Part 16

61.8K 3.3K 265
                                    

Syakir sedang bersiap-siap untuk menuju ke tempat kerja. Sewaktu sarapan tadi, aku cuba mengelakkan diri daripada bertemu dengannya. Selepas sediakan sarapan, cepat-cepat aku ke dapur semula. Tak sanggup nak bersemuka dengannya.

Aku terngintai-ngintai dari belakang pintu utama. Aku rasa dia dah keluar tadi. Tapi tak nampak dia pun. Aduh, mana dia ni? Selagi dia tak keluar, selagi itulah aku tak boleh nak siram pokok bunga.

"Hargh!" Sergah satu suara dari belakang beserta tepukan kuat di bahu.

"Eh, kau shark mengganas." Latahku terperanjat. Kurang asam betullah.

"Aduh, ni tangan orang ke tangan Iron Man ni?" Sambungku lagi sambil tangan mengurut bahuku yang sakit.

Aku berpusing ke belakang dan aku terkedu. Dahi kutepuk perlahan. Aisehmen, dia masih dalam vila ke? Aku ingat dia kat porch tadi.

Syakir membutangkan kemeja hijaunya sambil memandangku. "Kau buat apa kat sini? Terngintai-ngintai. Kau skodeng siapa hah? Pak Main eh?" Soalnya sambil matanya melilau ke luar.

"Eh, taklah. Mana ada. Saya cuma... err... saya bersihkan pintu ni. Ada habuk sikit." Aku berpura-pura mengelap bahagian kaca di pintu kayu itu. Eksyen macam ada habuk walhal tiada pun.

Dia mengecilkan matanya. "Kau tak payah kelentong akulah. Aku ni tak sebodoh yang kau sangka, okey. Kau sebenarnya nak skodeng aku kan?"

"Taklah. Mana ada. Ish.. dah la, tepi sikit. Saya nak lalu ni."

"Lebih baik kau cakap betul-betul. Atau aku akan buat sesuatu yang kau takkan pernah sanggup nak lalui," katanya dengan matanya mencerlung ke arahku lalu dia menghampiriku.

Aku berundur setapak demi setapak namun pintu itu menghalangku dari terus berundur. Aduh, kenapa kau perlu ada kat sini, wahai pintu?! Akhirnya, langkahku terkunci di situ.

Liur yang terasa kesat aku telan. Aku tidak dapat mengagak apa yang ingin dia lakukan, namun jantungku sudah mengepam terlalu laju akibat rasa takut dan malu. Sistem adrenalina aku pun rasanya dah tak berfungsi dengan baik.

Lama. Khali sejenak. Barulah dia membuka mulut, "kau ambilkan aku air suam kat dapur kejap."

Mendengar permintaannya, aku menarik nafas lega. Mujurlah dia tidak mengapa-apakan aku.

"Haa.. err, okey. Saya pergi ambil dulu," ujarku sambil cuba melepasi diri darinya. Macam mana aku nak ke dapur kalau dia berdiri depan aku. "Tuan... tolong tepi sikit. Nak lalu."

Aku tersengih. Syakir mengundur ke belakang memudahkan pergerakanku ke dapur.

Tidak lama kemudian, aku membawa segelas air suam menuju ke ruang tamu. Baru sahaja aku melepasi bilikku yang berdekatan dengan dapur, aku rasa mukaku dilumuri sesuatu dan automatik mataku tertutup.

Dengan gelas masih di tangan, aku membuka mata perlahan-lahan. Pedih siaa mata aku.

"Tuan." Jeritku tatkala melihat keadaanku yang bermandikan tepung. Syakir di hadapanku terus ketawa terbahak-bahak. Mesti dia menyorok di sebalik dinding.

Tanpa berlengah, aku terus meletakkan gelas di atas meja telefon lalu terus mengejar Syakir yang semakin menjauh.

"Tuan, jangan lari eh. Eeii, tuan ni kejam la. Habis muka saya ni." Rungutku sambil berlari ke ruang tamu.

Syakir hanya ketawa. Sesekali dia memandang ke belakang. Citt, tahulah aku tak boleh kejar dia.

Sesampai di beranda hadapan, Syakir berhenti berlari. Aku juga turut berhenti kerana kepenatan. Bukan penat berlari, tapi penat menjerit.

Dear Aqirah [TERBIT]Where stories live. Discover now