Biar betik?

Bapak singa bertukar jadi bos lindungan kaabah ke apa ni?

Sekeping cek disua kepada Eirene.

"Itu gaji you"

Eirene menjeling jumlah yang tertera pada check tersebut. Membesar biji matanya tidak percaya dengan jumlah yang ditulis.

"Woo woo, ini sudah lebih ni tengku. Saya kerja jaga Helena je. Apahal yang bagi saya macam saya ni kerja government gred T20 ni?" Balah Eirene yang jelas sedang terkejut.

RM 10,000 ringgit sahaja.

"Taknaklah saya. Melebih-lebih pula tengku ni" tolak Eirene mentah-mentah.

"Kenapa? Sikit ke?" Soal Tengku Ferhad semula.

"Gila ke 10 ribu ni sikit? Saya boleh pergi buat umrah tau" balas Eirene emosi.

"Okay good then, just take it Anfisa"

"Taknak lah saya. Nanti orang ingat saya ni perempuan jahat pula duk menangguk di air yang keruh. Taknak taknak taknak" Eirene siap buat isyarat tangan lagi tanda dia sungguh tidak mahu.

"Siapa yang akan cakap you macamtu cik Anfisa?" Tengku Ferhad ingin tahu juga siapa yang menyalah ertikan niat baiknya itu.

"Eh tengku ni, cakap banyak eh harini? Tak rasa rugi eh suara emas dah banyak terbazir tu?" Bidas Eirene geram.

Tengku Ferhad mencerun tak puas hati. Dari bos lindungan kaabah bertukar jadi singa semula. Berani betul Eirene Anfisa ni seorang.

"What's your problem Eirene Anfisa"

"Tengku tu. Saya cakap taknak tu takpayah la bagi. Ni duit lebih ganti rugi pun tengku taknak ambil. Lepastu bagi lagi kononnya duit gaji banyak macamtu dekat saya. Pokoknya saya taknak. Apa yang saya nak, saya nak berhenti kerja je. Dah lama saya tak ambil kisah dengan kedai bunga saya tu. Bankrupt nanti tengku nak tanggung?" Hambur Eirene.

'She's talking like a rocket...' gumam Tengku Ferhad dalam hati sambil dia kaget memandang Eirene.

"Tengku cakap apa?" Tanya Eirene kurang jelas.

"Nothing" eh rasa macam cakap dalam hati tadi.

"Kalau macamtu saya nak naik dulu jumpa Helena sebelum balik. Bye tengku. Ada rezeki jumpa lagi. Tataa" pamit Eirene selamba.









"AFTER THIS, kita boleh jumpa lagi kan mommy?" Soal Helena polos. Nak saja dia suruh daddynya tangkap mommy dia kurung dalam rumah mereka. Tapi Helena tahu kalau buat macamtu tak baik. Nanti Allah marah.

"Boleh shayang. Sekejap. Nah ini card mommy. Simpan tau. Nanti kalau Helena rindu mommy, call je la mommy. Okay babygirl?"

"Okay mommy. Thankyou. I love you so much mommy" peluk Helena erat bagai tak mahu lepaskan Eirene pergi meninggalkannya.

"I love you too my babygirl. Get well soon okay? Strong girl kan, esok kalau Helena tak discharge lagi, mommy datang tau" ujar Eirene yang sudah terlanjur berjanji.

"Okay mommy"

Sebaik keluar dari wad Helena, Eirene mengesat air matanya laju. Kenapa dia rasa sedih sangat ni? Dia yang buat keputusan nak berhenti awal sangat kan.

"Anfisa wait!" Ada suara yang menahannya.

"Ada apa tengku?"

"Next week, office I ada buat farewell dinner. Kalau you free datanglah. Here's the invitation card. You pun pekerja I juga" Tengku Ferhad menyua kad jemputan hitam keemasan itu pada Eirene.

Lambat-lambat gadis itu menyambut.

"Oh okay, terima kasih banyak tengku. Inshaallah kalau free dan tak dapat penyakit segan saya tu saya pergi ya"

"Saya balik dulu, terima kasih lagi sekali tengku. Bye" pamit Eirene yang semakin menjauh.

"Bye..." balas Tengku Ferhad perlahan bersama senyuman nipis sebaik saja dia memalingkan tubuh membelakangi Eirene yang sudah bergerak menjauh itu.












—-I don't know what I've done. Mengarut sangat pula chapter ni. Hahahahah.


•to be continued•

Godaan Encik Suami [C]Where stories live. Discover now