Part 4 -Hantu Game-

262 25 5
                                    

7 TAHUN KEMUDIAN . . .

"Kau ni dahlah sekolah tak pandai ! bodoh ! markah asyik dapat D je . Lepastu menyusahkan aku pulak tu . Kalau kau terus macam ni ! baik kau berhenti sekolah dan cari kerja !! " marah Puan Gyuri apabila melihat anak nya yang genap berumur 17 tahun itu asyik bermain permainan video je

"Cikgu cakap markah D tu maksud nya Dedikasi . So, saya ni pelajar yang berdedikasi " jawab Jungkook atau nama manja nya Kookie

"Haish ! orang cakap menjawab ! bertuah punya budak ! Kau sedar tak kau tu cuma anak tiri aku ! " Desis Puan Gyuri . Memang betul, Kookie hanyalah anak tiri nya setelah berkahwin untuk kali kedua dengan Jeon Junki seorang duda dan mempunyai seorang anak lelaki iaitu Jeon Jungkook. Suaminya sudah pergi menghadap ilahi pada tahun lepas kerana kemalangan jalan raya .

Selepas kematian suaminya, Puan Gyuri terpaksa bekerja untuk menyara hidup dirinya dan anak tirinya . Puan Gyuri merasakan Kookie adalah satu beban buat dirinya . Dia menganggap Kookie tu hanya menyusahkan hidupnya saja

"Pergi basuh baju ni ! aku nak pergi kerja " arah Puan Gyuri sambil melemparkan kain-kain ke arah Kookie yang leka bermain permainan video

"okay" balas Kookie ringkas . Matanya menumpukan sepenuh perhatian terhadap permainan video tersebut . Ini memang rutin harian kookie, kalau tidak lepak bersama rakan-rakannya, dia akan bermain permainan video. Sudah banyak koleksi pita permainan video miliknya. Ada yang dibeli nya sendiri, ada yang rakannya bagi, dan sebagainya

======

Tepat pukul 10.30 malam, Puan Gyuri pulang dari kerja . Dia bekerja sebagai seorang pelayan di restoran berdekatan . Pulang-pulang je dari kerja , Puan Gyuri masih lagi melihat kain-kain yang disuruh kookie basuh masih lagi berselerak di lantai

"Hei ! kau tak buat apa yang aku suruh ke hah ?!" gertak Puan Gyuri kepada Kookie yang masih lagi leka bermain pita permainan video nya

"Ouh . Sorry lupa" balas Kookie tanpa rasa bersalah . Sebenarnya dari pagi sampai malam dia menghadap permainan video

"Bertuah punya budak ! Kau ni kan asyik main game je ! patutlah bil eletrik melambung ! kau pikir aku kerja semata-mata nak bayar bil eletrik untuk kau ke? supaya kau dapat main game puas-puas ! Bulan ni aku tak akan bayar bil eletrik ! pandai-pandai kau lah ye" bebel Puan Gyuri panjang lebar

"Okay" balas Kookie pendek . Matanya masih lagi tepat memandang kaca skrin di tv sambil tangan nya asyik menekan-nekan alat kawalan permainan video

Kering air liur puan gyuri , di bebel panjang-panjang , tapi 'okay' je si Kookie tu jawab . Puan Gyuri pun naik berang lalu mengambil kotak milik kookie yang berisikan pita-pita permainan video

_ToBeContinue_

The Curse Of Video Game [JUNGKOOK BTS FANFIC]Tahanan ng mga kuwento. Tumuklas ngayon