29

57 4 0
                                    

AUTHOR'S POV

Aera keluar tanpa kebenaran Jay. Dia meninggalkan rumah itu sudah dalam sekitar dua jam dan Jay masih tidak perasan.

Aera memberi alasan untuk tidur padahal sebenarnya dia mahu tinggalkan tempat itu. Dia merasakan dirinya seperti terhegeh-hegeh menunggu di dalam rumah itu.

Jadi dia berjalan-jalan di satu taman yang cuma ada beberapa orang.

Aera: Kenapa aku macam ni....?

Tanya Aera pada dirinya sendiri. Dia bingung. Mengapa dia sanggup untuk tolong mereka padahal dia tahu dirinya akan ditikam belakang.

Mereka bertujuh sudah pasti akan mengkhianatinya juga pada akhirnya.

Aera takut.

Padahal dia benar-benar sayang akan Jay. Mungkin saja Jay berpura-pura untuk tidak suka pada Jake, kan?

Aera duduk di atas satu bangku, melihat daun-daun yang jatuh ke atas rumput. Aera kemudia mengutip satu daun yang ada di hadapan kakinya.

Aera: Macam mana kalau aku juga gugur seperti kalian?

Tanya Aera kepada dedaun kering yang jatuh tanpa henti. Angin bertiup sepoi-sepoi pada petang yang agak mendung itu.

Hujan mungkin akan turun bila-bila masa. Aera tidak membawa payung sama sekali.

Jauh di lubuk hati Aera, Aera mahukan kejujuran. Kejujuran daripada orang-orang yang ada di sekelilingnya.

Terutama sekali kejujuran daripada Jay. Aera tertanya-tanya sekiranya Jay hanya melakukan kerjanya atau bagaimana.

Aera meletakkan daun kering itu di atas pundaknya. Daun itu kemudian terbang di bawa angin.

Hujan renyai-renyai mulai turun. Orang yang di taman itu mula bergerak pergi. Hanya Aera yang ada di situ.

Duduk di atas bangku bersebelahan dengan pokok. Di hadapannya adalah rumput-rumput hijau.

Hati nya rasa berat sekali. Dia mahu pergi dari dunia ini, dia mahu tinggalkan tempat ini secepat yang mungkin.

Hujan semakin lebat.

Aera masih tidak berganjak daripada tempat duduknya. Dia tetap mahu diam situ.

.
.
.

Jay mencari-cari keberadaan Aera. Dia telah mencari Aera di seluruh tempat yang ada di kawasan rumahnya selama satu jam lebih.

Jay risau kalau-kalau ada sesuatu yang terjadi kepadanya lagi. Jay takut kalau Aera cuba membunuh dirinya.

Hujan semakin lebat. Tanpa berputus asa, Jay tetap mencari Aera.

Tibanya dia di satu taman yang berada 1km daripada kawasan perumahannya, dia nampak seorang perempuan sedang duduk diam di bawah hujan lebat.

Jay berlari mendekati perempuan yang masih duduk di atas bangku itu.

Jay: Aera...

CONFUSION ( 제이 - Jay )Where stories live. Discover now