Bermulanya Sebuah Ceritera

8K 43 2
                                    

Puteri Kenanga, namun lebih mesra dikenali sebagai Kenanga adalah anak perempuan tunggal kepada Megat Alam iaitu salah seorang pembesar Melayu yang berkhidmat dengan Laksamana Tun Jamil di bawah pemerintahan Sultan Abdul Jalil, waris kesultanan Melaka yang kini bertakhta di Johor. Pada usia yang muda, Kenanga telah dikahwinkan dengan Tun Hasan dan dikurniakan seorang anak lelaki.

Tun Hasan adalah merupakan seorang pemuda anak kepada seorang pembesar Melayu yang masih berkhidmat di Melaka membantu bendahara menjaga adat istiadat dan budaya Melayu di bawah pemerintahan Portugis. Tun Hasan dari muda lagi telah dihantar ke selatan untuk tinggal dan dibesarkan oleh keluarga mereka di sana bertujuan untuk menuntut ilmu kepahlawanan dan berkhidmat kepada Sultan yang bersemayam di Johor.

Walaupun sudah lebih 100 tahun, Portugis hanya menguasai kawasan sekeliling Kota Melaka sahaja. Di luar tembok batu yang mengelilinginya, kuasa mereka adalah begitu terhad. Hasrat asal Kerajaan Portugal mengambil alih Melaka sebagai pusat perdagangan di Timur menggantikan Kesultanan Melayu gagal kerana kerajaan-kerajaan Melayu lain di Nusantara mula menggunakan pelabuhan-pelabuhan lain sebagai pusat dagangan. Pedagang-pedagang dari China dan India, apatah lagi dari benua Arab tidak lagi bertumpu di Melaka malah mereka juga telah memindahkan pusat mereka berdagang ke tempat lain seperti di Acheh dan di Pulau Jawa.

Melaka sentiasa diserang dari pelbagai penjuru termasuk juga mendapat bantuan dari Maharaja China yang turut memboikot pedagang-pedagang dari dunia Barat termasuk juga dengan Portugis. Kota Melaka kini hanyalah dijadikan sebagai tapak untuk mereka melancarkan serangan di alam Melayu untuk mencari dan merampas rempah ratus yang memang menjadi barangan keperluan di Eropah. Berbanding awal-awal dahulu, kini tidak banyak lagi tentera Portugis yang berada di Melaka. Kebanyakkannya adalah askar-askar upahan dari jajahan mereka di Goa dan hanya tinggal beberapa kapal perang sahaja yang masih berada di sana untuk mengawal perairan Selat Melaka.

Pada masa inilah pahlawan-pahlawan Johor bercadang untuk menyerang sebuah kapal Portugis yang dijangka belayar balik ke Portugal membawa barang-barang rampasan seperti emas, perak dan rempah-ratus balik ke Eropah. Tun Hasan terpilih menjadi salah seorang ketua memimpin sebuah kapal dari beberapa kapal yang akan menyerang Nossa Senhora da Atalaia sebuah bahtera besar dengan lebih 20 meriam di kiri dan kanan kapal. Mereka merancang untuk melancarkan serangan apabila kapal itu dijangka berada di penghujung Selat Melaka dan jauh dari kawalan dan bantuan kapal-kapal Portugis yang lain dari pelabuhan di Melaka. Esoknya, Tun Hasan bercadang untuk belayar dulu menuju ke Acheh di mana pasukan mereka akan berkumpul sebelum melakukan serangan. Kenanga dan anaknya yang berumur setahun itu akan dihantar ke Naning yang tidak begitu jauh dari Melaka seketika untuk tinggal bersama bapanya Megat Alam buat sementara. Namun malam itu, Tun Hasan dan Kenanga belayar menuju ke pelabuhan yang lain. Pelayaran yang mungkin terakhir antara mereka berdua sekiranya serangan ke atas kapal Portugis itu gagal.

"Kandaaaa... Dinda sedaaaap sangat-sangat kandaaa..." keluhan berahi ke telinga suaminya keluar dari bibir Kenanga apabila merasakan seludang tebal milik suaminya menembusi liang kewanitaannya yang masih sempit walaupun telah melahirkan seorang cahaya mata.

Dua tubuh itu bermandikan peluh melayari bahtera malam diiringi hujan yang rintik-rintik membasahi bumi. Telaga bunting milik Kenanga juga tidak kalah dibanjiri air yang mengalir akibat kenikmatan yang dirasakan hasil serangan-serangan yang dilakukan suaminya pada malam ini. Namun begitu, pelayaran kali ini begitu mengambil masa dan kedua-dua tubuh itu tidak mahu tergesa-gesa yang mahu menikmati segala kenikmatan yang dikurniakan seberapa lama yang mereka boleh bertahan. Dua tubuh yang tidak pasti bilakah mereka akan bersatu kembali di masa akan datang. Waktu yang ada haruslah dimanfaatkan sebaik mungkin.

"Kandaaa... Biar dinda kemudi..." bisik Kenanga lagi kepada suaminya setelah beberapa ketika.

Tun Hasan mencabut perlahan keris dari sarungnya lalu berbaring di sebelah isterinya. Kenanga segera bangun mengangkangi tubuh suaminya dan menyarung kembali keris ke dalam sarungnya. Pinggangnya yang masih ramping digoyang-goyangnya perlahan menikmati setiap sentuhan keris suaminya yang bersarung di dalam liang kewanitaannya. Digoyang-goyangnya ke kiri dan ke kanan serta ke depan dan ke belakang, dengan sesekali membuat beberapa pusingan perlahan menambah rasa nikmat buat pasangan suami isteri tersebut.

EmbunWhere stories live. Discover now