Part 11

62.2K 2.9K 93
                                    

"Mama, Zizi dah balik." Satu suara dari pintu depan memanggil mamanya.

"Ya sayang, sini salam dengan mama." Datin Fatinah segera berlari ke arah pintu depan.

Anak kecil yang dikenali sebagai Zizi itu mencium tangan Datin Fatinah. Kemudian mereka berpelukan mesra.

"Mama, siapa ni?" Tanya Zizi dengan jari telunjuknya menunjuk ke arahku. Hai, baru nampak aku ke? Punyalah dari tadi aku tercongok kat sini.

Datin Fatinah bagaikan baru menyedari kehadiranku. Alpa seketika. "Oh, ni kak Qirah. Dia kerja dengan kita untuk sementara waktu. Salam dengan dia," arah Datin Fatinah.

Tapi, budak lelaki ini hanya memandangku dari atas ke bawah. Dia berpeluk tubuh. "Orang gaji baru ke, mama? Abang Syak kata kita ada orang gaji baru hari ni. Tak naklah salam dengan dia. Zizi tak nak dia, Zizi nak Mak Jah aje."

Ei, berlagaknya budak kecil ni. Aku agaklah, dia ni memang adik Syakir Iman tu. Perangai serupa aja dengan abang. Nasib baiklah dia ni budak kecil lagi, kalau tak. Dah lama aku cabai mulut dia tu.

"Zizi nak naik atas dululah. Mama tunggu Zizi tau. Nanti kita makan sama-sama." Katanya lalu terus naik ke atas. Beg sekolahnya yang bergambar kartun Ben 10 dicampakkan kepadaku. Motif?

Okey, aku tahu. Dia nak aku letakkan beg dia yang berat sekilo ini di tempat yang sepatutnya, tempat yang aku tak tahu di mana. Dia ingat aku dah sepuluh tahun bekerja di sini ke?

"Ya Robbi, budak Zizi nilah. Maaf ya Qirah. Dia memang macam tu dengan orang yang dia tak kenal. Qirah jangan ambil hati ya," pohonnya sesal. Tak mahu aku terasa hati.

"Eh tak apa, auntie. Budak-budak kan, biasalah. Berapa umur anak auntie tu?" Aku cuba memaniskan muka. Aku harus mengawal kemarahanku terhadap budak kecil ini.

"Umur dia dah menginjak enam tahun." Datin Fatinah memberitahuku tanpa berselindung.

"Mama, kenapa duduk situ lagi? Jom makan." Dia menarik tangan Datin Fatinah untuk bangun mengikutnya. "Hei kamu, beg Zizi ni letaklah kat dalam bilik Zizi. Tu pun nak kena ajar ke?"

Aku menjegilkan biji mata. Berani betul dia mengarahkan sebegitu kepadaku. Memang adik beradik ni perangai dua kali lima. Nak aje aku hempuk dia dengan beg sekilo dia ni.

"Zizi, tak baik cakap camtu. Panggil Akak Qirah." Datin Fatinah menggoyangkan jari telunjuknya.

"Tak naklah. Dia nikan orang gaji." Katanya. Eleh, aku tak heran pun. "Papa mana, ma? Papa dah janji nak balik makan dengan Zizi. Papa dah promise dengan Zizi."

Wajah Datin Fatinah berubah. Pasti dia mati kutu ingin menjawab apa. Papa Zizi maknanya Dato' Salimlah kan. "Papa sibuk. Nanti papa baliklah tu." Kata Datin Fatinah cuba menyedapkan hati Zizi.

"Papa asyik sibuk aje. He cheating on me. He said he wanted to lunch with me. Where is he?." Zizi mula menghentakkan kaki. Fuh, fasih betul dia berbahasa Inggeris. Tak danlah muka pun ala-ala British. Mungkin kacukan British kot. Arwah papa dia mungkin.

Aku tidak tahu untuk berbuat apa. Datin Fatinah masih sabar melayan Zizi. Apa yang dicakapkan entah, akhirnya Zizi diam. Aku terus ke biliknya di tingkat atas. Err, yang mana satu ek?

Mataku tertancap pada pintu bilik yang berlabel 'Cutey Prince Zizi'. Okey, maknanya tu bilik Zizilah ya. Dan aku perasan bilik sebelahnya juga turut berlabel. 'Gorgeous Princess Syakirah'. Mungkin adik perempuan atau kakak Syakir. Tiba-tiba rasa nak gelak. Perlu ke dia orang buat macam ni pada bilik masing-masing? So childhish.

Besarnya vila tiga tingkat ni. Pasti di tingkat atas ada banyak bilik lagi. Di sini ada empat bilik saja. Setelah meletakkan beg sekolah Zizi di dalam bilik, aku keluar. Kaki kuhayun menuruni tangga untuk ke dapur. Dah jadi pembantu rumah, pandai-pandailah layan mem besar nak makan.

Dear Aqirah [TERBIT]Where stories live. Discover now