CHAPTER-2

22 1 0
                                    

Clara segera menyusun bunga yang baru sahaja datang dari penghantaran pagi itu, sedikit membetulkan kedudukan pasu dan kemudian bergegas ke kedai setelah selesai menyusun pasu bunga terakhir.

Walaupun dia mempunyai dua pekerja kesayangan, Clara lebih suka melakukan kerja sendiri sementara dia masih mampu.

Adele, Junior yang dekat dengannya di Universiti dahulu. dan seorang lagi, Alex, sahabat baiknya yang juga merupakan tangan kanan Clara di kedai bunga, yang bertanggungjawab dalam pengurusan kedai.

Dan jelas hanya Clara dan Adele yang bertanggungjawab mengubah bunga dan hal hal yang berkaitan dengan bunga kerana Clara,dia tidak memerlukan banyak pekerja, hal ini kerana kedai baru, dan Alex juga senang bekerja dengannya.

"Clara, telefon kau berbunyi ." Adele berkata dari tempat casher

Clara menarik nafas gusar, berjalan ke tempat casher dan mengambil telefon bimbitnya yang diberikan oleh Adele, ketika dia melihat siapa yang memanggilnya lagi,

Clara menghembuskan nafasnya lagi. Tidak berfikir untuk menelefon kembali, Clara mengubah telefon bimbitnya ke silent mod dan kemudian memberikannya kepada Adele lagi,

"Abaikan,saya tidak mahu diganggu hari ini." Clara berkata ketika dia memberikan kembali telefon bimbitnya kepada Adele,Adele hanya mengangguk dan meneruskan tugasnya untuk mengumpul semula data kedai.

"Clara,ini data pesanan untuk hari ini. "Kata Alex.

"Segera selesaikannya, kerana petang ini akan segera dihantar. "Alex menyambung.

Clara hanya berdeham, lalu mula melihat data-data tempahan yang akan ia buat.

Alex hanya menghela nafas kasar,melihat sahabatnya yang mahu disebut bodoh atau memang jatuh cinta sehingga dia diabaikan seperti itu masih lagi bertahan .

'Cinta..kata yang mungkin membuat orang bodoh'

Bersambung..

JUST MEWhere stories live. Discover now