9 || Curious

18 2 10
                                    

"Mengapa muka hyung gelisah?"

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Mengapa muka hyung gelisah?"

Sunghoon ketawa awkward.

"Sangat kelihatan ke?" Tanya Sunghoon.

"Ya.... Hyung ok?" Balas Jungwon.

"Ok je..." Jawab Sunghoon lalu cepat-cepat pergi ke biliknya kerana dia sedang memegang suatu benda bahaya.

"Kenapa dengan dia agaknya?" Soal Jungwon dalam hati lalu terus pergi ke biliknya untuk sambung ulangkaji nya.

Ketika dia sedang melalui bilik Sunghoon, dia terdengar omelan Sunghoon dari balik pintu.

"Aku tak patut keluar rumah lagi..."

Jungwon menaikan keningnya hairan. "Apa maksud hyung?" Bisiknya dalam hati.

"Jika aku duduk lama kat sini, mereka akan sabitkan dengan keluarga aku.."

"Ya... Sunghoon hyung kelihatan gelisah..."

"Dimana aku patut lari?"

"Lari?" Soal Jungwon dalam hati. Banyak soalan dia mahu menyanyakan  dengan Sunghoon.

Ketika dia perasan yang Sunghoon mahu membuka pintu, dia terus bergelak cepat lalu terus masuk ke bilik ni-ki kerana bilik itu berdekatan dan selamat.

Dengan pelahan dia membuka pintu itu lalu masuk.

Setelah tutup pintu bilik ni-ki, jungwon bernafas lega kerana tidak diketahui oleh Sunghoon.

"Hyung kenapa?" Tanya ni-ki hairan.

"Hehe, hanya mahu lihat ni-ki buat apa." Tipu Jungwon.

"Oh.. Ok..." Balas ni-ki yang cuba untuk mempercayai abangnya.

Jungwon berjalan mendekati ni-ki yang sedang baring di katil dengan buku ditangan. Dia juga turut ikut sama baring di situ.

"Kenapa study sambil baring?" Soal Jungwon lalu menatap sang adik.

"Pinggang ni-ki sakit. Keriuk bunyi dia..." Jawab ni-ki dengan memegang belakangnya.

Jungwon tersenyum.
"Aish, kenapa ni-ki comel sangat nii" kata Jungwon lalu mencubit hidung ni-ki.

Pipi sang adik sedikit memerah. Entahlah, mungkin kerana dia mudah salting.

(Yo, saya tk buat bro romance ok? (◍•ᴗ•◍) .....)

"Hyung.... Agak-agak ni-ki lulus tak peperiksaan tadi?" Tanya Ni-ki tiba-tiba.

"Mestilah. Kan ni-ki pandai!" Jawab Jungwon dengan senyuman tulusnya yang menampakan lesung pipit yang terletak manis di sana.

"Kalau ni-ki gagal.... Hee" Belum sempat ni-ki menghabiskan kata-katanya, Jungwon terus memotong.

"Mestilah Heeseung hyung akan tetap sayang ni-ki! Ni-ki, dia dah berubah. Janganlah kaitkan dengan masa lalu. Ni-ki, kamu tak percaya pada diri? Memang dalam hidup ada kegagalan. Tetapi tak semestinya kita gagal sampai akhir hayat. Bukankah ni-ki murid contoh? Ni-ki lupa? Hm?" Jawab Jungwon dengan sedikit kesal. Sudah lah. Dia cuma tidak mahu mengungkit hal lama.

𝙃𝙤𝙥𝙚𝙛𝙪𝙡𝙡𝙮 Where stories live. Discover now