Part 10

61K 3.3K 60
                                    

"Jaga diri baik-baik. Jangan lupa call umi selalu." Pesan umi sekali lagi setelah aku menelefonnya untuk memberitahu bahawa aku telah sampai di Bukit Kiara.
.
Aku memandang ke luar tingkap. Ternganga. Bapak besar rumah dia. Ini rumah ke istana? Aku menampar lembut pipiku. Okey, bukan mimpi. Selesai membayar tambang teksi, aku keluar daripada teksi dengan membawa beg bagasiku. Berat.

Pesanan ringkas kuhantar kepada Syakir. Sekadar memberitahu bahawa aku telah sampai di hadapan rumahnya. Eh, bukan rumah. Tak melampau kan kalau aku kata istana? Besar gila weh. Kaya betul mamat ni. Err, mak bapak dialah kaya.

Tunggu kejap- CFO Kejam

Pesanan ringkas daripadanya kubaca. Sengaja ku simpan nombornya sebagai 'CEO Kejam'. Memang sesuai kan?

Kulihat figura tubuh seorang lelaki di sebalik pagar tinggi dihadapanku ini. Pintu pagar itu terbuka. Terjengul muka Syakir Iman beberapa meter dariku.

Aku menyorong beg bagasiku. Aku berjalan ke arahnya yang masih menunggu dan what? Dia masih memakai baju tidur? Nampaknya dia lambat pergi kerjalah hari ini, semata-mata untuk pastikan aku datang ke banglonya ini. Takut sangat aku mungkir janji.

"Pagi," sapanya.

"Pagi, petang dan malam." Jawabku selamba tanpa memandang wajahnya.

"Amboi, sombong." Dia ketawa mengejek. Dia berpusing lalu meninggalkanku. Dia nilah kan, sesedap rasa saja tinggalkan aku kat sini.

Aku mengikuti langkahnya. Ya Allah, jauhnya jarak pintu pagar dengan pintu rumah. Sengaja buat laluan panjang-panjang. Orang kaya memang suka berjalan kaki ke? Eleh. Tapi aku tahu, mana pernahnya dia nak berjalan dari sana ke sini. Semua kerja menyambut tetamu di pintu pagar mesti dilakukan oleh pengawal keselamatan atau pekebun mahupun pemandu.

Perlahan-lahan, aku memasuki banglo mewah ini. Eh, lupa. Villa Bahagia. Mataku terbuntang luas melihat pemandangan yang cantik. Villa yang dicat keseluruhannya berwarna putih dihiasi dengan mural bunga sakura di dinding ruang tamu. Perabot ala-ala Inggeris yang memukau mataku.

"Tutup mulut tu, nanti lalat masuk." Tegur Syakir. Ish, potong stim betullah dia ni.

Seorang wanita dalam lingkungan 50-an mendekatiku. Masih cantik dan vogue. Mak Syakir kot, fikirku.

"Syak.. siapa tu? Girlfriend baru kamu ke?" Tanya wanita tua itu. Dia panggil Syakir, Syak? Syak with S-Y-A-K ke S-H-A-R-K? Lawak seh. Girlfriend baru? Gaya makcik ni cakap macam dah biasa saja kalau Syakir bawa perempuan ke villa mewah ini.

"Mama ni. Girlfriend apa macam ni. Not my taste, okay. Inilah Qirah, pembantu rumah baru yang Syak maksudkan tu," terang Syakir terlampau jujur. Menyirap darah aku dibuatnya.

Mama Syakir memandangku tanpa berkelip. Aku membuat muka selamba. Tanganku hulur untuk bersalam dengannya. Dia menyambut huluran tanganku sambil tersenyum manis.

"Assalamualaikum Datin..." aku jeda seketika. Aku tak tahulah siapa nama dia. Yang pasti dia berpangkat Datin, sebab suami dia Dato'.

"Fatinah. Panggil Auntie Tinah aje. Tak payah Datin bagai." Ujarnya lembut. Baiknya dia. Tak macam anak lelaki dia ni, garang dan angkuh.

Aku tersenyum. Tak mahu dicop sombong, berlagak atau tak sedar diri. Sedar diri sikit ya, Qirah. Awak tu pembantu rumah aje di sini.

"Syak jangan main-main dengan mama ya. Takkanlah pembantu rumah baru kita secantik dan semuda ni?" Soal Datin Fatinah kepada Syakir.

Kembang seketika aku mendengarnya. Cantik dan muda? Terima kasihlah makcik sebab puji saya tapi anak makcik tu tak rasa saya ni macam tu pun. Sebab tulah dia bagi saya kerja ni.

Dear Aqirah [TERBIT]Där berättelser lever. Upptäck nu