DIA #19

275 18 0
                                    

"Afreen!" Maryam memeluk tubuhku erat. Melepaskan rindu setelah hampir lima bulan sibuk dengan belajar dan kerjaya sendiri.

Maryam sejak dua menjak ini sibuk membuat persiapan untuk melancarkan produk terbarunya yang berjenama Maryam's. Aku pulak sibuk menelaah pelajaran. Sebab itu kami tiada masa untuk bertemu.

"Maryam! Rindunya kawan sengal aku ni!" Maryam tayang muka tak puas hati. Aku sengih. Sejak bila pulak Maryam tak boleh dibawa gurau ni? Ini mesti tanda-tanda kena kahwin cepat.

"Aku pun rindu kau kambing!" balas Maryam. Meletus ketawa kami berdua di sebelah kereta Maryam. Ada-ada jelah.

"Jom masuk. Kita sambung borak dalam kereta." Kami terus masuk ke dalam perut kereta. Hari ini, Maryam yang drive. Katanya, lebih senang pakai satu kereta. Cepat dan mengurangkan pencemaran udara. Tiber pulak Maryam nak bergeografi dengan aku.

"Kembar kau apa khabar?" soal aku.

"Apasal kau tanya aku pulak? Aku bukan babysitter dia. Lebih baik kau tanya isteri tercinta dia, Zara." Aku sengih. Garang semacam pulak kak long kawasan kita hari ni.

Buat pengetahuan readers, Zara dan Khaliq telah selamat menjadi pasangan suami isteri yang sah sejak empat tahun lepas. Rezeki merekalah, kahwin muda.

"Diorang dah ada anak kan?"

"Dah. Nama dia Zarith. Perangai sebijik macam Khaliq. Nakal betul. Elok sangatlah tu campur genetik bapak dengan mak. Bapaknya, anak setan. Isterinya pulak bengong." Berdekah aku ketawa. Hampir tersedak aku dibuatnya. Cara percakapan Maryam yang tidak ubah seperti aunty onion membuatkan aku geli hati.

Kami tiba di sebuah galeri lukisan yang terletak di tengah-tengah kota metropolitan Kuala Lumpur setelah dua puluh minit perjalanan. Maryam memarkir keretanya di petak yang disediakan lalu kami berdua keluar dari perut kereta.

Aku dan Maryam berjalan masuk ke dalam Aidan Gallery of Arts. Orang ramai mula memenuhi ruangan kaunter kerana tidak sabar ingin melawat galeri itu.

Aku terpana melihat hiasan dalaman galeri ini yang kelihatan aesthetic dan elegant. Mulutku yang melopong cepat-cepat ditutup oleh Maryam.

"Cuba cover sikit perasaan teruja kau tu. Buat malu nanti orang tengok kau melopong." Aku sengih. Maryam membawa aku ke suatu sudut di mana tidak ramai orang berada di situ.

Sebuah lukisan yang diwarnakan dengan warna gelap aku tatap. Hujung lukisan itu tertulis huruf D. Aku pandang lukisan yang lain juga. Kesemuanya ada huruf D di hujung lukisan. Jelas menunjukkan yang kesemua lukisan di sini ialah hasil lukisan 'D'.

"Siapa D ni, Maryam? Kenapa semua lukisan ni ada nama dia?" soal aku sangsi.

"D ni ialah seorang pelukis terkenal sekarang. Tapi, tak ada seorang pun yang tahu macam mana muka dia. Sebab dia tak pernah tunjuk kat sesiapa kecuali manager dia. And, semua lukisan ini ialah hasil tangan seni dia." terang Maryam kepadaku. Mulutku berbentuk 'o' tanda faham.

Buk!

Tanpa sedar, bahuku dilanggar oleh seseorang membuatkan iPhone ku terbang di udara. Selamat tinggal, iPhone. Semoga ditempatkan dalam kalangan iPhone yang berguna.

Badanku ditahan oleh Maryam daripada jatuh manakala iPhoneku sempat ditangkap oleh lelaki yang melanggarku. Wait. Lelaki?

"Astaghfirullah, encik." ujarku. Wajah lelaki di sebalik mask itu nampak pelik. Mungkin sebab nampak bidadari dunia kot harini. Cewah! Confident tahap ayah pink.

Aku tersedar akan sesuatu. Wajah itu......

"N-Nadeem?"





















"Iced coffee?" Nadeem menyoalku. Aku geleng kepala tanda tidak mengapa. Bukan apa, aku mana minum coffee. Aku minum matcha je. Ni bukan macha mamak eh? Ini matcha green tea.

Nadeem berdiri di sebelahku. Kami sekarang berada di luar tingkat dua galeri. Ruang ini sepi dan hanya pekerja sahaja berada di sini.

"Kau sihat, Nadeem?" soalku ingin memulakan bicara. Nadeem angguk kepala. Iced coffee disisip perlahan.

"Kau buat apa kat sini?"

"Saja datang tengok galeri. Aku bosan." Riak wajah kosong jelas terpancar di wajahnya.

"Nadeem, aku nak minta maaf atas apa yang jadi. Hubungan persahabatan kita jadi renggang pun sebab aku. Aku—"

"It's okay, Afreen. Aku faham. Aku yang jahat. Aku yang ego. Aku yang pentingkan diri sendiri. Kau tak ada salah pun." Kata-kataku dipotong. Mata hazelnya memandang aku sekilas sebelum pandang ke tempat lain.

"Kau menghilang sebab kau benci aku ke, Nadeem?" soal aku.

"No. Aku tak benci kau. Aku cuma nak tenangkan diri dan fikiran. Muhasabah diri." Nadeem senyum nipis.

"Is there any chance for me to see the happy Nadeem back?" Aku menyoal dia. Nadeem hela nafas panjang. Matanya merenung anak mataku tanpa perasaan.

"No. He's gone. I'm sorry." Nadeem senyum kelat. Hatiku rasa seperti disiat-siat. Ya Allah! Aku jahat kerana telah melukakan hati seorang lelaki yang ikhlas berkawan dengan aku.

"Go chase your dream, Afreen. Don't worry about me. I'll just be a burden for you to achieve your dream." ujar Nadeem tenang. Seperti ingin menghalau aku keluar dari hidupnya.

"No, Nadeem. In fact, you're the source of my strength. I'm weak without you." Empangan air mata mula terbentuk di kelopak mata. Nadeem memandang wajahku dengan riak kosong. Seperti orang yang tiada perasaan langsung dalam diri.

"Don't cry over something that's not yours, Afreen." ujar Nadeem. Aku tahan air mata dari mengalir deras. Nadeem mendekati aku. Sehelai sapu tangan berwarna putih dikeluarkan dari kocek seluarnya.

"Please don't cry, Afreen. Aku tak boleh tengok kau menangis macam ni." Sapu tangan itu bertukar tangan. Aku mengesat air mata aku dengan sapu tangan itu. Nadeem senyum nipis.

"Cuba senyum sikit. Kau nampak lebih cantik bila senyum." Aku tayang segaris senyuman ikhlas yang sudah lama aku tidak tunjuk. Nadeem tersenyum sambil memandangku. Hati yang terasa disiat tadi seperti dibalut semula dengan senyuman dia.

Betapa hebatnya kesan senyuman Nadeem dalam hidupku.

Hanya Nadeem.

"Aku pergi dulu ya? Assalamualaikum, Afreen Humaira." Nadeem berlalu pergi meninggalkan aku bersendirian.

Deja vu.

Perasaan yang aku rasa sekarang.

Rasa kehilangan itu sama macam Nadeem meninggalkan aku di tasik sendirian dengan tangisan pada lima tahun lalu. Tetapi, perbezaannya ialah Nadeem meninggalkan aku dengan senyuman kali ini.






















Aku termenung memandang cahaya bulan purnama di langit. Fikiranku melayang mengingatkan kali pertama aku dan Nadeem merenung bulan. Dua hari sebelum peperiksaan SPM bermula. Dan pada waktu itu juga aku menenangkan dia.

"Humaira." tegur Hazim. Dia melabuhkan punggung atas kerusi bersebelahan ku.

"You're happy, Ira." Aku senyum. Happy? Yes, absolutely. Setelah lima tahun, aku tidak berjumpa dengan Nadeem, akhirnya hari ini Allah takdirkan kami berjumpa. Sudah tentu aku orang paling gembira apabila berjumpa dia.

"Kenapa? Aku tak happy ke sebelum ni?" Aku mencerlung tajam anak mata Hazim.

"No. I haven't seen this happy face after so long. Apa yang buatkan kau gembira semacam ni? Tak nak story dekat aku ke?" soal Hazim. Aku sengih.

"I met Nadeem."

"Seriously? Kat mana?" soal Hazim tanda berminat. Kerusinya didekatkan dengan kerusi aku. Tiber je. Dia pulak yang excited semacam.

"Galeri."

"For real? So how?"

"I don't know. Dia macam tak berminat je nak baiki kami punya persahabatan." Aku tunduk memandang lantai.

"Humaira cinta dia lagi?" Aku angguk kepala. Mata menatap wajah Hazim.

"Propose him."

"WHATTT???"

DIAWhere stories live. Discover now