Part 5

67.4K 3.1K 52
                                    

Aku terbaring kebosanan di atas katil queen size. Mataku memandang kipas siling yang ligat berpusing. Arh,, peningnya kepala. Aku nak dapatkan duit tu dari mana ek? Lima ribu tujuh ratus ringgit tu beb. Bukan sikit. Kalau aku dah kerja sekalipun, belum tentu aku boleh bayar. Ala, cakap ajalah pada dia yang aku tak dapat ganti. Dia nak buat apa-apa pun aku, aku redha. Tapi, mana boleh. Dibuatnya dia jadikan aku pengemis ke apa, tak ke cari nahas namanya. Lagipun hari itu dengan yakin dan berlagaknya aku cakap aku boleh bayar. Kalau aku datang dengan tangan kosong, aku yakin dia akan gelakkan aku tiga hari tiga malam tanpa henti.

Dalam bank pun, simpanan aku cuma ada tujuh ribu. Tapi, duit itu untuk penghuni dan anak-anak Rumah Cahaya Qaseh, keluarga angkatku serta demi masa depanku. Aku kumpul duit itu untuk menunaikan umrah atau haji bersama umi dan abah. Takkanlah kerana cincin tu, aku nak keluarkan duit dari bank.

"Siot!" Aku berkata perlahan. Spontan perkataan itu terkeluar.

"Eh kak, dah kenapa ni? Dari tadi Isya tengok akak macam ada masalah aje? Tenung kipas macam tenung musuh," ujarnya lalu dia melabuhkan punggung di birai katil.

"Tak ada apalah, dik. Akak cuma tension, entah bilalah akak nak dapat kerja. Macam-macam tempat akak dah mohon, tapi tiada jawapan." Bohongku. Aku tak mahu Batrisya tahu tentang masalahku ini. Cukuplah selama ini dia menjadi pendengar setiaku.

"Oh, pasal tu ke? Ingatkan pasal apalah tadi. Haa kak, tadi Abang Bad telefon. Dia cakap kat abah yang minggu depan dia balik. Katanya nak bawa calon isteri," katanya sambil tersenyum.

Aku tahu dia sangat gembira menanti kepulangan abang kesayangannya itu. Sudah lebih tiga bulan mereka tidak bertemu. Mungkin kerana faktor jarak perjalanan dari Johor Bahru ke Kuala Lumpur yang agak jauh dan kesibukan kerja menyebabkan Abang Badrul jarang pulang. Tapi yang penting, dia selalu menelefon kami untuk bertanya khabar.

Aku turut tersenyum. Hilang segala bebanan yang kufikirkan sejak tadi. Terasa segalanya hilang bila mendengar berita baik ini. Sebenarnya aku juga amat merinduinya. Iyalah, walaupun sekadar abang angkat tapi kami sangat rapat. Nasib baiklah aku dah anggap dia macam keluarga, kalau tak mesti aku dah jatuh cinta dengan dia. Sebab... dia sangat baik hati, kacak, pandai, beragama dan penyayang. Kira pakej lengkaplah.

"Calon isteri? Waa, mesti umi gembira kan? Tak sangka Abang Bad yang hati kayu tu dah ada calon ya? Mesti perempuan tu hebat sebab boleh buat abang jatuh cinta," kataku girang.

Batrisya memintal-mintal rambut ikalnya sambil sebelah tangannya menopang dagu memandangku. Dia pun pasti teruja dan bersetuju dengan kataku. Siapa tak kenal Abang Badrul? Lelaki yang paling susah nak cair dengan perempuan.

"Itulah kan... Eei, tak sabarnya nak tengok bakal akak ipar kita. Harap-harap dia baik, beragama dan cantik macam Kak Qirah," dia ketawa kecil lalu disiku lenganku. Apahal pula dia ni? Nama aku pula naik.

"Eh, nama akak pula? Okeylah, part cantik dan baik tu,akak tak sangkalkanlah. Tapi yang beragama tu, akak masih terumbang-ambinglah dik." Sempat lagi aku memuji diri sendiri. Iyalah, bila lagi nak naikkan saham.

"Cewah, sempat lagi tu masuk bakul angkat sendiri. Pantang orang puji, ya." Batrisya mencebir, seolah-olah meluat. Eleh, aku tahu yang sebenarnya dia cemburu. Tapi dia nak cemburu buat apa, sedangkan dia lagi cantik daripada aku.

"Bukan begitu, tapi memang kenyataan." Aku mengusiknya. Dia menjulingkan mata. Menyampah sangat lagaknya.

"Haa, julinglah lagi. Akak cucuk biji mata tu," ugutku sekadar bergurau.

Batrisya cepat-cepat menghentikan julingan matanya. Haa, tahu takut. Tak nak mata dia yang cantik macam minah Arab tu kena cucuklah tu.

Senyap seketika.

Dan fikiranku mula menerawang. Otakku mula memproses. Bagaimanakah ? Kenapakah? Mampukah? Pelbagai soalan berlegar-legar di dalam kepalaku. Uish,, dugaan.

***************

Aku melepak di Taman Tasik Perdana. Dah habis dua pusingan aku joging. Peluh mula membasahi tudungku. Penat memang penatlah, tapi sekali-sekala apa salahnya berjoging. Poket seluarku bergetar menandakan telefon bimbitku menerima panggilan.

Aku segera mengeluarkan Asus Zenfone 6 dari dalam poket. Satu nombor yang tak ku kenali tertera di skrin. Nombor siapakah ini? Kenal atau tidak, aku angkat sahaja. Manalah tahu kawanku yang sudah menukar nombor baharu.

"Assalamualaikum," salam dihulur dari corong telefon. Aku mengerutkan dahi. Siapa dia ini? Suaranya yang garau membuatkan aku yakin bahawa dia ialah seorang lelaki.

"Waalaikumusalam. Siapa ni? Ada apa?" Soalku. Tangan kiri mula mengelap peluh dengan tuala kecil.

"Don't you know me?" Soalnya pula.

Aku terdiam sejenak. Aduh, aku tak suka betullah! Dia yang telefon aku, lepas tu soal aku pula. Kalau aku kenal, tak adalah aku tanya siapa dia.

"Akulah. One week, remember?"

Aku terkesima. Cis, memang nasib malang! Mesti dia dapat nombor telefonku daripada borang permohonan temuduga yang ku isi secara online tempoh hari. Memang malang sebab aku pernah memohon untuk bekerja di syarikat itu.

"Oh... Encik Syakir. Ada apa? Saya rasa tempoh seminggu tu masih belum tamat. Kenapa call saya? Nak batalkan perjanjian tu ke? Encik dah halalkan ke?" Sengaja aku bertanya sedemikian kerana ingin menyakitkan hatinya.

Kedengaran satu ketawa halus. "Batalkan? Dream onlah. Memang aku takkan batalkan senang-senang macam tu aja."

"Dah tu, kenapa call saya? Rindu?" Aku ketawa besar. Dia rindu aku? Memang sampai kiamat pun takkan terjadi. Saja aja aku nak perasankan diri.

"Tak ada masa aku. Aku cuma nak cakap aja yang kau cuma ada tiga hari saja lagi. Aku bet yang kau takkan mampu bayar. So, better kau mengalah dan dengar cakap aku saja." Usulnya.

"Ya, saya tahu masih ada tiga hari. Jadi, kenapa? Awak ingat saya tak mampu bayar ke? Silap besarlah Encik Syakir Iman. Saya lebih rela habiskan duit saya daripada kena dengar cakap awak," tukasku geram.

Sebenarnya aku memang tak mampu nak bayar. Mana mungkin aku sanggup habiskan duit simpanan aku semata-mata hanya untuk Tiffany dia tu. Dasar orang kaya berkira. Tak berperikemanusiaan. Tapi, walaupun aku tak mampu, ego tetap ego. Aku ada ego tersendiri. Tak mungkin aku nak cepat mengaku kalah.

"Woah. Yakin sungguh Cik Radz Aqirah binti Raszi ni. Well, I copy that. Kita tengok nanti. Tapi jangan tak bayar pula. Sekarang ni kalau nak mengalah, aku okey aja. Aku boleh consider tentang ganti rugi tu. Tapi Isnin nanti, takkan ada peluang lagi. Kau tunggu ajalah apa aku akan buat nanti," ugutnya. Sakit telinga aku mendengar ketawa hodohnya itu. Rasa nak campak sahaja telefon ni.

"Well, saya tak tergugat pun dengan ugutan tu. Stop pulling my leg. Saja ajalah tu kan nak main-mainkan saya. Okeylah, saya rasa awak dah tak ada apa-apa untuk bagitahu kan? By the way, thanks for your reminder. I am so speechless. Seorang CEO sanggup menelefon saya semata-mata untuk itu. Wah, sangat terharu! Okeylah, assalamualaikum." Aku segera mematikan talian. Lama-lama aku layan dia ni, boleh makan hati aku dibuatnya.

Aku merengus kasar. Muka kuraup dengan kedua-dua belah tangan. Apa dia nak buat pada aku ini? Takkanlah dia nak suruh aku kahwin dengan dia kalau aku tak dapat bayar? Hei, ini bukan cerita Love You Mr. Arrogant lah. Memang untung sangatlah aku kalau hidup aku jadi sebegitu. Tapi bila fikir balik, tak ada untungnya kalau lelaki itu adalah dia. Argh , tensionnnn!!!



HAI pembaca baru Dear Aqirah. Mungkin awak datang dari Tiktok, kot? Terima kasih sudi baca cerita ni walaupun cerita ni dah berzaman completed. Saya harap awak terhibur dengan DA dan sediakan plastik awal-awal takut muntah. Cerita ni saya tulis tahun 2016 dulu ha ha lama dah. Otak pun senget time tu. 

Anyway, saya ada jual e-book ENIGMA. Harga RM 16 saja. Semalam 22.06.2022, saya dah released kat Shopee. Kalau awak berminat nak dapatkan, boleh tekan link kat bio saya ya. Kalau nak tengok teaser boleh tengok IG saya itsmewaniel. Ada kat reels dan feed saya. 

Okay bye.


Dear Aqirah [TERBIT]Where stories live. Discover now