12 ♡

35 4 4
                                    

(HAHAH MALAS AH EDIT HEADER)

Namjoon memicit dahinya. Dia duduk menghadap anak bongsunya yang terlantar di atas katil hospital. Belum habis lagi rasa bimbang dalam dirinya terhadap keadaan Taehyung yang masih lagi belum sedar, Jungkook pula ditimpa nasib yang malang.

Namjoon mundar-mandir di hadapan wad Jungkook. Tadi, dia dapat panggilan daripada pihak hospital mengatakan bahawa Jungkook terlibat dalam kemalangan. Namjoon menilik jam tangannya. Jam tepat menunjukkan 3 pagi.

3 hari lagi sebelum raya, sebarang persediaan raya langsung Namjoon tak dapat lakukan. Lepas satu, satu kejadian malang yang menimpa Namjoon. Ibarat sudah jatuh, ditimpa tangga.

"Ya Tuhan, apa yang aku lakukan sampai Kau duga aku macam ni?" Namjoon sudah mula putus semangat. Dia sudah tidak kuat.

Bermula dengan kematian Hobi, macam-macam perkara buruk yang terjadi. Apa maksudnya itu?

"Tuhan, apa yang sebenarnya Kau nak tunjukkan pada aku?" Namjoon meraup wajahnya. Sudah tidak ada air mata lagi yang keluar. Dia penat.

Flashback

"Kook! Apa ni termenung? Jom la join race malam ni." ajak Yugyeom sambil menepuk bahu Jungkook.

"Ha? Oh ha aku malas la. Kau.... kau join la sorang." tolak Jungkook. Dia menggelengkan kepalanya.

"Apahal tiba-tiba kau jadi lain ni Kook? Kau kenapa?" tanya pula si Mingyu.

"Hm tak ada apalah." Jungkook tersenyum hambar. Yugyeom mengerutkan dahinya. "Pelik. Kook, cerita la kat kitorang. Kitorang kan kawan kau." kata Yugyeom. Jungkook mengangkat kepalanya daripada menunduk ke bawah.

"Aku ingat... aku nak berhenti la daripada buat kerja-kerja macam ni. Lepas apa yang dah jadi pada keluarga aku." jawab Jungkook tenang.

Mingyu tersedak. Dia terbatuk-batuk. "Kau... kau nak bertaubat, Kook?!" Mingyu terkejut. Jungkook mengangguk perlahan.

"Mustahak, mustahak. Mustahak la kau nak bertaubat. Ni bukan Jungkook yang aku kenal." kata Mingyu seakan-akan tidak percaya.

Yugyeom mencuit bahu Mingyu. "Psssst, mustahil. Mustahak tu lain."

"Oh! Haa mustahil!"

Tiba-tiba, datang sekumpulan orang yang paling Jungkook benci. Iyalah, musuh dia. Jungkook menjeling mereka.

"Apa? Taubat? Wah, bagusnya Jungkook ni!" perli seorang lelaki merangkap ketua kumpulan itu. Dia dikenali sebagai Hyunjin.

"Kau nak apa?"

"Hmph! Lemah! Dah tak power la tu sebab tu lah dah bertaubat." kata Hyunjin sambil memeluk tubuhnya. Dia tersenyum sinis.

"Kau nak fight ke? Ok jom! Buat kali terakhir, aku akan buktikan yang aku ni takkan ada siapa boleh lawan. Jom!" Jungkook menolak bahu Hyunjin. Kata-kata Hyunjin tadi membuatkan Jungkook rasa tercabar dan membatalkan niatnya untuk berhenti dalam perlumbaan haram.

 Kata-kata Hyunjin tadi membuatkan Jungkook rasa tercabar dan membatalkan niatnya untuk berhenti dalam perlumbaan haram

Ups! Tento obrázek porušuje naše pokyny k obsahu. Před publikováním ho, prosím, buď odstraň, nebo nahraď jiným.

Jungkook dan Hyunjin bersedia dengan motosikal masing-masing. Orang ramai berkerumun memberikan sorakan. Jungkook menoleh sedikit ke arah Hyunjin. Hyunjin mengangkat keningnya dan tersenyum sinis.

"3...2...1. Go!"

Motosikal mereka berdua laju meninggalkan garisan permulaan. Saingan yang agak sengit. Sekejap Hyunjin di hadapan, sekejap Jungkook pula.

Dengan penuh rasa marah dan benci, Jungkook mengambil keputusan untuk merapatkan motosikalnya dengan Hyunjin. Pantas kaki Jungkook menolak kuat motosikal Hyunjin menyebabkan dia jatuh berguling-guling atas jalan raya.

Jungkook menoleh ke belakang sambil tertawa jahat. "Kau ingat kau siapa?"

Sebaik saja Jungkook memandang ke hadapan. Kelihatan ada sebuah lori bergerak ke arahnya.

Pin! Pin!

🎆

"Silakan masuk, encik." kata seorang doktor lelaki kepada Namjoon. Namjoon mengangguk perlahan lalu menolak pintu wad Jungkook. Dia melangkah masuk.

Kelihatan Jungkook sedang duduk di atas katil. Kepalanya ditundukkan ke bawah. Bunyi tapak kaki Namjoon membuatkan Jungkook memandang ke arahnya.

"Ayah..." panggil Jungkook. Namjoon segera memeluk anak bongsunya itu. Jungkook terus melepaskan tangisan yang dia tahan.

"Sabar, Kook. Ayah ada dengan Kook!" kata Namjoon sambil melepaskan pelukannya.

"Ayah...." Jungkook menyelak selimut yang menutupinya. Jungkook memandang ke arah Namjoon. Wajahnya basah, hidungnya merah, matanya sembap.

"Mana kaki Kook?"

Namjoon memandang ke arah kaki Jungkook. Kedua-dua belah kakinya telah dipotong sehingga paras lutut.

🎇

✅ Ayah • BTSKde žijí příběhy. Začni objevovat