🌼23

43 8 31
                                    

Yoshi Pov

Oops! Această imagine nu respectă Ghidul de Conținut. Pentru a continua publicarea, te rugăm să înlături imaginea sau să încarci o altă imagine.

Yoshi Pov

Perlu ke kau nak lari daripada aku?
Kau sendiri tahu, sejauh mana pun kau lari, aku akan dapat juga menjejaki kau, Michiko.

Aku melihat Michiko yang berlari dalam hujan.Aku ada ramai spy.
Apa guna aku bayar spy-spy tersebut kalau Michiko pun diorang tak boleh nak jumpa kan?

"Kita ikut je diorang sampailah spy kereta hitam dapat tangkap dia,"
driver aku terus mengangguk faham dan meneruskan perjalanan mencucuk belakang kereta hitam.

🌼🌼🌼

Michiko Pov

Aku menghelakan nafas lega apabila Jinyoung melepaskan aku.Tidak berhenti aku lari daripada mereka, takut-takut Jinyoung menarik kembali kata-kata dia.Naya aku sebab harus menjadi taruhan mereka nanti.

Aku melabuhkan duduk di sebuah kerusi, di bus stop. Nafas masih tercungap-cungap.Perut yang berkeroncong di usap perlahan.

"Time ni juga kau nak lapar eh?,"aku mendengus geram kepada perut aku.
Tak reti nak tahan.

"Ye sabarlah.Nanti aku isi lah kau,"
seperti bercakap dengan manusia,
aku memarahi perut yang rancak berbunyi, memainkan lagu Treasure, Jikjin.

Aku menundukkan kepala lalu aku meraup kasar wajah aku.Tiba-tiba...

"Dah puas lari?,"suara garau seorang namja memecahkan suasana yang sendu itu.

A-aku...Aku rasa aku kenal suara sapa ni...Aku masih menundukkan kepala, tidak berani mahu mengangkat.

Namja itu melabuhkan duduk di sebelah aku.Macam mana aku tahu?Sebab aku dapat rasa ada bayang-bayang gelap kat sebelah aku.

Tiba-tiba satu tangan terus melingkar di pinggang aku.Badan aku terus menegak secara drastik dan tanpa membuang masa aku terus melihat namja itu.

OMG!! Habislah aku kena baham dengan dia kat rumah nanti.

Air liur aku telan berkali-kali kerana tidak mampu menghadapi ujian besar yang aku bakal terima nanti.

"Aw--awak buat apa kat sini,Yoshi?,"
aku melirik Yoshi melalui ekor mata.

Dia diam.Tapi tangan dia masih setia di pinggang aku.Muka dia tidaklah menyeramkan tetapi anak mata dia...

Anak mata dia tajam menikam anak mata aku.Tergetar-getar jari aku menahan ketakutan.

"Good games girl... Heh--,"senyuman sinis yang di ukir oleh Yoshi tiba-tiba membuatkan aku rasa sesuatu.

Hati aku...Hati aku berbunga bila tengok senyuman sinis dia! Apahal hensem sangat!?

"Perlu ke nak lari jauh-jauh semata-semata nak tinggalkan aku?
Kau ingat kau tu kuat sangat sampai kau boleh berlari 2 ke 3 km ha? Kau tak sampai 1 km pun dah penat.Ada hati nak lari daripada aku,"tegas suara Yoshi berkata walaupun cara percakapan dia agak lawak sedikit.

"A--apa masalahnya?Saya tak suruh pun awak cari saya kan?,"aku cuba memberanikan diri memandang wajah dia..Tapi tak boleh!

"Memanglah kau tak suruh.Aku yang nak cari kau sendiri.Contoh kalau aku nak kahwin,ada kau suruh? Tak kan.
Macam tulah juga situasi sekarang, kau lari daripada aku tapi kau tak suruh pun aku cari kau.Aku sendiri nak cari kau.Faham?,"dia ni macam takda situasi lain yang boleh di kaitkan. Asyik-asyik kahwin.Gatal punya namja.

"Dah jom balik.Ke kau nak tidur kat bus stop ni?Aku boleh je angkut katil kat rumah tu, suruh bodyguard aku letak kat sini," ha ha ha so funny Kanemoto Yoshinori.

Jelingan aku beri kepada Yoshi.Asyik aku je kena bahan dengan dia ni.
Nak maki pun ada, tapi kena sabar.

"Balik nanti terus tukar baju ye,honey.
Kalau tak, kau memang jadi makanan akulah hari ni,"aku terus menelan air liur.

Kan aku dah cakap namja ni miang!
Aku melirik baju aku yang basah sebelum terus lenyap masuk ke dalam kereta.












TBC...🌼

Wednesday
23 March 2022
01:15 a.m.

𝐒𝐄𝐑𝐄𝐍𝐃𝐈𝐏𝐈𝐓𝐘 세렌디피티 [𝒀𝒐𝒔𝒉𝒊] ✓Unde poveștirile trăiesc. Descoperă acum