bab 43

15.3K 778 63
                                    

Pintu terakhir dikatup rapat.Kemudian sebatang kunci dimasukkan ke dalam lubang kecil.Setelah yakin bahawa pintu kedai sudah terkunci rapat,langkah mula diatur.

Harleen menengadah wajah.Melihat akan matahari yang mula ingin tenggelam.Begitu juga warna langit.Sudah mula bertukar warna.

Kini yang tinggal hanyalah Harleen seorang diri.Tanpa teman mahupun sesiapa.Dayana dan Betty sudah berangkat pulang beberapa minit yang lepas.

Oleh kerana sudah berjanji mahu berjumpa pembekal barangan utama kedai,dia pulang sedikit lewat.

Sebaik selamat melabuhkan punggung di kerusi pemandu,enjin kereta dihidupkan.
Sementara menunggu enjin kereta dipanaskan.

Nombor telefon Ku Gazwa didail.Dan tidak sampai 5 minit menunggu.Panggilan tersebut mendapat sahutan.

"Hello Akak.Kenapa call Gazwa?Ada apa-apa ke perkara yang Gazwa boleh tolong?"Suara halus itu bertanya sopan.Sememangnya nada suara Ku Gazwa tidak seperti abangnya.

Jika Ku Gibran lebih kepada garau dan kasar manakala Ku Gazwa pula halus dan sopan.

"Hm..Ada sebab kenapa akak call Gazwa."

"Sebab apa tu kak?Cakap aje,mana tahu Gazwa boleh tolong."Masih sopan dan penuh beradab lelaki disana menyoal.

Jika kakak iparnya menghubungi hanya semata-mata ingin meminta pertolongan,dia tidak akan keberatan mahu menolong.

"Sebenarnya untuk makan malam nanti akak rasa nak masak lauk kegemaran along tapi masalah besar sekarang.Akak tak tahu pulak lauk kegemaran along apa.Sebab ini lah akak call Gazwa.Mana tahu Gazwa boleh tolong."

Segala persoalan yang asyik menganggu kotak fikiran diterangkan kepada adik iparnya.

Memandangkan selama ini Harleen tidak  mengambil tahu soal peribadi suaminya jadi terpaksa juga tebalkan muka bertanya.

Ku Gazwa yang ketika ini sedang berada di syarikat dan masih belum pulang sudah tersenyum lebar.

Mendengar tujuan sebenar Harleen membuat panggilan.Ku Gazwa yakin bahawa hubungan abang dan kakak iparnya perlahan-lahan ingin memekar.

"Kalau akak nak tahu makanan kegemaran along ialah ayam masak cili api tapi hasil air tangan bonda sendiri.Kalau masakan orang lain memang along takkan sentuh.Dia lebih rela mengikat perut berbanding makan masakan orang lain.Masakan isteri Gazwa sendiri pun dia tak sentuh.Kalau akak nampak along makan jugak itu bermakna along mahu menjaga hati orang tu."

Bibir bawah digigit perlahan.Semangat yang mula berkobar-kobar tiba-tiba menghilang.

Belum melakukan lagi sudah dapat melihat usaha memikat hati Ku Gibran bakal terputus separuh jalan.Bahu mula kendur terjatuh.

Mana mungkin dia boleh memasak sama seperti masakan Ku Fatimah.

"Tapi akak jangan risau.Gazwa yakin along akan jatuh cinta dengan masakan akak.
Masakan akak pun apa kurangnya.Sedap juga.Lagipun sampai bila along mahu bersikap seperti itu.Kalau waktu bujang dulu setiap hari boleh makan masakan bonda tapi sekarang along sudah berumah tangga dan sepatutnya masakan isteri sendiri pula yang harus menjadi pilihan hati."

Seakan-akan tahu kekusaran bermain di fikiran kakak iparnya.Setiap kata-kata positif diungkap yakin.Ku Gazwa berharap agar semangat Harleen dapat disuntik kembali.

Nafas dihela perlahan.

"Hm baiklah kalau macam tu.Akak akan cuba walaupun kurang yakin.Maaf kalau waktu bekerja Gazwa terganggu dengan panggilan akak ini."

Ucap Harleen diselangi satu tawa.

"Mana ada menganggu.Sekarang pun Gazwa baru nak bertolak balik.Kebetulan akak dah call,Gazwa nak tanya.Bila pula korang berdua nak datang rumah ayahanda.Gazwa bukan apa cuma Yana asyik bertanya tentang akak dan along.Naik pening jugak Gazwa dan Sarah nak menjawab."

Mrs Gibran Where stories live. Discover now