Bab 2

20 1 0
                                    

Menungan Pak Rauf terhenti apabila di sapa beberapa orang staf yang memerlukan dia menurunkan tanda tangannya pada punch kad mereka, memandangkan hari ini mereka dibolehkan pulang lebih awal dari shift mereka. Setelah selesai di kad terakhir dia memandang sekitar sebelum meminta diri untuk kembali ke sebelah, sewaktu berjalan ke pintu masuk banglo dia melihat jam di tangannya menunjukkan hanya 15minit berlalu, pastinya sang isteri belum selesai menyediakan makanan buat tuan mereka. Pak Rauf memperlahankan pergerakannya dan melihat lagi wajah - wajah yang ada di dinding, kali ini matanya berhenti lama diwajah tampan Haji Osmund Isaac Adam dan Hajjah Sophia McArthur Wood diwaktu itu berlatarbelakangkan deretan bangunan kedai yang pernah menjadi bualan penduduk tempatan Long Erith. Pak Rauf tersenyum kembali teringat cerita moyangnya bagaimana ia bermula.

Long Erith mempunyai sejarah yang cemerlang kerana pembangunannya walaupun kurang mendapat perhatian kesatuannya namun Long Erith tak mengharapkan bantuan dan perlahan membangun sendirian. Seolah terputus dengan hubungan luar kerana kedudukannya, Long Erith amat bertuah selama itu tidak atau sangat lambat mengetahui apa yang berlaku sewaktu negeri - negeri jirannya bertempur dengan lanun, di duduki Jepun atau pemberontakkan di sana sini malah tidak juga mengetahui apabila Sarawak telah di serah kepada British. Long Erith tidak pernah dijajah atau diperangi kerana masih namanya tidak muncul di dalam peta Sarawak walaupun permetaan telah dibuat namun begitu Long Erith yang sentiasa memberi kerjasama dan pelindungan kepada pihak Rajah Putih termasuk Rajah Putih yang pertama sendiri demi ekonomi dan jalinan persahabatan sesama jiran. Atas sebab itu nama Long Erith, Lord Pengiran Madehi serta Kampung Pehin tercatat di dalam nota peralihan kuasa sebelum kemangkatan Rajah Putih yang pertama. Antara pesanan yang dinyatakan yang mana negeri Long Erith tidak boleh diperangi atau di ambil dan mengurniakan kepada Lord Pengiran Madehi seperti beberapa ekar tanah di sekitar Long Erith yang dimiliki pihak Rajah Putih serta milikan mutlak tanah di Kampung Pehin bermaksud ianya tidak akan diambil dari Lord Pengiran Madehi atau warisnya kelak. 

Bertahun telah berlalu dikala pemerintahan Rajah Putih yang kedua yang telah berjaya menguatkan jajahan mereka menakluki sudah hampir seluruh Sarawak. Lord Adam Edward serta pegawai - pegawainya tak perlu lagi berada di Long Erith yang ketika itu bukan lagi negeri palsu serta tidak lagi rahsia. Ada yang turut datang berpindah ke situ untuk berlindung lebih jauh dari pesisiran pantai atau semata - mata mahu menetap dan memulakan kehidupan di sana. Di waktu yang sama akhirnya tanah jajahan Sarawak menjadi sebesar sekarang apabila negeri terakhir yang melengkapkan peta Sarawak ialah negeri kecil Long Erith telah dibeli oleh kerajaan Rajah Putih yang mana mereka telah membuat perjanjian penyerahan dengan membayar pampasan kekal sejumlah wang setiap 6 bulan yang dipersetujui kepada Lord Pengiran Madehi sebagai pengasas Long Erith atau warisnya kelak. Lord Pengiran Madehi yang sentiasa meletakkan masa depan keluarganya bersetuju walaupun sebuah negeri yang dijaganya selama hampir 25 tahun akan bertukar menjadi sebuah mukim dan bila - bila masa mukimnya terpaksa mengikut apa saja perintah kerajaan ini. Semua ketua masyarakat di setiap kampung juga bersetuju kerana berharap akan ada pembaharuan atau pembangunan yang lebih baik kelak dan seperti yang diharapkan hanya berita yang baik - baik saja diterima Lord Pengiran Madehi iaitu ada rakyat negerinya akan diserap masuk ke dalam kerajaan dalam pelbagai bahagian pekerjaan menaiktarafkan taraf kehidupan penduduknya.

Di sisi lain, hubungan yang akrab di antara Lord Adam Edward dan Lord Pengiran Madehi mendorong mereka menjodohkan anak mereka yang bernama Noah Elliot Adam dan Dayangku Madihah masing - masing ketika itu berusia 20 dan 18 tahun. Pada tarikh 14 Januari 1871 melakar sejarah penyatuan jiwa dari dua benua, dua agama, dua adat menjadi satu. Pihak Rajah Putih dari Kuching turut meraikan penyatuan ini mendirikan pagar kubu di sekitar tanah luas di tanah kediaman mereka sebagai hadiah perkahwinan. Harapan pihak Rajah Putih dengan ini dapat menjaga keselamatan keluarga dan harta mereka serta waris yang bakal lahir kelak. Dengan adanya pagar kubu yang tebal itu nama kawasan ini mula dipanggil 'Dark Estate' oleh orang setempat sehingga digunakan secara rasmi sehingga sekarang.

Mencari Jejakmu [On-going]Where stories live. Discover now