bab 4

328 21 2
                                    

"Dayana aku sebenarnya bercadang nak jodohkan anak kau dengan anak aku...kau okay ke?"soal Puan Eliana yang datang bertandang di rumah Puan Dayana,melepak.

"Aku ni bukan apa...aku okay aje cuma kena tanya dengan anak aku la dulu" seketika Puan Dayana membalas,susuk tubuh Nura Dina menerjah ke pemandangannya.Nura Dina datang dan duduk bersebelahan uminya.

Melebar senyuman Puan Eliana apabila melihat Nura Dina yang disangkakan Nura Dani.

"Okay nanti kau cubalah tanya dia mana tahu dia setuju...boleh tunangkan terus"Membulat mata Nura Dina apabila Puan Eliana berkata begitu.

"Kalau dia setuju bagi pakai cincin merisik ni dulu..."kotak kecil baldu berwarna merah di tolak kearah Nura Dina.Pelbagai spekulasi yang telah dibuat oleh otak Dina.

"Ya InsyaAllah nanti aku tanya dia"Puan Dayana membalas.

"Kalau macam tu aku balik dulu lah"

"Ha iyalah hati-hati tau" ujar Puan Dayan sambil-sambil mereka berjalan menuju ke pintu masuk."Iya Yana...Aunty balik dulu ye" matanya memandang Nura Dina.Nura Dina hanya mengangguk dan tersenyum kekok.

Puan Dayana kembali duduk di sofa,teh yang tadinya belum habis dihirup tanpa meninggalkan baki.

"Umi siapa tadi tu?" tiba-tiba Nura Dina menyoal.

"kawan umi..."

"Dia buat apa datang sini?" lagi dia menyoal.

"datang merisik..." sepatah-sepatah di jawab oleh Puan Dayana.

"Merisik siapa?"

"merisik k-"

"Umi!!" belum sempat Puan Dayana menghabiskan ayat Nuha Dian memotong.

" Oi kenapa yang terjerit-jerit ni?" soal Puan Dayana sambil berjalan melihat anaknya.

"Tengok Abang Daniel ni main katak!"jerit Nuha Dian geli dengan abangnya yang cuba untuk mengangkat katak di dalam longkang itu.

"Aip katak tu tak kacau Daniel pun yang Daniel  kacau dia kenapa?" soal Puan Dayana.

"Tak ni adik ni dia yang duk curah air kat katak ni, Daniel kesian sebab tu nak angkat" kata Daniel menafikan kata-kata Nura Dian.

"Kenapa kau dik? Katak tu tak kacau kau pun kan" sampuk Nura Dina.

"Bukan apa adik takut dia datang kat adik aje" katanya sebelum mencebik       " tapi bagus apa adik curah air kat dia,adik bantu dia bernafas...longkang tu kering"

"Bongok la kau dik lemas dia nanti" Daniel juga menyampuk.

"Daniel umi tahu kamu belajar dulu culas tapi takkan benda simple macam ni pun tak boleh nak ingat?" Puan Dayana cuba menahan tawanya tidak mahu anaknya terasa hati.

"Apa umi betul la katak tu boleh lemas" Daniel betul-betul nak orang percaya kata-katanya.

'PAP'

"Haa ini makan dia..." Encik Nazri yang baru tiba menepuk belakang kepala Daniel " dulu abah kejan kau belajar betul-betul kau sibuk nak ponteng,acah sakit sana sakit sini"Daniel selalu berlakon sakit dulu masa zaman sekolah,sekali dia terkena cirit-birit insaf terus dibuatnya.

"Hehe...abah Daniel tahu je katak tu bernafas guna dua organ,Daniel saja nak test Dian ni nak tengok tahap kebijaksanaan dia" ujaran Daniel membuatkan Nuha Dian menjeling abangnya.Nura Dina tergelak kecil dengan telatah mereka.

.

.

"Dani aku still tak boleh percaya kau sanggup guna duit saving kau semata-mata nak teman aku cuti kat Melaka ni"ujar Fareha tersengih-sengih.

Dani Izzhan Where stories live. Discover now