bab 15

299 14 7
                                    

"Such a material husband" tersenyum Nura Dina melihat kearah Nik Izzhan yang sedang mengimamkan solat di antara dua keluarga itu.Sesudah makan malam mereka menunaikan solat Maghrib dan Isyak berjemaah.Nura Dina tidak bergabung solat bersama kerana dia sedang mengalami hari-hari keistimewaan wanita setiap bulan.

"Nik Izzhan... dah la handsome,patuh agama lagi hai  boleh buat calon suami tu" Nura Dina melepaskan tawa kecil sebelum menutup mulutnya berpura-pura ayu.

Melihat kearah mereka yang sudah selesai menunaikan solat,terus dia bergerak ke hadapan cermin untuk membetulkan rambut dan pakaiannya.

"Ian...salam uncle Daniel dengan wan Nazri cepat" Nik Izzhan mengarah anaknya sebaik sahaja Nik Ian sudah bersalam dengannya dan Encik Nik Irman.

Nura Dani yang kelam kabut bersalam dengan Puan Eliana,Puan Dayana dan Nuha Dian tadi menghulurkan tangannya hendak bersalam tetapi hairan ketika huluran tangannya tidak di sambut baru dia hendak mengangkat kepalanya dia terlihat kaki yang menyarung kain pelikat berwarna hitam sedang bersila di hadapannya.

Nuha Dian yang melihat perbuatan kakaknya pantas menepuk dahi sebelum menyenggol pinggang Nura Dani.

"Akak,itu abang Izz...belum halal lagi kak nak salam pun" Nura Dani tercengang mendengar ayat adiknya itu.Kepala diangkat melihat Nik Izzhan yang menatapnya hairan.

"Oh sorry" pantas Nura Dani bangun dan membawa Nuha Dian bersama,ditinggalkan Nik Izzhan kehairanan sendirian.

.

.

"Uinaa kakak,tahu ler solat tadi khusyuk tapi jangan la sampai  semua orang nak disalamnya...ini sampai tak tengok dah kiri kanan depan belakang habis semua akak nak salam" Nuha Dian mengusik kakaknya,jujur dia masih tak boleh lupakan perkara yang terjadi di depan matanya tadi.

"Diam dik" Nura Dani yang sedang melipat sejadah itu menjeling adiknya.

"Eleh adik tahu akak nak practice jadi isteri mithali kan" kening diangkat beberapa kali.

"Kakak tak perasan lah,adik ni pun lah" lagi dijeling Nuha Dian yang sedang memeluk kain telekungnya.

"Iyalah tak perasan..." mata Nuha Dian dijelingkan keatas "kakak ni dah ada ciri-ciri makmum yang baik ni  uwu- aduh!!" Nuha Dian mengusap mukanya yang dibaling plushie berupa seperti carrot.

"Itu makan dia...dah pergi keluar,kakak nak sambung kerja"

"Kerja apalah sangat,kakak kena keluar juga...dia orang tu belum nak balik lagi,umi nak bagi minum teh dengan makan dessert yang diorang pulun buat sama-sama tadi" Nura Dani terus membaringkan tubuhnya ke atas katil.

"Malasnyaaa" mata dipejamkan.

.

.

"Hai" Nik Izzhan yang sedang menggunakan telefon pintarnya mengangkat wajah melihat seseorang yang telah menegurnya.

"Hai?" Nik Izzhan melihat saja kearah orang yang menegurnya itu apabila orang itu melabuhkan duduk di sebelah kirinya.

"It's been a long time since we last see each other" Nik Izzhan seseorang itu hairan.

'Sejak bila Dani macam ni?Padahal baru tadi jumpa,dah lupa ke?' hati Nik Izzhan mendesis.

"I'm sorry,Dani? Are you good?" tercengang orang itu atau lebih tepat Nura Dina mendengar  persoalan Nik Izzhan.

"Oh yeah maybe you don't remember me" Nura Dina menghulurkan tangannya untuk memperkenalkan dirinya "by the way I'm Nura Dina,Dani's twin"

Dani Izzhan Where stories live. Discover now