Eirene bercekak pinggang sambil mengeluh malas.

"Abang buat apa sampai kerap sangat duk mintak duit dekat adik ni? Dulu cakap nak pinjam, tapi sampai sekarang satu sen pun Eirene tak terima lagi dari abang" jawab Eirene berani.

"Sumpah Eirene, aku terdesak ni. Ada RM 3500 pun tak apa dah. Tolong aku Rene" rayu Ezrin tak tahu malu.

"Tiga ribu setengah je?! Abang gila ke apa. Adik mana ada duit banyak macam tu" mendidih pula Eirene dengan permintaan abangnya itu.

"Abang buat apa sebenarnya? Business apa pulak kali ni?"

"Kau sekarang ni berkira kan dengan aku? Aku mintak tolong tu berat aje nak tolong. Tak apa, dah kata sengkek sangat tak apalah. Tunggu aku mati dulu kot baru kau nak tolong aku" bidas Ezrin tak puas hati. Dia mula beredar dari rumah adiknya itu.

Eirene sekadar menggeleng kepala sahaja melihat abangnya yang semakin tak terurus itu.









DHURAH dan Eirene sama-sama bergelak tawa sambil membuat kerja-kerja menggubah bunga mereka. Seorang suka mengusik, seorang lagi puas ketawa. Rasa seronok tak lama selepas itu, bunyi loceng menandakan kedai mereka menerima pelanggan. Masing-masing kembali normal.

"Welcome to Dhu & Rene Florist"

Eirene masih lagi tidak perasan yang bunga lily diselitkan di tepi tudungnya itu masih belum ditanggalkan. Mungkin dia dah selesa begitu.
Dengan yakinnya dia keluar dari kawasan kaunter dan pergi menyambut pelanggannya itu.

"Rinrin, bunga tepi—"

"Eh assalamualaikum tengku. Lama tak jumpa. Ya, tengku nak order bunga untuk siapa?" Sapa Eirene ramah.

Berlapis dahi Tengku Ferhad melihat penampilan gadis itu. Macam ni ke kalau Eirene balik ke habitat asal? Dengan bunga kembang semangkuk kat tepi pipi tu.

"Waalaikumsalam. I want you to make a bouquet for someone special" beritahu Tengku Ferhad. Eirene mengangguk laju.

"Okay noted, sekejap ya saya suruh kawan saya yang buatkan. Erm tengku pilihla dulu bunga mana yang tengku nak"

"Dhurah, tolong aku. Aku nak sambung siapkan lagi satu bouquet pulak ni" panggil Eirene dan Dhurah pun hanya menurut tanpa banyak soal.

"Ah ya tengku? Nak saya tolong pilihkan bunga tak?" Tanya Dhurah sedikit gementar.

"I rasa Anfisa lebih tahu bunga macam mana yang I nak. Boleh tak panggil dia?" Kata Tengku Ferhad sambil menjeling ke arah Eirene yang sedang fokus membuat kerjanya itu.

"Rinrin, tengku nak kau yang serve dia. Dia cakap you know him better,"

"Aikkk? Asal aku?"

"Ishh kau pergi ajelah. Kau kenal dah kan tengku kau tu macam mana" Dengan langkah malas, Eirene menghampiri Tengku Ferhad yang sedang membelakanginya.

"Ya tengku, dah ada dah pilihan bunga yang tengku nak?" Tanya Eirene dari belakang mengintai sedikit ke hadapan mahu mencari wajah bekas majikannya itu.

"Nak bunga yang macam you letak tepi muka you tu. I nak sepuluh kuntum. Jangan buang daun dia bila gubah. I nak design yang simple but looks exclusive" Beritahu Tengku Ferhad dengan wajah seriusnya.

Terus Eirene meraba pipinya kalut.

Allahh...

Lupa cabut lah pulak.

Halal je la. Orang dah nampak.

"Itu aje ke? Nak tambah apa-apa lagi tak?"

"Dekat card tu jangan tulis apa-apa nanti I tulis sendiri" balas Tengku Ferhad.

"Alright tengku. Tunggu sekejap ya?"

"It's okay. I bukan nak ambil harini. Esok petang I suruh adik I ambil" beritahu Tengku Ferhad. Suasana agak kekok.

"Oh okie! Helena nak dapat mommy baru ke?" Eirene menyoal selamba saja. Kening diangkat sebelah.

Tak malu.

"Something like that—" balas Tengku Ferhad sambil mengangguk.

"Nah ni kad jemputan untuk dinner. Family I nak sangat you pergi malam esok. Kalau perlu I pick up you dekat rumah, I boleh pergi ke rumah you"

"Eh tak apa, saya boleh pergi sendiri. Btw, congrats tengku" ucap Eirene sedikit teruja.

Tetapi ada juga sedihnya bila Helena bakal ada mommy baru. Ah, mesti dia akan lagi rindu 'anaknya' itu.

"You too. I need to go now. Bye"

Sebaik bayang Tengku Ferhad hilang dari kedai mereka. Eirene menampar pipinya sendiri.

"Yang engkau duk tampar pipi sendiri tu dah kenapa nokk?"

"Pakcik singa tu bye aku weh. Pastu dia senyum. Seram!" Eirene terus berlari-lari anak mendapatkan Dhurah.

"Dhurah, kalau aku tak pergi...."

"Buat hal lah kau ni! Pergi je la orang dah jemput" marah Dhurah.

"Hm, nanti mesti Helena dah tak pandang aku" wajah Eirene terus berubah muram.

















to be continued•

Godaan Encik Suami [C]Where stories live. Discover now