- Sumin's pov

Alah, aku dah gementar dah ni, nak lawan dengan Gyuri kot, coach Kim pun pernah dia kalahkan, lagipun ini kali pertama aku main dengan dia, selalunya kami berdua berlatih bersama sahaja.

" Cepat serve. " Ujar Gyuri. Aku dengan menggigilnya serve bola tangkis itu.

×
×
×

" Aku 8 kau 5, okay lah tu, jom cepat sambung. " Dia memujukku, aku sudah berputus asa sebab dia terlalu power untuk aku mengalahkannya.

" Kau ni, terlalu cepat putus asa, macam mana nak ikut tournament nanti? " Soal dia lagi. Aku pun bangun dari duduk. " Okay sambung jom. "

Gyuri membuat muka keliru, tetapi dia tetap menyambung permainan.

Iya, dia menang. Tapi tak mengapa, aku juga dapat pelajari dan memperbaiki kelemahan kelemahanku.

- Gyuri's pov

" Astaghfirullahalazim. " Iyalah siapa yang tidak terperanjan kan kalau buka buka loker, penuh dengan sampah.

" Eik? Sejak bila kau masuk Islam ni Gyu, tak bagitahu pun. " Usik Sumin yang sedang menyimpan raketnya didalam lokernya, bersebelahan dengan lokerku.

" Bukanla, tapi kau tengok, harini upgrade lagi, selalunya aku buka loker pun, nampak beberapa helai je, harini, buka loker tumpah semua isi loker. " Jawabku, serabut jadinya apabila loker sudah dikemas elok, buka buka je, berapa mamat dah selitkan surat.

" Sudah Gyu, jom tukar tempat, aku pun nak merasa dapat banyak surat. " Balas Sumin lagi.

Aku merenyukkan kertas kertas tersebut dan mencampakkannya ke dalam tong sampah.

×
×
×

Aku dan Sumin menunggu masa untuk diambil balik kerumah. Kereta milik appa tiba didepan academy.

" Hyeri, ada orang dalam kereta? " Tanyaku sejurus Hyeri turun dari kenderaan itu, sebabnya aku ada trust issues dan aku nampak seperti ada kepala beruk- aip, kepala manusia didalam kereta.

" Ada hehehe. " Hyeri jawab dengan nada gurauan. " Kau biar betul Hye?! " Aku sudah mula cuak, siapa yang ada dalam kereta? kenapa Hyeri duduk depan? Appa tak ikut ambil aku ke? Siapakan gerangan manusia tu? Banyak sungguh soalan yang bermain di kepalaku.

" Iya kakakku yang tercinta. "

" Ee, uhm, Hye, kau duduk belakang ngan manusia tu boleh? Aku duduk depan lagi okay rasanya.. "

" Ba, yang kau tercegat dengan Hyeri dekat sini kenapa? " Haish separuh mati aku terperanjat. " Kau ni Sumin, nak mati je jantung aku ni. "

" Tak ada apa pun Sumin, kakak aku ni ha, cuak sangat nak duduk belakang, sebab ada orang. " Jawab Hyeri selamba.

Sumin berlalu pergi. Aku pun mengalah sudah sebab Hyeri enggan duduk belakang.

Alangkah bagusnya jika aku balik sahaja menggunakan kaki yang tersedia ni. Iya, anak immo Choi yang ada kat belakang tu.

" Hye kau duduk belakang la, please, aku merayu. " Rayuku, hanya tuhan je tahu perasaan aku sekarang ni.

" Alah Gyu, tak apa lah, kamu duduk je dengan Hyunsuk, bukannya nak kahwinkan pun. " Ujar eomma. Ya ya lah tu eomma.

Aku pun terpaksa ikut cakap eomma, duduk sebelah dia. Ee aku rasa nak hempuk je dia ni, tapi dia selamat kali ni sebab aku dah simpan raket dalam loker.

" Maa, apa pasal mamat ni ada dalam kereta, rasa tak selesa la, tinggal dia tepi jalan boleh tak. "

" Mana boleh macam tu, ini anak orang la Gyu, lagipun tadi dia datang rumah, pastu kata nak ikut ambil Gyu, jadi, sbb tu dia ada dekat sini. " Terang eomma.

Aku pandang dia sipi. " Kau apa pasal yang sibuk sangan nak ambil aku, aku bukan amanah kau pun kan? " Soalku, menahan amarah.

" Manalah tahu nanti nanti kau jadi ama- " satu tamparan kena tepat di muka dia.

" Jangan haraplah nak menggatal dengan aku. " Ujarku geram. " Hyeri, kakak kau ni apa pasal kuat gila, kalah aku tahu tak. "

" Kau ni pelik pelik je soalan, tadi ambil dia dari kelas ballet ke? Takkan, dia kan athlete, athlete mana je yang lembik. " Sambung Hyeri pula. Lega bila adik sendiri mempertahankan diriku.



_____________________________________



Jangan lupa Vote & comments <3 babai :D

COURT • C. HyunsukOnde as histórias ganham vida. Descobre agora