Part 15

61.3K 3.1K 55
                                    

ASUS Zenfone 6 milikku berbunyi menandakan ada satu pesanan ringkas. Huh, mamat singa ni lagi.

Kau kat mana? Dah pukul 8.01 dah ni. Aku ckp apa hari tu?-Syakir

Aduh, dia ni! Memang tak boleh tengok aku senanglah. Dahlah bagi cuti sehari saja, balik lambat sikit pun tak boleh. Seminit pun berkira. Tak faham betullah.

Aku mula menaip.

Saya tengah otw balik la ni.

Otw balik?!? Aku kata pukul 8 dh kena ada kt vila, bkn baru nk gerak.-Syakir

Arh, dia ni kan. Takkanlah aku nak gerak sebelum Maghrib. Alang-alang, mestilah aku solat Maghrib dulu, baru aku pulang ke vila semula. Lagipun, aku ingin pulang bersama-sama Abang Bad. Dia juga sudah dalam perjalanan ke Johor.

Ala tuan.. sehari je pun. X salah kn?

Aku membuang pandang ke tepi tingkap. Kedengaran lagu berkumandang di corong radio teksi yang kunaiki. Nasib baiklah aku ada menyimpan nombor telefon perkhidmatan teksi, senang juga ingin ke mana-mana.

Sunyi. Selang tiga minit, ia berbunyi lagi.

Slh. Ttp slh. Balik nt, jagalh kau.-Syakir

:-P x heran.

Kau ni kan..!!-Syakir

Aku terus mengaktifkan mod senyap. Malas nak berbalah dengan Syakir. Oh ya, nama dia telah kutukar menjadi 'Shark Mengganas'. Padanlah S-Y-A-K dengan S-H-A-R-K. Kan?

Aku menyandarkan badan di kerusi teksi yang tidak berapa empuk itu. Entah kenapa, aku rasa macam tak mahu pulang ke vila itu lagi. Aku inginkan kebebasan. Aku ingin mencapai kerjaya idaman aku sendiri. Kerjaya sebagai akauntan, bukan pembantu rumah.

Teksi yang kunaiki berhenti betul-betul di hadapan Vila Bahagia. Setelah membayar tambang dan mengucapkan terima kasih kepada pemandu teksi itu, aku bergegas keluar. Alamak! Macam mana aku nak masuk? Aku tak ada alat kawalan jauh pintu pagar ini.

Aku setia berdiri di hadapan pintu pagar dengan hanya diterangi lampu jalan dan bulan di langit. Aduh, seram pula aku rasa. Angin bertiup lembut menusuk kedinginan tubuhku. Meremang bulu roma aku akibat kesejukan dan ketakutan.

Tak boleh jadi ni. Aku ni dahlah penakut sikit. Err, macam mana ni? Aku bersandar di tembok pintu pagar. Aku mendongak ke langit dan menjeling ke tepi.. eh, ada interkom. Baru aku perasan.

Aku segera berdiri di hadapan kaca segi empat sama di sebelah kanan pintu pagar. Di bahagian atas kaca segi empat itu, terdapat satu plat logam berwarna perak. Canggih betul alat keselamatan sistem berkomputer di vila ini. Pastinya untuk mengelakkan sebarang kes rompakan dan pencerobohan.

Butang interkom ditekan. Kan senang kalau awal-awal aku nampak benda alah ni. Aku menanti dengan penuh sabar, dengan harapan ada insan yang menjawab panggilan dari dalam.

"Ya, helo! Siapa tu?" Termengah-mengah suara garau itu kedengaran di interkom.

Aku yakin suara garau itu milik Syakir. Sudah terlalu cam dengan lenggok suaranya. Nasib baiklah dia tidak mengaktifkan web cam, atau kamera atau mungkin hologram yang bisa menampakkan gerangan si penekan interkom.

"Err,,, ini sayalah tuan."

"Siapa saya? Aku tak kenal orang nama saya?" Soalnya sinis. Sengaja ingin menderaku.

Aku menggigit bibir. "Sayalah, Aqirah. Saya kat depan pintu pagar ni."

"Dah tu?" Soalnya pendek.

Ish, soalan apa itu? Dia tanya lagi, mestilah aku nak dia bukakan pintu pagar. Tak faham-faham ke? Atau saja buat-buat tak faham?

Dear Aqirah [TERBIT]Where stories live. Discover now