naik dulu. Goodnight abang" Eirene bangun dan bergerak naik ke bilik sambil menunduk. Dia tahu Tengku Ferhad masih terluka dengannya. Tetapi sekurang-kurangnya hatinya sedikit lapang bila suaminya sudah pulang ke rumah.

Tengku Ferhad melabuh punggung di sofa. Wajahnya diraup. Jiwanya bercelaru.

"Sungguhpun Anfisa salah, tolong kawal kemarahan along. Dia mengandung, jangan bagi dia tekanan. Kalau along rasa along tak boleh nak kawal perasaan tu, jangan balik lagi. Duduk sini sampai along rasa along dah okay"

Itu yang dipesan Tengku Zahira malam tadi. Tengku Ferhad mengeluh berat. Dia balik sebab dia rindu, tetapi hatinya masih terluka. Tengok wajah Eirene tadi pun masih terasa ngilu.




















to be continued•

Godaan Encik Suami [C]Where stories live. Discover now