"Betul tu tuan tapi mungkin, tiba masanya untuk tuan ikhtiar cara lain?"

Mikael memandang dengan rasa tak percaya dengan kata yang keluar dari lelaki tua ini lalu dia membalas,"Pak Rauf macam tak kenal dengan saya yer? Dah, balik la Pak Rauf! Tak payah hantar makan malam! Tinggalkan Dark Estate, pergi balik! Suruh semua balik! Saya taknak tengok sesapa pun lalu lalang."

Pak Rauf mahu membuka mulut mengenai penampilan diri mungkin juga mungkin antara faktor tuannya serabut namun dia menahan diri dari terus membuat tuannya marah kepadanya. Lalu dia meminta maaf dan memohon diri untuk keluar.

"Aik, muka tu kenak[kenapa] bang?" Soal isteri Pak Rauf apabila melihat suaminya melangkah masuk ke dapur. Dia baru selesai mengemas dapur menuangkan air kopi kepada suaminya, di berikan juga beberapa hirisan kek mentega yang di buat sendiri tadi.

"Apalagi Da, Abang buat tuan kita marah. Kesian pulak kat Tuan kita tu. Dia tengah serabut jadi macam biasa berangin arini, dia suruh kita semua balik jer."

"Ohh.., dia nak makan malam tak?" Tanya isteri Pak Rauf yang dikenali sebagai Mak Da.

"Dia kata tak payah hantar." Kata Pak Rauf tenang di sambut dengan senyuman dari isterinya,"Tak payah hantar bukan bermakna tak payah sediakan. Tahu jelah dia tu kalau datang anginnya tapi makan tetap makan. Takper, saya siapkan dulu la bang, bahan semua dah sedia tinggal nak masak jer. Oh ye... memandangkan kita disuruh balik awal ari ni abang boleh tolong ambik susu kat ladang kalau dah siap la. Hari ni dorang buat susu baru tapi dorang tak tahu kita kena balik awal. Nanti dorang datang kita dah balik pulak. Pastu inform dorang kat galeri la yer suruh tutup awal kalau takde orang lagi. Mesti Tuan taknak jumpa sesiapa arini."

"Yela abang pergi ni ye." Balas Pak Rauf sambil berlalu pergi. 

Hampir 30 minit kemudian dia kembali ke tempat duduknya bersama 2 botol susu sejuk yang sudah dipasteur lalu mengambil nafas seketika. Mak Da mengambil dua botol itu dan memasukkannya ke dalam peti sejuk, tanpa berkata apa - apa dia kembali selesaikan tugasnya sendiri yang hampir selesai. Pak Rauf mahu membantu isterinya namun ditolak baik lalu Pak Rauf enggan terus mengganggu isterinya perlahan membawa diri ke ruang legar banglo yang besar ini bertujuan mahu membuat pemeriksaan yang biasa dilakukan sebelum meninggalkan banglo untuk hari itu.

Setiba di ruang tamu dia memandang salah satu gambar bersaiz besar yang tergantung di dinding - wajah generasi pertama tuannya bersama keluarga. Foto ini dihasilkan sewaktu tuannya berada di England pada tahun 1894 berdasarkan tarikh yang di tulis di atas cetakan gambar itu. Mengikut cerita arwah moyangnya yang bertugas menjadi pembantu kanan pada waktu itu mengatakan Noah Elliot Adam atau dengan gelaran yang diberi Inggeris kepadanya pada masa itu ialah Lord Noah E. Adam melawat isterinya, Lady Dayangku Madihah Adam dan tiga anak mereka iaitu Osmund Isaac Adam, Ilyas Edde Adam dan Aisha Lilly Adam yang ketika itu berusia 21, 18 dan 15 tahun. Isterinya melahirkan dan membesarkan mereka bertiga di sana sehingga Noah Elliot Adam merasakan sesuai untuk membawa keluarganya pulang semula ke Sarawak kelak. England yang lebih membangun berbanding Sarawak pada waktu itu yang membolehkan anak - anaknya dibesarkan dengan lebih selesa memandangkan mereka tergolong dalam kelas atasan berdasarkan datuk mereka, Sir Adam Edward yang memegang jawatan tinggi serta memiliki beberapa bidang tanah. Dengan itu Lord Noah E. Adam merasakan perpindahan ini boleh membentuk diri anak - anaknya menjadi terpelajar dan beradab tinggi seperti dirinya waktu kecil. Pada lawatannya ini jugalah anak sulung mereka, Osmund Issac Adam memilih untuk mengikutnya balik ke Dark Estate dan bekerja di bawah seliaannya menjadikan dia generasi ke dua di Dark Estate.

Pak Rauf membersihkan debu pada gambar berbingkai keemasan ini yang jarang dialih namun masih tampak cantik walaupun sudah lebih 120 tahun berlalu bersama beberapa lagi gambar lama dari generasi ke generasi yang dibingkai dan di gantung kemas. Mungkin sudah diwasiatkan setiap generasi wajib menggantung gambar potrait keluarga di dinding ini. Pak Rauf akui dengan kehadiran gambar - gambar ini cukup menunjukkan betapa tingginya kelas keluarga ini.

Mencari Jejakmu [On-going]Where stories live. Discover now