BAB 4

29 8 2
                                    

HAIKAL mengeluarkan pakaian kotornya dari dalam bagasi lalu di masukkan ke dalam bakul baju kotor. Baju itu semua diasingkan untuk dibasuh dan disangkut semula.

"Angah..." pintu diketuk dan namanya di panggil. Haikal memandang ke arah pintu. Dia kenal suara itu. Suara milik adik lelakinya. Adik yang di beri nama Haider Azan. Nama yang mempunyai maksud yang indah. Maksud nama adiknya ialah... Lion call to prayer. Nama yang sesuai dengan keperibadiannya. Seorang yang tenang dan masuk air tetapi bila masuk sahaja waktu solat, dialah paling garang. Macam singa. Haha.

"Masuklah. Pintu tak kunci." Haikal memberi kebenaran kepada adiknya untuk masuk.

Haider masuk ke dalam bilik abangnya lalu dia melabuhkan punggung di atas katil sambil mata memerhati gerak-geri abangnya.

"Kau nak apa?" Haikal bertanya kepada adiknya.

"Mama suruh turun."

Haider memberitahu tujuan asalnya ke bilik abangnya itu.

Haikal hanya menganggukkan kepala sebagai jawapan dari ayat suruhan Haider.

"Ngah... Kau ada belikan aku ole-ole tak?"

"Kau tahu ole-ole je... Benda lain tak de ke?"

"Ada..."

Haikal menjongketkan keningnya kepada Haider.

"Kau ada bawa akak ipar untuk aku?"

Haikal membaling baju yang berada di tangannya ke arah Haider. Baju itu tepat mengenai muka Haider.

Haikal terus berlari keluar dari biliknya sambil ketawakan Haider.

"Alang!" jerit Haider lalu dia berlari keluar mengejar Haikal.

Haikal terus berlari masuk ke dalam lif yang di sediakan di dalam rumah tu.

Haider mengambil langkah menuruni mengikut tangga. Dia yakin abangnya akan telah tiba di bawah.

Haikal menoleh ke kiri dan kanan untuk memastikan adiknya tidak ada di kawasan itu.

"Nasib dia tak ada..." Haikal berkata lalu keluar dari lif.

Kaki di aturkan ke ruang tamu.

Haikal tidak perasan akan kehadiran adiknya di bawah tangga. Jadi, dia jalan seperti biasa saja.

Haider yang bersembunyi di bawah tangga itu tersenyum sinis.

"Kau kan ngah... Belajar tinggi. Tapi, tak terpikir langsung kau nak tengok bawah tangga ni..." Haider berkata sendiri lalu dia mengatur langkah perlahan-lahan ke belakang Haikal.

"Sudahlah, alang woi. Aku kenal kau." Haikal berkata tanpa melihat gerangan di belakang. Haider baru saja berangan untuk mengunci abangnya itu daripada belakang. Tetapi, kehadirannya telah di ketahui.

"Wait... Macam mana kau tahu itu aku?" Curious kejap. Dia tak tengok, tapi dia tahu. How? Dia pakai nujum pak belalang ke nok?

"Teka saja. Aku rasa ada orang kat belakang. Aku cakap jelah itu kau." Selamba Haikal berkata kepada Haider.

Haider menganggukkan kepala.

Mereka berdua mengatur langkah ke ruang tamu. Tiba di ruang tamu... Sudah kelihatan abang sulung dan adik perempuan Haikal berada di situ bersama kedua-dua ibu bapa mereka.

Haikal melabuhkan punggung di sebelah abang sulungnya. Manakala Haider melabuhkan punggung di sebelah Humaira. Mereka duduk saling bertentangan dengan Datin Arluna dan Dato Hairi.

"So, kenapa mama panggil kami berkumpul?" soal abang sulung Haikal yang di kenali sebagai along dan di beri nama Hud Arsalan.

"Nak bincang dengan Haikal. Tapi, mama and papa nak yang lain tahu. Jadi, kami himpunkan kamu semua." Datin Arluna memberitahu hal utama mengapa dia memanggil mereka berkumpul.

"Bincang pasal apa?" Haikal menyoal kepada kedua-dua orang tuanya. Bunyi macam serious saja perbincangan mereka pada malam itu.

"Kami nak buat permintaan kepada Haikal." Dato Hairi bersuara. Sedari tadi dia mendiamkan diri untuk melihat reaksi anak-anaknya.

"Permintaan apa?" Jangan minta pelik-pelik. Ghiisau. Haikal menumpukan sepenuh perhatian kepada mama dan papanya.

"Kami nak kamu berkahwin."

Satu ayat yang buatkan dunia Haikal seakan berhenti berputar. "Kahwin." Aku nak kahwin dengan siapa ni. Jodoh pun tak ada. Haikal mula berfikir tentang itu.

"Kami nak satukan Haikal dengan anak kawan kami."

Datin Arluna berkata kepada Haikal.

"Nama perempuan tu? Umur? Haikal kenal ke?"

"Haikal kenal sangat-sangat dengan dia. Dia pun kenal Haikal."

"Siapa tu?" Haikal bertanya untuk mengetahui lebih lanjut siapa yang bakal menjadi isteri dan buatnya.

"Aria Arrianna berumur 25 tahun. Sama umur dengan kamu ja."

Nama itu tidak asing lagi. Haikal sangat-sangat mengenali nama itu.

"Haikal setuju."

Haikal memberi kata putus. Dia setuju saja walaupun dia tidak kenali bakal tunangnya itu siapa. Mungkin inilah yang dikatakan jodoh. Tetapi, dia seakan pernah dengar nama Aria Arrianna.

Aria Arrianna... Asal macam nama minah tu? Dia dengan minah tu orang yang sama ke macam mana? Lerhh... ghiisau. Haha. Haikal berfikir sejenak sama ada Aria Arrianna adalah kawan baiknya yang terpisah atau orang lain. Jika orang yang sama, dia bersyukur kerana telah mengenali Aria Arrianna sepenuhnya.

Jika ini jodoh mereka, Haikal menerimanya dengan hati yang terbuka. Dia pernah berkata berkata sesuatu kepada Aria. Hal itu seakan diputar semula di dalam kepala otaknya.

FLASHBACK

"Finally! Kita dah habis SPM lah Ekal." Ceria sekali wajah cantik milik Aria.

Haikal hanya tersenyum tipis.

"Ekal! Cakaplah something. Janganlah senyum je. Hurmm..."'

"Alhamdulillah." Haikal berkata.

"Ekal... Kenapa Ekal diam je? Tak banyak cakap."

"Rian... Ekal nak cakap something." Haikal berkata kepada Aria.

Aria memandang Haikal dengan pelik. Dia pelik kerana Haikal tidak pernah serious seperti ini. Tetapi, sekarang Haikal sangatlah serious.

"Haikal nak cakap apa?" soal Aria.

"Rian pernah lamar Ekal untuk jadi suami Rian right? So, my answer..."

Hanya Haikal seorang sahaja yang memanggil Aria dengan panggilan Rian. Katanya, baru sepecial kerana memanggil nama lain dari yang lain.

"Ekal setuju?" soal Aria tidak sabar.

"Ekal percaya pada jodoh. Kalau jodoh kita berdua, sampai hujung dunia sekalipun kita pergi... kita tetap akan dipertemukan dalam sebuah ikatan yang sah. Andai kita bukan berdua satu hari nanti... anggaplah kita tidak berjodoh." Haikal berkata kepada Aria dengan nada yang tenang.

"Ekal, Rian minta diri dulu." Aria terus pergi tinggalkan Haikal. Dia sedikit terasa dengan kata-kata Haikal. Tetapi, ada benar juga di dalam bicara Haikal. Andai berjodoh, mereka tetap akan bersama.

END FLASHBACK



Updated : 14/8/22

Hey! My Wifey | SUWhere stories live. Discover now