"Afreen, I'm sorry." Hatiku mula rasa dirobek.

"I'm so sorry. I'm not ready for any relationship right now. Lagi-lagi, kahwin. Aku bukan benci kau. Tapi, aku belum bersedia. Sejak Nadia meninggal, aku susah untuk terima orang lain dari hidup aku sebab aku takut mereka akan jadi macam Nadia." sambung Nadeem. Aku cuba gagahkan diri untuk tidak menghamburkan tangisanku di situ.

"Nadeem, arwah Nadia meninggal bukan sebab kau. Itu sebab ajal." Aku cuba memujuk dia. Aku tidak mahu Nadeem menyalahkan diri sendiri atas kematian Nadia.

"I know, Afreen. Tapi, aku trauma. Aku cuma mampu cakap yang aku selesa berkawan dengan kau. Tak lebih dari itu. Kalau tak kahwin pun, kita masih boleh jadi kawan kan?" Nadeem memandang wajahku.

"Tak, Nadeem. Semua akan berubah. Hubungan persahabatan kita tak akan jadi seerat dulu." balasku sayu. Aku menunduk. Tidak mahu Nadeem melihat riak wajah sedihku.

"Afreen, please don't put your hope on me. Put your hope on Allah. If we really destined for each other, we will someday. And when the time comes, there's no one can stop us unless death. I'm sorry, Afreen." Cecair jernih deras mengalir di pipiku. Nadeem bangun dari duduk.

"One more thing, I really love being friends with you. The best friendship I ever had is with you. Thanks for everything, Afreen. I hope we will meet someday when the right time comes. Assalamualaikum, Afreen Humaira." Nadeem berlalu pergi meninggalkan aku. Air mata mengalir deras membasahi pipi gebuku.

Ya Allah! Aku tak kuat untuk hadap semua ini.

Aku capai sehelai sapu tangan di dalam beg lalu mengesat air mataku. Ya Allah, kenapa besar sangat impak yang Nadeem beri dalam hidupku sehingga membuatkan hatiku sakit sangat apabila kehilangan dia?

'Kau ego, Afreen. Kau masih lagi boleh berkawan dengan dia walau tidak berkahwin sekalipun. Kau yang halau dia dari hidup kau, Afreen. Kau bodoh!'

Kata-kata yang bermain di minda, aku abaikan. Aku berjalan perlahan menuju ke kereta along.

"Kenapa adik menangis? Siapa buat adik ni?" Bertubi-tubi soalan yang keluar dari mulut Hazim. Riak wajahku kosong. Jelas menunjukkan aku tidak berminat untuk menjawab pertanyaan itu.

"Jom. Balik." Along berhenti menanya soalan. Pedal minyak ditekan lalu kereta itu bergerak pulang ke rumah.

Ya Allah. Aku tak kuat.






















"Assalamualaikum." Hazim memulas tombol pintu rumah. Terpampang tubuh Maryam yang sedang berdiri di depan pintu.

"Afreen mana?" soal Maryam. Riak wajahnya tampak risau.

"Dalam bilik." Maryam melangkah laju ke bilikku. Tombol pintu dipulas. Malangnya, pintu itu terkunci dari dalam.

"Afreen, buka pintu. Ni aku, Maryam." Maryam mengetuk pintuku. Aku terbaring di atas katil. Pujukan Maryam sedikit pun aku tidak hiraukan.

"Afreen, tolong buka pintu ini. Aku risau lah tengok kau macam ni." ujar Maryam lagi. Air mataku deras turun membasahi bantal tidurku.

"Afreen, buka pintu ni. Meh cerita dekat aku."

"Maryam, nah!" Hazim menghulurkan kunci pendua kepada Maryam. Maryam terus membuka tombol pintu itu.

"Ya Allah! Afreen!" jerit Maryam. Terkejut dia melihat bilikku yang selama ini sentiasa kemas telah menjadi seperti sarang tikus. Dia mendekati tubuhku yang sedang terbaring.

"Afreen, kau okay tak ni?" soal Maryam. Aku bangun dari baring. Tubuh Maryam terus aku tarik ke dalam dakapanku. Maryam mengusap belakang badanku untuk memujuk.

"Maryam..... Nadeem tak suka aku......" Aku menghamburkan tangisan di bahu Maryam. Mataku yang sembab menjadi semakin sembab kerana aku tidak berhenti menangis sejak semalam.

"Okay.... dia cakap apa lagi?" soal Maryam.

"Dia cuba pujuk aku tapi aku putuskan persahabatan kami.....huaaaa!!" Aku meraung dengan lebih kuat. Maryam mengusap ubun-ubun aku.

"Kenapa kau putuskan hubungan kau orang berdua, Afreen? Kau tak kesian kat dia ke?"

"Aku bodoh, Yam. Aku ego. Aku paling bodoh waktu tu!" Maryam memandang wajahku. Aku masih lagi menangis teresak-esak.

"Listen here, Afreen. Kumbang bukan sekuntum. Ada ramai lagi lelaki kat luar sana yang sukakan kau. Jangan lah sedih macam ni. Aku risau tau. Makan pun kau taknak." Maryam mengesat air mataku dengan ibu jarinya.

"Afreen yang aku kenal tak menangis macam ni tau. Aku tahu kau kuat, Afreen. Aku sentiasa ada untuk kau." Maryam senyum manis membuatkan aku rasa terharu.

"Sekarang, kau kena move on. Teruskan hidup. Jangan fikir lagi pasal benda dah lepas. Nadeem is your past." Maryam cuba memberi kata-kata semangat kepadaku.

"Macam mana aku nak lupa dia? Dia first love aku, Yam!" Aku menangis lagi.

"Kau suka dia? Kau sayang dia?" Aku angguk kecil persis budak kecil.

"Talk to Allah. Kata kat Allah yang kau suka dia. Doa banyak-banyak supaya Allah tetapkan dia sebagai jodoh kau. Faham?" Aku angguk lagi.

"Sekarang, kau kena buat apa?" Maryam menyoalku semula.

"Move on..."

"Good, Afreen! Pergi mandi. Lepas itu aku tolong kau kemas bilik ni." Aku menurut arahan Maryam. Bilik air aku tuju.

Thanks a lot, Maryam.

Kau memang sahabat dunia akhirat aku.

DIAOpowieści tętniące życiem. Odkryj je teraz