52 - end

111 7 2
                                    

AERA'S POV

Saat aku membuka mataku perlahan-lahan, aku sedang berbaring di atas rumput hijau yang dipenuhi dengan bunga dandelion.

Angin bertiup sepoi-sepoi. Tempat ini sudah kembali ke asalnya. Aku tersenyum lemah.

Aku merasakan rasa sakit di perutnya. Sewaktu aku memegang perutku, sakitnya bukan main. Jadi aku hilang kuasa aku?

Aku cuba menghentikan masa, tidak jadi apa-apa. Aku cuba guna kuasa telekinesis ku, juga tidak jadi apa-apa.

Kenapa aku boleh hilang kuasa? Takkan efek lepas upacara tu.

Kepala aku pening. Aku perlahan-lahan bangun dari baring ku lalu berdiri.

Aku berada di puncak sebuah bukit. Tempat ini adalah tempat kali terakhir aku berada sebelum aku hilang selepas sumpahan itu terjadi.

Aku tersenyum melihat semuanya sudah kembali normal dan seperti dulu.

Pokok-pokok mula berdaun hijau, rumah-rumah yang ada di angkasa juga mula membentuk perlahan-lahan.

Dari jauh, aku dapat nampak pokok utama itu mula menyalakan warnanya.

Aku gembira.

Aera: Akankah mereka masih ingat padaku?

Aku mengucapkan ayat itu dengan kemahnya. Mataku kemudian tertumpu kepada rumah kami yang ada di paling atas.

Aku menghela nafas.

Aera: I'm home...

.
.
.

Aku berjalan memasuki kawasan perkampungan kami, di dunia yang dipenuhi dengan penduduk.

Aku tidak dapat masuk ke dalam kerana tidak ada seinci ruang pun untuk masuk.

Ditambahkan dengan rasa sakit pada perut ku, badanku yang lemah, aku tidak dapat masuk ke kawasan itu.

Aku ingin cari mereka. Aku nak cari Jay, Jungwon, Jake, Heeseung, Sunoo dan Sunghoon.

Aku dengar semua orang bersorak gembira, menjerit nama-nama mereka semua. Air mataku jatuh.

Aku baru saja ingin berjalan pergi, suara Jay bergema seluruh tempat.

Jay: AERAAAA!!

Heeseung: Aera!!

Jungwon: Sesiapa kenal Aera, please bagi tau kamiiii!

Aku tersenyum gembira lalu berdiri dengan lajunya. Semua orang juga sama-sama mencariku.

Waktu aku berdiri, aku nampak mereka berdiri di atas dahan-dahan pokok besar tu. Aku melambai-lambai ke arah mereka.

Jake: Tu Aera! *melambai Aera*.

Mereka melambai ke arah ku. Dengan sekuat tenaga aku memberi senyuman paling lebar.

Jay: Thanks korang sebab sentiasa sabar menunggu...

?: Kami yang sepatutnya ucap terima kasih.

CONFUSION ( 제이 - Jay )Where stories live. Discover now