bab 11

253 19 6
                                    

"Aku ni letih la Darlyn...aku tau la aku kat rumah tak buat apa tapi jangan la suruh aku pergi dekat dia aku malas gila-gila ni,aku nak golek-golek atas katil aje tolong la" kereta yang diberi nama Darlyn itu sedia bergerak walaupun pemandunya membebel bermula dari belum dihidupkan sehinggalah sudah bergerak.Nura Dani meneruskan pemanduan dengan bibirnya yang tidak henti bergerak membebel kepada the one and only Nik Izzhan.

Setibanya dia di rumah Nik Izzhan,enjin Darlyn dimatikan dan seatbelt dibuka.Baru sahaja dia hendak membuka pintu,perkara yang disuruh Nik Izzhan bermain difikiran.

"Dia suruh aku ambil apa eh?"Nura Dani menyoal dirinya sendiri "itula kau Dani bebel banyak lagi kan dah lupa ish" tangannya mengambil telefon pintar di dalam sling bag berwarna  hitamnya.Jari-jemarinya mencari chat bersama Nik Izzhan seketika tadi.Sebaik matanya menangkap text itu,Nura Dani membukanya.

+601 xxxx xxx
hye,busy ke?-

me
-tak,nak apa?

+601 xxxx xxx
minta tolong pergi rumah aku kejap- boleh?

me
- ada apa?

+601 xxxx xxx
ambilkan beg kerja -
tertinggal tadi -

me
- nak bila?

+601 xxxx xxx
masa lunch,boleh? -

me
- hm sure

+601 xxxx xxx
thanks -


Setelah membaca text sebentar tadi,kaki Nura Dani melangkah ke pintu rumah Puan Eliana.Salam diberi dan loceng rumah ditekan.Beberapa saat menunggu pintu rumah itu dibuka.

"Waalaikummussalam,eh Dani...masuklah" Nura Dani melangkah masuk ke dalam rumah bersama senyuman buat Puan Eliana kemudian tangan Puan Eliana disalam.

"Ada apa datang ni Dani?"

" Dani datang nak tolong ambilkan beg kerja Izz,dia tertinggal tadi" Puan Eliana mengangguk lalu menunjukkan tangga untuk naik keatas.

"Beg Izz ada kat atas,dalam bilik dia...Dani naik lepas tu belok kiri,ada satu je pintu kat situ,itu lah bilik Izz." Nura Dani mengangguk lalu memanjat tangga.Baru tiga anak tangga dipijaknya,Puan Eliana memanggilnya.

"Dani beg Izz ada atas katil dia"

"Okay"Nura Dani meneruskan langkahnya.

.

.

Nura Dani menuruni tangga setelah mendapatkan beg Nik Izzhan.Nik Izzhan yang sedang bermain dengan mainan robotnya menerpa Nura Dani apabila matanya menangkap susuk tubuh itu.

"Ibu!" tersentak Nura Dani mendengar panggilan itu.Nura Dani menunduk melihat Nik Ian yang memeluk kakinya.

"Hai Ian" senyuman manis diberi seraya dia merendahkan dirinya separas dengan Nik Ian.

"Ibu...lama ibu tak datang" Nura Dani menggeleng kepalanya kemudian mengambil kedua tangan kiri dan kanan Nik Ian.

"Jangan panggil Ibu lagi tau,sekarang Ian panggil kakak dulu okay?" jarinya naik membentuk 'okay'.Nik Ian mengangguk 'baguslah Ian ni patuh arahan' membuatkan hati Nura Dani mendesis.

Dani Izzhan Where stories live. Discover now