BAB 5

38 9 5
                                    

HAIKAL bangun pada awal pagi untuk menunaikan solat subuh. Setelah itu, dia mengemas pakaiannya dan memperbetulkan cadar katil miliknya. Dia tidak akan membenarkan bibik untuk masuk ke dalam biliknya kerana dia lebih suka mengemas biliknya sendiri. Untung sapa jadi bini kau Ekal.

Setelah itu, Haikal memandang muka jam yang menunjukkan jam 8:30 pagi. Dia terus bersiap dengan pakaian yang lebih sopan kerana dia ingin keluar sarapan pagi bersama Afwa. Dia juga ingin menceritakan hal yang dibincangkan pada malam semalam kepada Afwa. Dia pasti Afwa akan terkejut.

Haikal memperbetulkan sedikit rambut dan bajunya. Dia terus keluar dari bilik. Keluar sahaja dari bilik, dia terserempak dengan Haider.

Haider memandang abangnya itu atas bawah.

"Kau dah kenapa tengok aku macam tu?" soal Haikal pelik. Ada yang tak kena ke sampai Haider tengok dia sebegitu.

"Tak lah. Kau nampak handsome." Haider memuji abangnya itu.

"Aku memang sentiasa hensem kan?" Haikal berkata dengan bangga lalu dia senyum.

"Hurmm..." gumam Haider. Malas cakap berlebihan nanti kang Haikal lagi perasan. Haha.

"Aku tanya kau tadi... kau tak jawab lagi."

"Aku nak keluar dengan Afwa. Asal?"

"Nak ikut!"

Haikal hanya mengangguk. Dia sudah agak yang Haider akan ikutnya. Jika dia tidak benarkan, Haider akan usaha hingga dapat. Itulah Haider.

Mereka berdua menuruni anak tangga lalu mengatur langkah ke ruang tamu di mana keluarga mereka berkumpul.

"Ma, angah dengan alang nak keluar," kata Haikal.

"Kamu nak keluar pergi mana?" soal Puan Arluna kepada anak bujangnya itu.

"Nak keluar dengan Afwa ma. Alang pun nak ikut angah," beritahu Haikal.

Haider hanya tersenyum apabila Puan Arluna memandangnya.

"Yang kamu tersengih-sengih macam kerang basi dah kenapa?" Puan Arluna berkata kepada Haider.

"Hehehe... tak ada apa-apalah mama." Haider berkata sambil menggosok batang lehernya.

"Ape-ape jelah. Pergilah keluar dengan Afwa. Kesian dia tunggu korang ni lambat."

"Nak pergilah ni."

Haider dan Haikal terus bersalaman dengan mama mereka. Puan Arluna hanya menghantar pemergian kedua-dua orang anaknya itu sehingga ke muka pintu rumahnya sahaja.

Haikal menekan punat kunci keretanya. Setelah itu, mereka menerobos masuk ke dalam perut kereta. Haikal menghidupkan enjin kereta kemudian dia membiarkan enjin panas seketika.

"Aku tak ada, siapa bawa kereta ni?"

Haikal memandang Haider yang berada di sebelahnya. Dia bukan tidak tahu yang sepanjang dia tidak ada Haider akan membawa keretanya yang ini ke kampus. Ini kerana, Haider tidak mempunyai kereta. Haider hanya mempunyai sebuah motorsikal berkuasa tinggi.

"Akulah bawa. Hehe... Aku tak ada kereta. Aku bawalah kereta yang kau ada. Lagipun, kau bukan selalu guna. Asyik flight je. Cuti berapa hari je."

"Hurmm... tak ape. Bawa jelah. Dah aku pun bukan selalu ada rumah. Kau bawa jelah."

"Thank you, angah. Love you."

Haikal yang mendengar perkataan "Love You" yang terpacul dari bibir Haider itu... Ternaik keningnya sedikit. Geli!

"Haa...yelah, yelah."

Kereta itu meluncur pergi tinggalkan perkarangan rumah agam itu. Haikal membawa kereta sportnya iaitu Audi R8.

"Angah, kita nak makan kat mana?" Haider bersuara bagi memecah suasana yang hening. Hanya dengar celoteh dari DJ Radio sahaja.

"Restoran Al-Thariq," balas Haikal ringkas.

"Oh, okay."

Haider megeluarkan telefon bimbitnya lalu dia bermain dengan telefon sehinggalah ke restoran yang diberitahu oleh Haikal tadi.

"Dah, sampai. Jomlah."

"Weh, kejap... kasutku putus."

"Lah..." meleret sahaja suara Haikal. Menahan sabar dengan perangai lima suku adiknya itu. Nasib adik.

"HAHAHA.... lek, lek. Dah boleh pakai lagi."

"Dasar adik..." gumam Haikal. Geram.

"Jangan marah-marah. Nanti kau lekas tua. Nanti tak terkahwin kerana anda tua." Entah mana ayat dia kutip. Main hentam je budak ni.

Haikal menjeling adiknya.

Haider hanya tersengih tidak bersalah.

"Dahlah, kau. Aku penat layan."

"Alahhh... Janganlah penat melayan adikmu ini. Sian aku."

Haikal terus mendiamkan diri. Malas cakap. Malas nak bertekak. Asal dia balas, mesti akan bertekak. Huh! Baik aku diam. Haikal terus memandu dengan tenangnya tanpa suara dari Haider dan hanya dengar celoteh DJ radio sahaja.

Setelah tiba di restoran yang diberitahu oleh Afwa, Haikal memandang Haider. Haider memandang Haikal.

"Dah, keluar." Halau Haikal sambil membuka pintu dibahagian pemandu.

Haider membuka pintu kereta milik Haikal lalu keluar dari perut kereta.

Bam! Bunyi pintu dihempas oleh Haider. Haikal memandang adiknya dengan pandangan maut.

"Kau nak mati ke hanat?" soal Haikal.

"Alhamdulillah, 23 tahun aku masih hidup."

"Tutup pintu tu... Lain kali hempas kuat lagi. Biar tercabut terus pintu kereta tu. Nanti kau bawa gi kampus tak ada pintu. Baru stylo kan..." sinis Haikal.

Haider hanya senyum tidak bersalah. Orang salah dia tak akan mengaku yang dia salah. Dia lagi memutar cerita yang dia tak bersalah. Itulah manusia. Sama seperti Haider. Dah salah, dia senyum tak bersalah. Adik siapa aku pun tak tahu.

AFWA memerhati sekeliling sementara menunggu Haikal. Dia tidak tahu yang Haikal membawa Haider bersama. Dari jauh, dia terlihat kelibat yang dia kenali sedang mengatur langkah menghampiri meja yang dia duduk.

"Yow, bro..." sapa Haikal lalu bersalaman bersama Haider.

"Yow," balas Afwan.

"Hola, brotha..." sapa Haider kepada Afwan.

"Lah, kau pun ada?"

"Biasalah... aku kan adik mithali. Sentiasa mengikut abang lalu menjadi adik kesayangan. Gitu." Haider berkata dengan bangga.

Afwa hanya membuat muka toya. Adik kawan baiknya ini memang suka angkat bakul sendiri. Nasib, sekepala dengannya.

"Kau ajak lepak ni nak sembang pasal apa?" Haikal bertanya selepas dia duduk. Dia juga telah memesan air.

"Mummy suruh aku cari perempuan untuk dijadikan isteri dalam masa satu bulan. Selepas satu bulan, dia akan tunangkan aku dengan anak kawan dia," luah Afwa. Haikal menjongketkan kening. Tak percaya. Masih ada zaman nak satukan anak. Haha. Diri sendiri pun disatukan oleh keluarga. Apalah nasib.

"Hahaha..." tawa Haider terletus jua. Sesuai sekali abangnya dengan Afwa bertemu dan menjadi sahabat baik.

Seorang mama dah merisik tinggal nak bertunang. Sorang lagi diberikan tempoh cari tunang. Ish, ish... apalah nasib anda berdua. Hahaha. Mohon bertabah.

"Kau dah kenapa gelak shython... tak lawaklah weh. Aku kena paksa cari tunang." Afwa merengus geram kepada Haider.

"Dahtu... tunang jelah dengan anak kawan baik mummy tu," balas Haider.

"Weh, tak nak...tak Tak sanggup aku." Afwa berkata lalu memandang ke arah Haikal seakan-akan meminta pertolongan dari Haikal. Dia bukan tidak kenal kalau Haider bersuara, dijamin dia akan gelak sampai putus urat perut. Seorang hamba Allah bernama Haider Azan tidak pernah serious. Ada saja perangai tak centre dia.


Updated : 14/8/ 22

Hey! My Wifey | SUUnde poveștirile trăiesc. Descoperă acum