5 ♡

39 8 5
                                    

Seokjin memimpin tangan isterinya yang tercinta

Hoppla! Dieses Bild entspricht nicht unseren inhaltlichen Richtlinien. Um mit dem Veröffentlichen fortfahren zu können, entferne es bitte oder lade ein anderes Bild hoch.

Seokjin memimpin tangan isterinya yang tercinta. Mereka berdua jalan menuju ke sebuah butik pakaian. Anak-anak pula sudah berlari masuk ke dalam butik. Seokjin mahu cari pakaian untuk raya nanti. Awal betul.

"Tahun ni kita nak pakai baju warna apa sayang?" tanya Seokjin kepada isterinya.

"Tahun ni saya nak pakai baju warna baby blue! Tapi, bukan sepasang je tau. First day raya kita pakai baby blue. Second day kita pakai warna purple. Esok tu pakai baju warna hijau pucuk pisang sebab nak pergi rumah Aunty Jinah kan? Haa diorang pun pakai warna hijau juga! Lepas tu, warna merah untuk raya keempat. Raya kelima tu anak Jisoo nak kahwin kan? Diorang kata pakai baju warna pink belacan. Ha lepas tu--" kata-kata isteri Seokjin terpotong apabila telefon milik Seokjin berbunyi.

Seokjin melihat nama si pemanggil.

Taehyung.

"Umm, sayang pergi pilih baju dengan anak-anak. Saya nak angkat call kejap." Seokjin berjalan keluar dari butik itu.

"Kau nak apa Tae?!" tengking Seokjin sebaik saja panggilan dijawab.

"Kau ni hyung. Cakap elok-elok boleh tak?" balas Taehyung. Suaranya garau seperti baru bangun tidur.

"Ye adikku sayang? Nak apa?" perli Seokjin.

"Hyung, duit sikit." pinta Taehyung.

"Hm kau ni kalau call aku je mesti nak duit. Patutnya tanya la khabar aku ke apa!" kata Seokjin sambil menggulingkan biji matanya.

"Eh? Aku tanya khabar kau hyung? Hyung ada tanya khabar ayah?" balas Taehyung pedas. Terdiam Seokjin dibuatnya. Beberapa saat kemudian, Seokjin membalas.

"Ok la aku tak nak transfer."

"HAAA OKAY OKAY OKAY SORRY LAH HYUNG! Aku cakap je!" Taehyung mula panik apabila Seokjin mengugutnya.

"Petang nanti aku transfer." Seokjin terus mematikan panggilan. Dia mengeluh perlahan. Bila la adik dia yang seorang itu nak berubah. Asyik minta duit je!

🎇

Jam menunjukkan pukul 7:06 minit petang. Sebentar saja lagi akan masuk waktu berbuka puasa. Namjoon, Jimin, Hoseok dan Jungkook sudah berada di meja makan. Makanan sudah pun tersedia.

Jungkook dengan selambanya meneguk air sirap yang dibeli oleh ayahnya tadi di bazar Ramadan. "Ish, adik Kook ni tak puasa!" kata Hoseok. Lidahnya terjelir-jelir.

Jungkook menjeling Hoseok daripada ekor matanya. "Kau nak cakap yang aku ni jahat ke, hyung? Kau puasa terus masuk syurga la?" kata Jungkook.

"Mak dulu cakap, aku memang masuk syurga pun! Hmphh!" Hoseok mengelipkan matanya berulang-kali. Mulutnya bergerak-gerak.

"Dah dah! Jangan bergaduh depan rezeki." tegur Namjoon. Sementara itu, Jimin sibuk dengan telefonnya. Apa lagi kalau bukan TikTok. Tak penat ke jari asyik scroll fyp, huh Jimin?

"Eh hyung, kau puasa eh?" tanya Jungkook. "Eh eh eh, aku bukan macam kau! Walaupun aku penat buat content video tapi aku tetap puasa!" kata Jimin dengan riaknya.

"Kau tu duduk bawah bumbung rumah. Aku ni pergi sekolah tau hyung. Lain penat dia!" balas Jungkook. Jimin hanya mendiamkan diri. Dia sibuk merakam juadah berbuka puasanya hari ini.

"Eh ayah! Kook nak keluar malam ni boleh?" tanya Jungkook.

"Ke mana lagi kau ni Kook oi?! Esok nak sekolah. Kau nak pergi merempit kan?!" Namjoon menggaru kepalanya kasar.

"Ala boleh lah ayah. Kook dah lama tak turun. Budak-budak dah panggil Kook untuk join malam ni." jelas Jungkook lagi. Mulutnya dimuncungkan.

"Nanti 'kelagaman' jalan raya baru tau!" Hoseok menjelir-jelir lidahnya.

"Kau diam la terencat! Kelagaman kelagaman. KE-MA-LA-NGAN!" marah Jungkook.

"Biar la!" balas Hoseok. Dia mengerling ke arah jam dinding. Bila nak berbuka ni?

"Boleh la ayah! Please! Kook janji Kook balik awal!" Jungkook merayu. Dia menunjukkan riak wajah sedih.

Namjoon mengangguk. "Tapi, satu syarat!"

"Apa dia?"

"Esok kau puasa." kata Namjoon. Jungkook melemahkan badannya.

"Alaaaa ayah! Kook tak nak puasa!"

"Nanti masuk api neraka baru tau." Hoseok mencelah. Jungkook mencubit bahu Hoseok. Hoseok berdecit sakit.

"Ok ok Kook puasa esok!" Akhirnya Jungkook setuju dengan syarat ayahnya itu. Tiba-tiba, pintu rumah Namjoon dibuka oleh seseorang.

Yoongi orangnya. "Hobi! Aku ada bawak bunga api untuk kau!" Yoongi menghulurkan sekotak bunga api kepada Hoseok. Hoseok menerimanya dengan gembira. "Yeay!"

"Ayah, ni aku ada belikan makanan kegemaran ayah. Tepung pelita." Yoongi menghulurkan plastik itu kepada Namjoon. Namjoon tidak mengambil. Sebaliknya, dia membiarkan saja plastik itu. Yoongi mengeluh.

"Ayah, aku tau la dari mana datang duit yang aku dapat ni. Tapi, ayah kena ingat. Aku je anak yang bekerja dalam rumah ni. Nak harapkan Seokjin? Dia jenguk ayah pun tak. Duit pun sekali-sekala dia transfer. Jimin? Kerja pun tak seberapa. Gaji pun apa la sangat." bebel Yoongi. Jimin hanya memekakkan telinganya.

"Tapi, Yoongi. Duit kau tu duit haram! Kau jual mercun curi! Kau tak boleh suap mulut kami dengan rezeki haram tu!" tengking Namjoon. Lantas, dia berlalu keluar dari rumahnya. Entah ke mana dia pergi.

🎇

UWAHHH DAH SETAHUN DAH FF NI TAPI TAK HABIS2 HM

✅ Ayah • BTSWo Geschichten leben. Entdecke jetzt