🌼2

63 10 9
                                    

Yoshi Pov

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Yoshi Pov

Aku menjeling Yera di sebelah.Dia baru je balik. Shopping sakan betul dia.Bersusun beg kertas atas meja.

"Ni kawan aku, nama dia Mich--,"

"Michiko Yamaguci,"potong aku.Yera terus memukul peha aku.

"Lah kau kenal dia ke?!,"badan aku terhinjut sedikit sebab Yera menjerit.
Nasib baik tak luruh jantung aku.

"Dia yang bagitahu aku tadi.Kau tahu tak aku hampir nak tembak Michiko.
Ni semua salah kau,"marah aku.Yera mula bercekak pinggang.

"Apahal aku pula? Aku takda kena mengena ok.Kau je yang melebih!
Baru nampak orang tak kenal dah nak tembak orang.Kalau mati kawan aku aku kerat badan kau kecil-kecil,"suka hati dia je.Dia yang salah lepastu kita yang kena mengalah.

Aku menghantar pandangan maut kepada Yera.Nasib baik ada guest kalau tak dah lama kaki aku ni naik atas muka dia.

"Appa!,"Yoshida dan Nini berjalan menuju ke arah aku.Ingatkan pandai berlari je dua orang budak ni.Tak sangka pandai berjalan juga.

"Eh siapa ni? Eomma ke?,"Yoshida memandang Michiko atas bawah.

Kening aku terus terangkat apabila melihat pandangan Yoshida ke arah Michiko.Gamaknya budak ni memang suka scan badan orang agaknya.

Michiko terus melutut di hadapan Yoshida dan Nini.

"Hai Yoshida dan Nini. Nama saya Michiko Yamaguci. Awak berdua boleh panggil saya Michi. Nice to meet you," aku melirik ke arah Yoshida dan Nini.Terkelip-kelip mata dia apabila mendengar ulasan Michiko.

"Oppa saya tak tanya nama awak.
Oppa saya tanya awak eomma ke?,"
Nini mula bersuara.Terbeliak mata kami yang berada di situ.

"Erk..Nini. Bahasa Nini tu kena erm..
Berbahasa sikit.Takut pula appa dengar kamu cakap macam tu,"
aku mengukirkan senyuman kecil kepada Nini.

"Ouh yeke? Mianhe," Nini terus menunduk di hadapan Michiko.

"Saya...,"Michiko melirik ke arah aku.
Mungkin tidak tahu ingin membalas apa kepada Nini.

"Auntie Michiko ni jagakan korang tadi sebab unnie keluar tadi.
Takkanlah unnie nak tinggalkan Yoshida dengan Nini sorang-sorang dekat rumah ni,"terang Yera kepada Nini.

Takkanlah budak-budak ni tak perasan Michiko ada kat rumah?Ni mesti sebab hadap phone je kerja dia.

"Ouh... Sorry lah auntie Michiko.Nini dengan Yoshida tak perasan auntie ada kat rumah.Eh appa!,"aku terus memandang ke arah Nini.

"Hurm?,"balas aku.

"Appa tak kerja ke? Culik tulang eh~
Boss appa tak marah ke?,"aku dan Yera tergelak mendengar soalan Nini.

"Appa awak ni boss maf--,"aku terus menutup mulut Yera.

"Anak aku tak tahulah shibal. Janganlah bagitahu diorang.Ish lembap lah kau ni.Lagi satu, tak nampak ke Michiko kat depan tu?,"
Yera terus melirik ke arah Michiko.

"Nanti dia tahulah...Eii kau ni,"
perlahan sahaja suara aku tetapi cukup keras di telinga Yera.

Aku menjeling Yera dengan tajam  yang masih mengukirkan senyuman tidak bersalah dia.

"Dia kerja kutip hutang,"terangkat terus kening Michiko.

"Tuan Yoshi ni... Along ke?,"aku menggeleng sebelum menarik tangan Yoshida dan Nini naik ke atas.

"Biarlah dia tak tahu lagi.Dia bukan siapa-siapa pun dalam rumah ni,"
getus hati aku sebelum menutup pintu bilik.

🌼🌼🌼

Michiko Pov

"Tak silap aku...Yoshi ni ada wife.
Sebab Yera pernah cerita kat aku.
Mana pergi wife dia?,"bisik hati aku.Fikiran aku terus melayang.

Jangan cakap yang wife dia tu dah...
mati?Eh mustahil! Mungkin kerja kat oversea. Kita bersangka baik jelah.
Kalau cakap main lepas je,nanti ada pula yang nangis tak berlagu.











TBC...🌼

Wednesday
9 March 2022
22:54 p.m.

𝐒𝐄𝐑𝐄𝐍𝐃𝐈𝐏𝐈𝐓𝐘 세렌디피티 [𝒀𝒐𝒔𝒉𝒊] ✓Where stories live. Discover now