🌼24

44 11 28
                                    

Michiko Pov

Ups! Ten obraz nie jest zgodny z naszymi wytycznymi. Aby kontynuować, spróbuj go usunąć lub użyć innego.

Michiko Pov

Masuk sahaja ke dalam rumah, aku terus di terkam oleh Yoshida dan Nini.

"Auntie Michi pergi mana?~,"suara tangisan mereka terus menimbulkan persoalan di fikiran aku.

"Kenapa?Rindu auntie ke?,"niat saja ingin menyakat Yoshida dan Nini tiba-tiba mereka meraung dengan kuat.

"Eh eh dah kenapa?Dah sayang sangat ke dekat auntie Michi ni?,"Yoshi bersuara daripada belakang.

"Ye ah! Appa sorok auntie Michi daripada kitaorang! Appa jahat!,"
tersenyum aku menahan tawa apabila Yoshi di serang oleh anak-anak dia.

"Ha yelah appa ni takda sapa nak sayang.Merajuklah macam ni,"Yoshi acah-acah mahu naik ke atas.

"Ha naik jelah.Muak dah tengok muka appa kat rumah ni,"terhenti terus langkah Yoshi yang sudah melangkah anak tangga ke-4.

Ayat Yoshida tadi mungkin menikam sedikit benak hati Yoshi.

Yoshi terus berlari ke arah Yoshida lalu tubuh anak kecil itu di geletek berkali-kali sehingga terhambur keluar tawa besar Yoshida.

"Apa Shida cakap tadi?Nak kena geletek dengan appa?,"nama singkatan yang di panggil oleh Yoshi kepada Yoshida.

"Ha ha apalah appa ni~Shida melawak je pun.Aduh sakit perut.
Nini tolong Shida,"Nini di sebelah seperti aku, menjadi penonton mentertawakan kedua-dua anak beranak itu.

"Awak pergilah mandi,bau dah macam apa dah,"aku bersuara untuk meredakan keadaan.

"Eleh yang dia tu bau macam tikus
mondok takda pula nak membebel,"
ucap Yoshi sebelum mengatur langkah naik ke atas.

"Eh amboi-amboi dia,"kata aku dengan lenggokan badan.Geram pula tengok appa budak ni.

Tiba-tiba Yoshi menghamburkan tawa.Lawak sangat ke?Apa benda yang lawak sangat tu?

Aku toleh ke belakang,Yoshida meniru aksi aku ketika, membuat lenggokan badan.

"Ni nak kena geletek lagi ni,"tangan di mainkan di hadapan Yoshida saja ingin menakutkan anak kecil itu.

"Hehe~Appa nak mandi juga.Tunggu,"
Yoshida terus mengejar jejak Yoshi daripada belakang.

Maklumlah,kaki pendek.Yoshi pula kaki panjang macam joran.

🌼🌼🌼

Yera Pov

"Michiko! Oi Michiko!,"aku menjerit nama Michiko daripada bawah.Mana pula anak dara ni.Aku nak suruh dia tolong aku buat kek cawan ni.

"Yang kau terpekik terlolong macam orang gila kat bawah ni dah kenapa?,"
Yoshi terus melabuhkan duduk di meja bar.

"Michiko mana?,"Yoshi mengangkat bahu dan tanpa di suruh, laju sahaja jari Yoshi mencolek aising yang berada di dalam mangkuk.

Dengan sepantas kilat,aku mengambil penggelek doh lalu di ketuk tangan Yoshi kiri dan kanan.

"ADUHH!Sakitlah noona!,"dan dalam masa yang sama Michiko muncul di sebalik dinding.

"Tangan kau tu gatal sangat nak colek kenapa?Dahlah tangan tak basuh!,"
aku menarik telinga Yoshi sekuat hati.

"Aduh sakit Yera!! Michiko tolong!! Mich-Michi-Michiko!! TOLONG!!,"
Yera terus melepaskan telinga aku.

"Yera kenapa ni?,"aku menjeling tajam kepada Yera.

"Michiko~Yera dera saya.Dia ketuk kepala saya guna benda alah tu!,"
aku menunding ke arah penggelek yang berada di atas meja.

"Padan muka! Sapa suruh kacau Yera,"sinis sekali percakapan Michiko.

"Yera,jom aku tolong kau.Yoshi tu biar jelah dia.Jom-jom kita buat sama-sama,"ternganga mulut aku apabila tidak di endahkan oleh Michiko.

"Ouhh bersekongkol eh korang berdua!Takpa korang huhuh~
Yoshida! Nini! Huhhu~!,"wow dia punya kebudak-budakan tu terus buat aku nak bagi kaki kat muka dia.

















TBC...🌼

Wednesday
23 March 2022
13:21 p.m.

𝐒𝐄𝐑𝐄𝐍𝐃𝐈𝐏𝐈𝐓𝐘 세렌디피티 [𝒀𝒐𝒔𝒉𝒊] ✓Opowieści tętniące życiem. Odkryj je teraz