︵‿ Chapter 25 ‿︵

3.4K 155 10
                                    

Bang!

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Bang!

Bang!

Bunyi tembakan itu bergema di dalam bilik sendirian itu. Adriana senyum suka apabila semua tembakan itu kena tepat pada target.

"Yay!" Adriana melompat gembira. Suka bila dapat target itu. Kemudian, dia berpaling ke arah Rayyan yang baru sahaja membuka alat pendengaran khas untuk menembak itu.

Rayyan angkat sebelah kening. Pelik dengan tingkah laku isterinya sekarang ini.

"Kenapa sayang?" Pasrah sahaja Rayyan bila dia sudah membuka mulut bertanya soalan itu.

Adriana senyum suka. Dia menepuk sedikit kedua belah tangannya itu.

"Bestlah abang datang sini. Lain kali, kita main lagi ya?" Rayyan tahan lucu bila Adriana kedipkan matanya berkali-kali. Ingat comel ke bila isterinya buat begitu?

Tak. Sebernanya, ia memang comel banget!

Rayyan menganggukkan kepala. Bibir masih menahan ketawa. Dikemam erat sebelum dia ingin menjawab pertanyaan isterinya itu.

"Baik sayang. Nanti bila abang free, kita pergi sini lagi okey?" Adriana angguk kepala.

Pistol Beretta 92 itu diletakkan pada tempat asalnya semula. Selepas itu, dia pandang Rayyan semula.

"Lepasni kita nak buat apa pulak?" Terdiam sekejap Rayyan apabila mendengar pertanyaan isteri itu. Bagai sedang berfikir untuk seketika.

"Jom sini," pamit Rayyan. Adriana pun hanya akur dan ikut sahaja langkah suaminya itu. Sama seperti tadi.

Adriana mengerutkan dahi apabila mereka berhenti betul-betul di hadapan satu pintu itu. Tombol pintu itu dicapai oleh Rayyan sebelum dipusingkan.

Selepas itu, Adriana tercengang habis.

"Wah, banyaknya senjata!" jerit Adriana. Teruja bila dia dapat benda baru hari ini.

Rayyan turut ikut senyum sama. Dia perlahan-lahan menapak mendekati isterinya itu.

"Ini handgun, yang sebelah dia pulak rifles, lepastu ada beberapa jenis bom kat situ," jelas Rayyan sambil menunding jari ke arah rak yang terbahagi kepada beberapa bahagian mengikut kategori itu.

"Wah, lepasni abang nak ajar guna rifles pulak ke?" Rayyan terus angkat muka mencari wajah Adriana yang terlalu teruja itu.

Sungguh. Dia tak menduga langsung soalan seperti itu. Langsung tak menduga. Tapi selepas itu, dia senyum senget.

Sure. She's my queen. Of course, she's no ordinary woman.

"Boleh. Come. Let me show you." Adriana mahu ikut Rayyan tetapi selepas itu dia berhenti seketika.

"Sekejap! Kenapa abang boleh ada semua ni?" Rayyan senyum tipis. Dia membuka mulut.

"Kadang-kadang kita ada tolong anggota polis jugak." Adriana terus membuat bentuk 'O'. Dia terangguk sendiri.

THE KING : RAYYAN DARWISH Where stories live. Discover now