"Aih....aku pun tak tahu macam mana aku ada dekat sini. Aku ingat lagi aku tengah tidur kat bilik. Sedar je dah duduk dekat sini kena ikat dengan kau ada dekat sebelah." Kata Alif yang kelihatan masih keliru macam mana dia boleh sampai dekat sini.

"Ha! Dua ekor tikus dah sedar ye...." Luna dan Datin Maria berjalan masuk. Wajah mereka kelihatan sangat puas hati dengan apa yang mereka lakukan.

"Cis korang ni, tak habis-habis nak buat hal! Lepaskan kitaorang lah bodoh!!" Jerit Johan sambil cuba melepaskan diri dari ikatan tali namun tidak berjaya.

"Heheh...kalau kami lepaskan kau tu namanya kerja gila....bodoh!" Giliran Johan pula kena 'bodoh' dengan Luna.

"Ceh dah tahu semua tu kerja bodoh. Yang pergi culik kami dua tu nak cari natang apa bodoh!" Johan membalas dengan lebih lantang.

Dah jadi permainan memaki orang pula dah.

"Nak bunuh korang berdua lah nak buat lagi hahaha! Kami culik kau hanya untuk dijadikan alasan untuk diaorang datang kesini je. Lepas diaorang dah datang sini, BOOM! Letup! HAHAHA!" Sambung Datin Maria pula dengan gelak tawa psiko.

"Yo lah tu, dah 35 episod kau cuba nak bunuh kitaorang semua. Dapat ke? Tak kan? HAHAHA!" Alif ketawa besar mengenangkan usaha gagal Datin Maria dan Luna.

Hambek kau! Korang ingat mulut Alif tu baik sentiasa ke. Ada masanya kalau dah tak tahan, habis dia hentam semua orang.

Luna dengan marahnya menikam tangan kanan Alif.

"ARGH! Sakit...." Alif tidak dapat berbuat apa-apa kerana tangannya diikat ketat membuatkan dia tidak dapat menggerakkan tangannya.

"WOI! APA KAU BUAT NI! Kalau kau berani, bukalah tali ni! Satu lawan satu dengan aku!" Jerkah Johan. Kemarahannya memuncak apabila melihat sahabatnya ditikam ditangan sedemikian rupa.

"Hahaha! Tak akan aku lepaskan. Aku nak tengok korang berdua terseksa! Kitaorang keluar dulu.....selamat meninggal! HAHAHA!" Mereka berdua meninggalkan bilik itu.

"Alif! Alif! Jangan pengsan Alif! Bertahan! Aku cuba cari jalan nak lepaskan diri dari sini!" Kata Johan cemas apabila melihat darah ditangan Alif semakin banyak mengalir.

Di Tempat Lain....

"Tuan, kita dah nak sampai dah ke lokasi tu." Beritahu Inspektor Hisyam sambil melihat maps di telefonnya.

"Bagus. Inilah dia! Hisyam sediakan senjata untuk diri kau sendiri."

"Tapi Tuan? Tak ada ke?"

"Tak apa, aku dah ada....ok dah sampai!" Fattah segera memberhentikan keretanya dihadapan pintu masuk yang telah dirantai dengan rantai besi berserta kunci sebesar buah durian.

"Pergh! Besar bapak kunci ni!" Terkejut Fattah dibuatnya apabila melihat mangga kunci sebesar itu.

"Ye lah Tuan! Besar gila!" Inspektor Hisyam turut terkejut.

"Hisyam, masuk dalam! Aku nak tembak dia dengan peluru berpandu." Fattah masuk diikuti Inspektor Hisyam ke dalam kereta dan Fattah menekan satu butang yang berada di stereng kereta.

Penutup kecil but kereta itu terbuka dan nampaklah peluru berpandu sebanyak 5 buah.

'Dahsyat! Tuan Fattah ni ada kena mengena dengan James Bond ke?!' soal Inspektor Hisyam di dalam hati tidak percaya dengan apa yang dia lihat didepan matanya sekarang.

CINTAKU MR SECRET AGENTHikayelerin yaşadığı yer. Şimdi keşfedin