"Tolonglah bukakan pintu pagar ni. Tahu tak kaki saya dah naik kematu berdiri kat sini? Penat tahu, berdiri lama-lama," jawabku laju supaya dia faham akan situasiku.

Dia ketawa kecil. Sukalah tu tengok aku terseksa dan terdera.

Dia berdehem dan berkata,"oh ya? Kesiannya. Hmm, alang-alang kau dah kat luar tu. Berdiri ajelah sampai esok pagi. Lagipun aku hanya akan bukakan pintu pagar tu pada pukul lapan aje. Ni sekarang dah pukul lapan lebih, jadi aku malas nak buka. Siapa suruh kau balik lambat kan?"

Ucapannya memang makan dalam. Kelu lidahku. Ewah, ni memang kes balas dendam ni. Huwaa, kenapalah dalam ramai-ramai orang dalam vila ni, dia juga yang sambut panggilan interkom ni?

"Tuan, please... tak baik tau buat saya macam ni. Bahaya tau anak dara kat luar malam-malam. Tolonglah tuan." Rayuku lagi dengan harapan dia terpujuk dengan rayuanku.

Air mataku hampir sahaja berlinang. Entah kenapa, hati ini rasa sensitif sangat. Wajah yang berkerut menahan tangis tidak kuhiraukan. Dengan tak semena-mena, kelihatan wajah Syakir sedang tersenyum sinis di kaca segi empat sama itu.

Aku terundur ke belakang. Terkejut bukan kepalang lagi melihat wajahnya. Arh, pasti dia melihat wajahku yang cemberut ini. Malu wei, malu.

Dia terkekeh ketawa. "Wei, tak payahlah sedih sangat. Boleh tak jangan cengeng macam orang mati laki?"

Aku meraup mukaku. Sejenak, aku menjegilkan mata memandang skrin kaca segi empat sama itu.

"Dah tuan tu, tak nak buka pintu pagar. Seram tahu tak? Kalau tuan tak nak buka, tak apalah. Saya boleh balik rumah terus, dan saya tak akan balik lagi. Zaman sekarang, susah nak cari pekerja yang rajin macam saya tahu?" Ugutku apabila dia masih berdegil tidak mahu membuka pintu pagar. Sempat lagi aku masuk bakul angkat sendiri.

Dia memegang dagunya dan jari telunjuk mengusap lembut. Rambutnya yang tersisir rapi mula jatuh menutupi dahi. "Hmm, betul juga cakap kau ek. Susah nak cari hamba abdi yang sanggup kerja tanpa gaji macam kau ni. Okey, aku bukakan. Tapi, tak bermakna yang kau boleh lepas macam tu aje. Kita masih ada perhitungan yang belum sel..."

"Okey, okey. Whatever. Sila sambung membebel selepas ni. Sekarang, bukakan dulu pintu pagar ni. Kaki saya dah lenguh ni." Cepat-cepat aku memintas kata-katanya.

Nak buka tu, buka ajelah. Ni banyak pula cekadak dia. Itulah, inilah. Kerja nak mendera aku aje.

Interkom dimatikan. Tidak lama kemudian, pintu pagar terbuka. Aku melangkah masuk ke arah vila. Pintu utama dibuka perlahan-lahan dari dalam. Sudah dapat kuagak gerangan yang membuka pintu. Tepat sekali jangkaanku tatkala melihat Syakir sedang bersandar di muka pintu sambil berpeluk tubuh dan bibirnya melakarkan senyuman sinis kepadaku.

Kaki terasa berat melangkah. Aura lelaki ini benar-benar membuatkan kakiku goyah. Bukan kerana terpesona. Cit, kirim salamlah. Tapi kerana gementar.

"Assalamualaikum tuan. Allahu terharunya. Tuan sanggup tunggu saya malam-malam ni. Baik sungguh hati tuan," sapaku mesra sekadar menutup gugup di dada.

Sengaja aku memberi fakta palsu, sedang hakikat sebenarnya ialah Syakir menanti masa untuk membuliku saja.

"Waalaikumusalam. Haah, memang aku sanggup tunggu kau. Iyalah, aku ni tuan rumah yang baik." Balasnya dengan nada berbaur sindiran. Terdapat makna tersirat di sebalik ungkapannya itu.

"Ya, betul tu. Saya masuk dululah, ya." Aku meluru masuk tanpa menghiraukannya yang menjelingku tajam.

Disebabkan hanya sebelah pintu yang dibuka, ruang yang sempit itu membuatkan bahu kami berlanggar.

Dear Aqirah [TERBIT]Where stories live. Discover now