S2 [23] Mia Demam

Start from the beginning
                                    

Hud meletakkan dulang kecil itu di atas meja yang berada di tepi katil.

"Sayang.." Hud mengusap pelan rambut Mia. Mia membuka matanya.

"Hud." Mia tersenyum. Hud menyentuh dahi Mia lalu melekatkan Kool fever di dahi Mia. Tiada senyuman di bibir Hud.

"Hud ok?" Tanya Mia. Dia bangun lalu duduk. Hud membantu Mia untuk menyandarkan belakangnya di kepala katil.

"Hud ok ke?" Tanya Mia. Dia menyentuh pipi Hud. Hud hanya mengangguk namun masih tiada senyuman di bibirnya.

"Hud suapkan sayang makan yaa." Kata Hud, dia yang memasak bubur itu sendiri.

"Okay." Jawab Mia. Hud naik ke atas katil lalu duduk di sebelah kanan Mia supaya Mia boleh sandarkan kepalanya di bahu Hud.

"Sedapnya." Kata Mia saat suapan pertama masuk ke dalam mulutnya. Mia memeluk lengan kiri Hud yang memegang kemas mangkuk bubur tersebut sedangkan tangan kanan Hud pula memegang sudu untuk suapkan Mia.

"Hud ok?" Tanya Mia lagi. Hud hanya mendiamkan diri namun dia tetap suapkan Mia bubur.

"Janganlah senyap.. Kalau Mia ada buat salah Hud cakaplah. Kenapa Hud tak senyum dekat Mia macam selalu?" Tiba-tiba air mata Mia mengalir di pipi.

Hud meletakkan mangkuk bubur itu di atas meja lalu memeluk Mia.

"Hud risau.. Sayang demam macam mana Hud nak senyum? Hud tak nak benda buruk jadi dekat sayang. Kalau tak nak pergi hospital macam mana sayang nak sembuh?" Hud berkata dengan nada pelan. Mia membalas pelukan Hud.

"Mia ok.." Jawab Mia.

"Sayang tak ok.. Kenapa sayang tak nak pergi hospital? Sayang takut ke? Sayang Hud kan kuat, janganlah takut. Hud teman sayang kan.." Pujuk Hud lagi.

"Mia tak takut.. Mia cuma tak nak susahkan Hud, tak nak buat Hud risau." Jelas Mia. Hud mengeluh kecil. Dia mengusap pelan belakang Mia.

"Sayang tak pernah susahkan Hud. Esok kita pergi hospital yaa? Kalau tak, Hud merajuk lama-lama. Tak nak cakap dengan sayang." Kata Hud.

"Sekarang Hud merajuk ke?" Tanya Mia.

"Hm.." Jawab Hud. Mia tersenyum.

"Janganlah merajuk, esok kita pergi hospital." Kata Mia. Hud meleraikan pelukannya lalu pandangan mereka bertemu.

"Terima kasih sayang." Kata Hud lalu dia mencium dahi Mia.

"Sama-sama.. Mia lapar.." Kata Mia. Hud pun terus mengambil mangkuk bubur yang berada di atas meja tadi.

"Betul ke Hud masak sedap?" Tanya Hud.

"Tak tau, Mia tak dapat rasa." Jawab Mia jujur.

"Tadi Mia kata sedap." Kata Hud.

"Nampak macam sedap, mestilah sedap walaupun Mia tak dapat rasa. Sini Mia suapkan Hud." Kini Mia pula yang suapkan Hud.

"Sedap tak?" Tanya Mia.

"Sedap sayang." Jawab Hud lalu mereka berdua tergelak.

"Mia yang sakit, bukannya Hud." Kini sudu itu bertukar tangan.

"Semoga sayang cepat sembuh, Aamiin." Kata Hud.

"Aamiin." Mia tersenyum lalu memeluk lengan Hud.

"Mia sayang Hud sangat-sangat." Kata Mia saat dia menyatuhkan jarinya di jari Hud. Hud tersenyum, hatinya terasa sangat tenang sekali.

"Manjanya sayang sekarang." Kata Hud.

"Kenapa? Hud tak suka?" Tanya Mia, dia mendongak melihat Hud.

"Suka sangat.. Dulu sebelum mengandung, sayang bukannya nak manja-manja dengan Hud. Hud suka sangat bila sayang cakap macam tu selalu. Kalau dulu sebulan sekali pun belum tentu dengar." Jelas Hud panjang lebar. Mia tergelak kecil. Dia kembali menyandarkan kepalanya di bahu Hud.

"Maksudnya Hud tak suka Mia yang dulu?" Tanya Mia.

"Suka.. Cuma Hud lebih suka kalau sayang macam ni. Dulu kalau Hud salah sikit sayang mesti cubit Hud. Sakit tau sayang. Hud nak bermanja pun tak boleh." Luah Hud.

"Kesian Hud.. Mia minta maaf yaa." Kata Mia. Hud tersenyum.

"Dimaafkan, yang penting Mia selalu ada dengan Hud. Hud sayang isteri Hud sangat-sangat, walaupun kadang garang macam singa." Kata Hud lalu mereka berdua tergelak kecil.

"Mia masih sakit kepala?" Tanya Hud.

"Yaa, tapi dah tak sakit sangat." Sejujurnya Mia dah rasa semakin baik daripada tengahari tadi.

"Alhamdulillah." Kata Hud.

"Terima kasih sebab jaga Mia dengan baik." Kata Mia lalu mencium pipi Hud.

"Sama-sama sayang. Nak kiss lagi, dekat sini." Hud menunjuk ke arah bibirnya.

Setelah selesai suapkan Mia makan, Hud pun terus membawa dulang kecil itu ke dapur.

Lepas dah minum air suam, Mia terus baring. Hud tutup pintu bilik lalu naik ke atas katil.

Hud baring di sisi Mia lalu mereka dua baca doa tidur dengan serentak.
Hud memeluk Mia sambil mengusap pelan belakang Mia. Badan Mia masih panas.

Malam itu Hud tak dapat tidur kerana ingin memastikan Mia baik-baik saja. Sesekali Mia terbangun kerana ingin pergi ke bilik air dan Hud akan menemaninya.

ㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤ
𝓗𝓮𝓵𝓹 𝓶𝓮 𝓽𝓸 𝓶𝓪𝓴𝓮 𝓲𝓽 𝓼𝓱𝓲𝓷𝓮 ⭐
|🌹THANK YOU🌹|
ㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤ

Terima kasih untuk 1M My Innocent Wife. Terima kasih untuk korang yang dah baca kisah Hud dan Mia dari first sampailah sekarang. Saya hargai sangat-sangat.

🅲 𝗛𝗘𝗥 𝗦𝗪𝗘𝗘𝗧 𝗛𝗨𝗦𝗕𝗔𝗡𝗗Where stories live. Discover now