04

129 16 5
                                    

JAY'S pov

Aku menyiasat kes tu sendiri tanpa bantuan sesiapa. Hanya otak aku saja yang berfungsi lain daripada yang lain bahkan cara juga berlainan.

Detektif lain sibuk kumpul bukti daripada orang lain dengan menemubual mereka tapi aku tak, aku perlu ke tempat-tempat kejadian yang berkaitan dengan pembunuhan itu.

Setiap hari aku jumpa Aera untuk memastikan lokasi-lokasi kejadian tu betul atau tidak dan setakat ini semuanya tepat.

Kata-kata Aera dan kelebihan aku melihat peristiwa itu sama malah menyatu antara satu sama lain. Bukan macam siasatan detektif lain, jauh beza.

Diorang jumpa bukti lain, aku jumpa lain. Andai saja bukti yang aku dapat atau nampak dapat dijadikan bukti nyata kan bagus ini tak, hanyalah kekal dalam ingatan dan kalaupun aku nak utarakan bukti tu, tiada siapa yang akan percaya.

Pendek kata, aku boleh cipta satu 'universe' yang hanya aku boleh nampak dan dalam universe tu akan ada satu kejadian berlaku.

Aku juga boleh tau sesuatu perkara atau peristiwa itu dengan menyentuh objek yg ada di sana.

Dengan kata lain, aku memang lahir dengan kuasa ajaib seperti ini dan mula guna ini untuk tujuan lebih baik.

Detektif Cha: Kau jumpa apa lagi kali ni?

Detektif Yang: Best ke ada kuasa untuk tau semua benda dalam sekelip mata?

Jay: Shhhh. Jgn bising.

Detektif Cha: Jom chau, jgn kacau dia...

Detektif Yang: Kami nak makan tengahari, nak ikut?

Jay: Boleh-boleh nya ada masa nak pergi... Aku nak jenguk pelajar tu lagi.

Detektif Cha: Baru kali ni aku nmpk kau bersemangat gila nak siapkan kes.

Detektif Yang: *ketawa* serius baru kali ni.

Detektif Cha: *ketawa* dah lah jom... Tengok muka dia jer pun, aku nak ketawa.

Jay: Cepat berambus sebelum aku tendang hyung berdua.

Detektif Yang: Yelah tu...

Pergi pun. Stress aku dibuatnya. Kenapalah susah sangat nak faham aku dari ekspresi muka jer?

Aku taulah diorang nak buat aku happy tapi aku bukannya setiap masa ada mood yang baik kan?

Setelah mereka pergi, aku mengumpul gambar-gambar yang aku ambil lalu memasukkan ke dalam sampul.

I wonder... Entah apa sebenarnya tujuan utama pembunuhan tu? Kenapa pelajar-pelajar yang mungkin innocent dibunuh?

Untuk keseronokan?

Atau,

Memang mahu membunuh, atas sebab tertentu?

Macam mana manusia begitu tiada hati dan perasaan?

.
.
.

Hari berlalu dengan laju sekali. Aku pun terkejut dengan hari yang begitu cepat berlalu. Sejak kejadian itu, ini masuk hari ke-4 .

CONFUSION ( 제이 - Jay )Όπου ζουν οι ιστορίες. Ανακάλυψε τώρα