︵‿ Chapter 25 ‿︵

Start from the beginning
                                    

"Okey! Boleh sambung balik!" Rayyan senyum. Nampak sangat Adriana tu benar-benar teruja mahu belajar rifle itu.

Rayyan senyum nipis. Salah satu jenis rifle itu Rayyan ambil.

"Yang ni AR-15 Biasanya kalau ada misi boleh guna ni. Cara nak guna pun senang aje." Adriana terangguk-angguk sendiri.

Rayyan kemudian ambil satu lagi jenis rifle.

"Yang ni pulak M110SASS. Biasanya yang ni memang untuk sharp shooter punyalah." Rayyan tahan lucu apabila melihat Adriana yang tekun mendengar kata-kata Rayyan itu. Entah kenapa dia rasa lawak sekarang ni.

"Jom. Abang ajar sayang cara nak guna AR-15 ni. Sebab AR-15 ni dia semi-automatic. Jadi, dia multiple used sikit berbanding dengan M110SASS tu." Adriana senyum. Dia tepuk tangan sendiri.

"Jom!"

︵‿︵‿୨♡୧‿︵‿︵

"Alaa, dah lima kali tak kena sasaran," keluh Adriana. Dia sekarang ini dalam posisi meniarap. Kini, mereka di padang pula dek kerana penggunaan rifle ini memang training ground dia kat luar.

"Nanti lama-lama okeylah tu. Kat kita baru belajar," pujuk Rayyan lembut.

Adriana mengangguk kecil sahaja. Seketika sebelum dia mengerling jam di tangan.

"Dah pukul enam petang dah," kata Adriana. Dia angkat muka melihat wajah Rayyan sekejap.

Rayyan turut mengangguk kecil. "Jom kita balik rumah, mandi lepastu keluar balik makan. Okey?"

Adriana angguk. Dia pun turut rasa rimas dengan peluh sekarang ini. Baru sahaja dia mahu melangkah setapak, ada tangan yang memegang tangannya.

"Kenapa?" tanya Adriana. Dahinya berkerut buat seketika. Masih lagi menatap wajah suaminya itu.

"Jalan dengan abang." Sedaya-upaya Adriana tahan otot muka dari tersenyum. Sungguh, hatinya memang berdebar-debar tatkala Rayyan berkata begitu.

Haih. Parah.

︵‿︵‿୨♡୧‿︵‿︵

Rayyan serius menatap komputer di hadapannya itu. Tanpa sedar, rahangnya diketap. Kasar. Tangan sebelah pula digenggam erat. Sehingga ada urat hijau yang timbul di sekitar leher dan dahi lelaki itu.

"This evening, we received a threat from someone. You know who. He wants his men back." Huh! Berani betul dia minta balik orang-orang yang telah datang menyerang tempoh hari.

Tak tahu malu.

Rayyan mencapai telefon di sebelah. Nombor seseorang didail. Serius sahaja wajahnya ketika itu.

"Kau nak apa lagi? Tak cukup lagi ke kau suruh aku book satu training ground tu untuk kau?" Nada suara lunak itu kedengaran cukup malas dan pasrah sahaja.

Bibir Rayyan tanpa sedar tersenyum senget.

"Aku bukan nak cakap pasal benda tulah," ujar Rayyan. Nada suara juga dingin tanpa nada.

Dapat dia dengar orang di sebelah sana itu mengeluh kecil. Mungkin sudah penat.

"Kau nak suruh aku buat apa pulak?" tanya suara itu sekali lagi. Malas dan pasrah. Seperti biasa.

Rayyan senyum sinis.

"Leo. You sure know him." Riak Aaira menegang mendengar nama itu. Terkejut mendengar nama yang disebut oleh Rayyan itu.

"So, what do you want me to do?" tanya Aaira lagi. Kini, nada suaranya turut rasa dingin itu.

Rayyan senyum lagi.

"Just sabotage him a little." Aaira senyum senget.

"I see. Okey. At your service." Serentak itu, talian diputuskan oleh Aaira.

Rayyan diam. Dia bangun dari duduknya. Tangannya naik menyelak sedikit lamgsir itu. Terpampang wajah Adriana yang sedang senyum sambil melihat pokok-pokok bunga itu.

Bibirnya naik senyum. Senyuman yang manis.

Cantik. Isterinya terlalu cantik. Tak pernah tak cantik di mata lelaki itu.

Telefon di atas meja itu diambil lalu nombor Adriana didail. Setia dia merenung wajah isteri itu.

Rayyan senyum lucu apabila Adriana nampak terkejut bila ada panggilan masuk. Dahinya berkerut tapi selepas itu digantikan dengan senyuman manis.

"Ehem! Assalamualaikum abang. Nak apa?" tanya suara lunak itu. Kedengaran sungguh pasrah dan comel.

"Saja. I miss you." Rayyan ketawa kecil bila dapat lihat pipi Adriana sudah bertukar warna sedikit.

"Eee, jangan main-mainlah!" marah suara itu. Tapi tak serupa marah pun sebab memang comel sangat.

"Good morning, my bidadari. Now, look at my window." Wajah itu berkerut hairan tapi diikutkan jua.

Bila mata mereka bertembung. Adriana bersorak gembira.

"Good morning too, my raja." Tangan wanita itu melambai-lambai ke arah Rayyan.

Rayyan senyum.

Saat ini, kebahagiaan milik mereka.

Jangan tanya kenapa cringe dan merepek semacam sebab saya tulis ikut lagu

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Jangan tanya kenapa cringe dan merepek semacam sebab saya tulis ikut lagu. Sorry!

THE KING : RAYYAN DARWISH Where stories live. Discover now