Tiba-tiba Eirene meletakkan kepala di atas dadanya. Tengku Ferhad merasakan dadanya hangat. Dahi Eirene ditekup. Panas. Leher pula diperiksa. Panas. Kalau goreng telur mungkin boleh separuh masak.

Eirene Anfisa demam.

"Sayang, bangun sayang. Badan you panas sangat ni. You demam ni Anfisa" kejut Tengku Ferhad.

Eirene merengek geram lalu menarik tangan Tengku Ferhad menyuruh lelaki itu baring semula. Tadi dah sedap tidur dapat menghidu bau badan suaminya yang wangi itu.

"You demam Anfisa, jangan la buat perangai macamni" keluh Tengku Ferhad.

"Tidurlah abang, Eirene okay. Sakit kepala sikit je. Eirene nak peluk abang, nak bau badan abang. Baring lah balik" arah Eirene dengan mata masih terpejam.

"Nanti makin melarat demam ni. Kita pergi klinik" putus Tengku Ferhad.

"Taknak. Eirene tak sakit pun. Biasalah demam ni. Esok baiklah. Abang baringlah balik" paksa Eirene keanak-anakkan.

"Banyaklah you esok baik. You ingat apa?"

Melihat isterinya itu sudah mula mengeluarkan tanda-tanda mahu menangis, Tengku Ferhad terpaksa menurut saja dahulu permintaan isterinya itu. Eirene apa lagi, terus meletak kepala di atas dada bidang suaminya. Aroma badan Tengku Ferhad yang wangi itu mula memasuki rongga hidungnya. Eirene kembali terbuai dah tertidur semula.

Sudahnya, kedua-duanya tertidur sekali.











          SUDAH pukul 7 pagi, mereka masih nyenyak tidur. Helena sudah siap mahu ke sekolah. Disebabkan lama mommy dan daddynya bersiap, Helena masuk ke dalam bilik tidur utama itu. Ternyata, mommy dan daddynya masih lagi tidur.

"Daddy! Mommy! Helena dah siap nak pergi school ni" kejut Helena nyaring.

Masing-masing kalut membuka mata. Rasa bagai dihempas ke bumi. Eirene menjeling jam di dinding.

"Allah! Abang, dah pukul 7 pagi!" Kalut Eirene mahu keluar dari selimut tetapi Tengku Ferhad pantas menghalang dan memberi isyarat mata ke bawah dan naik ke atas semula.

Terus Eirene mengejung.

"Kenapa mommy dengan daddy tak pakai baju time tidur? Tak sejuk ke?" Soal Helena polos.

"Erk errr...." Eirene mula beralasan.

"Mommy nak demam semalam, sebabtu daddy buka baju mommy. Helena, Helena keluar dulu ya? Mommy dengan daddy nak siap sekejap" bantu Tengku Ferhad dan mujur Helena percaya.

Sebaik Helena menutup pintu bilik, tangkas Tengku Ferhad mencempung tubuh isteri lale mereka masuk ke dalam bilik air sama-sama.

"We are late! Let's take shower together"

Eirene hanya pasrah sahaja dengan situasi kelam-kabut sekarang. Alang-alang dah lambat nanti biar dia cakap sendiri dengan cikgu di sekolah Helena.

Sambil masing-masing bersiap, Eirene mengambil kesempatan mahu memberitahu suaminya akan berita gembira tersebut. Kot Tengku Ferhad diperkemaskan.

"Abang"

"Hm?" Sahut Tengku Ferhad lembut.

"Eirene sebenarnya...." Rasa berdebar pula tiba-tiba. Lagi- lagi tumpuan Tengku Ferhad memang seratus peratus ke arahnya.

"Apa sayang?" Awning tudung Eirene yang sedikit menggelembung itu dibetulkan sedikit.

"Eirene pregnant" senafas Eirene memberitahu.

Tengku Ferhad keras kejung menatap wajah isterinya bagai tidak percaya. Ke dia memang salah dengar.

"Ha-hah? Apadia?"

"Eirene mengandung. Dah 6 minggu" ulang Eirene tersenyum sipu. Tangan Tengku Ferhad dibawa ke perutnya yang masih rata.

Tak semena air mata Tengku Ferhad gugur. Terharu dan gembira dalam masa yang sama.

"Allah...alhamdulillah, thankyou sayang"

Bibir Eirene dipagut mesra. Firasatnya semalam benar. Eirene sedang sembunyikan sesuatu. Sembunyikan berita gembira untuknya.

"Abang, kita hantar anak dulu? Dah lewat ni" ajak Eirene. Tidak harap mahu berdua-duaan dalam keadaan masing-masing sedang gembira itu. Takut terbabas ke lain.

"Hello Leena, cancel all the meetings and appointments for today. I cuti" selepas meninggalkan pesanan kepada pembantu peribadinya, dia menarik Eirene merapatinya dan satu kucupan hangat dihadiahkan di dahi dan bibir Eirene sekali lagi.

"Balik nanti I nak sayang cerita semula okay?"

















•to be continued•

Godaan Encik Suami [C]Kde žijí příběhy. Začni objevovat