Syakir mengangkat kedua-dua tangannya lagak seorang pesalah. "Okay, stop! Macam kanak-kanak Ribena dah aku main kejar-kejar dengan kau. Lek ahh, takkan marah kut?"

Aku menjeling. "Tahu pun macam kanak-kanak Ribena. Siapa suruh lari dulu? Macam mana saya tak marah, dah kalau tuan baling tepung kat saya. Malas la nak mandi lagi," tukasku.

"Haha. Balasan. macam tu jugak la apa yang aku kena malam tadi. Biar kau pun rasa macam mana kena baling tepung. Padan muka kau." Syakir menjelir lidah.

"Benci! Benci! Benci! Malam tadi kan saya tak sengaja. Ini, tuan sengaja. Mana aci."

"Aci kat India la. Kisah apa aku? Yang penting sekarang ,fair and square. Adui,, muka kau macam badut. Pipi dah merah. Tinggal hidung tu aje kena tambah sikit."

"Dahlah, aku nak pergi kerja. Tepi sikit. Aku belum perlukan khidmat badut. Birthday Zizi pun lambat lagi. Tunggu birthday dia nanti, aku call kau eh." Dia terus masuk ke dalam vila untuk mengambil kunci kereta dan beg kerjanya. Sempat lagi tu dia tolak aku. Sabar ajelah.

Kemudian, aku hanya memerhatikan langkahnya daripada dia keluar sehingga dia masuk ke dalam kereta Lexus LS F miliknya. Perlahan-lahan kereta itu diundur. Baru sahaja aku ingin ke dapur untuk mencuci muka, hon kereta berbunyi.

Apa lagi mamat ni nak? Eei, geramnya aku. Tapi aku tetap memandang kelibat kereta itu. Perlahan-lahan Syakir menurunkan cermin kereta. Dia menghadiahkan sebuah senyuman sinis dan flying kiss. Arh, sengaja ingin mendera mentalku.

Aku membuat aksi menangkap flying kiss tersebut. Syakir memandangku pelik. Apa? Ingat aku nak buat macam dalam iklan Fair & Lovely tu ke? Yang tangkap lepas tu letak kat dada? Hei, kirim salam. Syakir, you see me.

Tanganku yang kononnya menggenggam ciumannya kubawa ke tapak kaki. Genggaman tangan kubuka dan cepat-cepat aku menghentak kaki seolah-olah memijak ciuman itu. Aku tersenyum puas lalu aku mengangkat kaki, membuat aksi tendangan.

Syakir menjegilkan mata. Pandangannya seperti 'kurang-ajar-betul-kau-eh?' namun tidak kuhiraukan. Makin melebar senyumanku melihat wajah bengangnya itu. Ha ha ha. Dia menaikkan kembali cermin keretanya lalu kereta meluncur perlahan meninggalkan kawasan vila.

Aku meneruskan niatku yang tergendala tadi. Belum sempat aku ke dapur, Zizi dan Syakirah yang sedang menuruni tangga memanggilku. Aduh, bala betul. Kalau dia nampak muka aku macam ni, mahu demam seminggu budak-budak ni.

"Kak Qirah. Oh Kak Qirah." Panggil Zizi berulang kali apabila aku tidak melayan panggilan mereka.

Hah. Jangan terkejut kalau Zizi tegur aku dengan baik. Sekarang ini, dia dah boleh menerimaku. Macam mana dia boleh terima? Hah... itu sebab aku selamatkan dia daripada lemas di kolam renang tempoh hari. Walaupun aku dimarahi dan dituduh tanpa bukti oleh Syakir, sekurang-kurangnya berbaloi juga aku selamatkan Zizi walaupun diri sendiri hampir lemas juga.

Nak tak nak, terpaksa jugalah aku tayang muka tepung gomakku ini. Apa lagi, menjerit sakanlah budak dua orang tu macam baru lepas tengok kuntilanak. Aduh, cepat-cepatlah kau orang ni pergi sekolah. Tak sanggup aku nak layan.

"What's wrong with your pretty face, sis?" Syakirah menyoalku dengan mulut yang ternganga.

Aku mengeluh. "Huh, ni semua kerja si mamat singa tulah." Luahku tanpa sengaja menggelar Syakir sebagai mamat singa di hadapan mereka.

Zizi dan Syakirah menggaru kepala lalu berpandangan sesama sendiri. Kemudian memandangku kembali.

"Siapa mamat singa? Akak janganlah takutkan Zizi, Zizi takut dengan singa. Singa besar, garang, suka makan orang." Celotehnya tanpa henti. Lahai, naifnya budak kecil ni.

"Aduh, bukannya singa betullah. Mamat singa, maksud akak adalah lelaki yang perangainya garang macam singa." Terangku.

"Siapa tu, kak?" Soal Zizi lagi masih tidak mengerti. Syakirah pula sudah mengangguk tanda faham.

Syakirah menepuk lembut bahu Zizi lalu berkata,"siapa lagi kalau bukan Abang Syak. Abang dengan Kak Qirah kan pantang jumpa, mesti gaduh."

"Oh... baru tahu." Zizi ketawa kecil. "Kesian akak. Apalah abang ni, tak patut. Tak patut."

"Memang pun. Abang awak tu kejam tahu tak?" Aku menambah lagi. Ewah, jangan jadi batu api ya. Jangan sampai berpecah belah pula hubungan adik beradik nanti.

Zizi tergeleng-geleng lalu mendekati. Dia mengisyaratkan agar aku mencangkung supaya sama rendah dengannya. Tangannya mula merayap di mukaku. Diraup perlahan agar tepung itu hilang sedikit demi sedikit. Oh... baiknya Zizi.

"Sian akak ipar Zizi ni." Katanya membuatkan aku terjegil. Kurang belacan betul. Siapa entah nak jadi kakak ipar dia. Sesuka hati saja nak mengenenkan aku dengan Syakir. Iyalah, mestilah Syakir. Takkanlah Syah seperti yang Zizi sebut tempoh hari , yang tak pernah kulihat wajahnya.

"Ish, mana ada. Memandai aje Zizi ni." Cepat-cepat aku menyangkal.

"Kenapa? Akak tak nak jadi akak ipar Zizi ke ?"

Aku menggeleng.

"Kenapa?"

"Sebab, abang Zizi tu pembuli." Jawabku pendek.

"Oh, kalau macam tu. Akak jadi isteri Zizilah. Zizi nak isteri cantik macam akak." Dia tersengih sumbing.

Aku menggeleng kecil. Syakirah pula sudah terkekeh ketawa. Amboi, budak ni! Suka betul ya. Tapi dalam diam, aku kembang juga. Zizi puji aku cantik woo.

"Zizi mana boleh kahwin dengan Kak Qirah. Zizi kecil lagi. Lagipun, Abang Syak dah tempah Kak Qirah awal-awal," sampuk Syakirah pula. Makin membahang wajahku dibuatnya. Ewah, awak ingat akak ni barang ke nak main tempah-tempah? Aduhai....

Zizi memuncungkan bibirnya. Comel. Terserlah kecomelannya yang asli itu. "Ala, tapi Abang Syak kan suka buli Kak Qirah. Asyik gaduh aje."

Aku mengangguk. Betul, betul, betul.

"Hmm, memanglah. Tapi orang kata, kalau asyik gaduh aje, ada jodoh. Manalah tahu abang dengan Kak Qirah kahwin tak lama lagi. He he he," sakat Syakirah lagi.

Ish, makin melalut budak-budak ni. Ada jodoh? Hei, tak mahulah aku. Kalau macam tu, aku lebih rela melancarkan kempen berdamai dengan Syakir daripada asyik bergaduh dengannya. Kang tak pasal-pasal saja mulut Syakirah tu masin.

"Dah. Dah. Jangan nak merepek makan kerepek kat sini, ya. Lebih baik awak berdua pergi sekolah cepat. Nanti lambat, susah pula." Dalihku sengaja ingin mengubah topik.

Mereka berdua tersengih sumbing. Seakan-akan menyedari kealpaan mereka. Lalu, mereka lekas-lekas meminta diri. Syakirah menyalam tanganku dan diikuti dengan Zizi. Sempat lagi Zizi menyakatku.

"Bye, my wife. Wait for me, okay. I'll be back this afternoon. Don't miss me." Dia mengenyitkan matanya. Eei, kecil-kecil dah pandai mengayat. Tapi, comel betul gaya Zizi membuat aksi mengurat. Cuba kalau si Syakir buat, mahu termuntahnya aku. Eh, tapi tak ada maknanya dia nak mengayat aku.

Syakirah yang sedang memakai kasut sudah bantai gelak. Aku menjegilkan mata. Seketika cuma, kami saling melambai tangan. Zizi menghadiahkan flying kiss kepada aku. Aku memegang dada dan menutup mata, membuat gaya seolah-olah terpana.

Makin kuat gelak Syakirah. Kemudian, aku dan Zizi turut ketawa. Haish, tadi pak cik kau yang buat macam tu. Sekarang ni kau pula ya, Zizi. Memang gen Syakir tu turun pada kaulah nampaknya.

"Bye, my husband. Jangan naughty-naughty eh." Aku turut membalas dari jauh.

Kemudian, kereta meluncur keluar. Dan aku, sekali lagi, meneruskan niatku untuk membasuh muka yang terbantut tadi.

___________________________________________

Coretan Waniel | 2022
Sorry. Chapter ni macam kebudak-budakan. Syakir macam budak sangat pulak.

Harapnya korang akan jumpa the better Syakir soon :))

Dear Aqirah [TERBIT]Where stories live. Discover now