04

22 6 1
                                    

Perlawanan akhirnya tamat. Cuma aku, Sumin dan Aera sahaja yang menerima pingat. Selain itu, kami juga membantu mereka untuk menghilangkan sedih dan jangan berputus asa.

Kami berempat balik ke bilik di hotel yang ditempah oleh pihak academy. Coach Yejoon menyuruh kami semua mengemas barang disebabkan kami akan pulang ke rumah keesokkan harinya.

" Eh Sumin, kau dah dapat spoiler ke siapa trainee baru tu? Kau kan rapat dengan coach Kim? " Soalku semasa mengemas bagasi. " Macam mana nak tahu? Sepanjang dekat sini, kita berlatih saja kan? " Soal Sumin semula. Aku mengangguk. Aku benar benar nak tahu siapakah dia.

Sesudah itu, keempat kami naik keatas katil masing masing dan mula melelapkan mata. Harini sungguhla padat dan penat. Semuanya termasuk Sumin telahpun dibuai mimpi, kecuali aku, aku masih terjaga walaupun mata aku tidak kurang seperti panda sekarang.

Aku masih terfikirkan trainee baru yang dimaksudkan Sumin, aku mulai tidak sedap hati, seperti ada masalah yang akan timbul, tetapi dari aku membuang masa, aku pun lelapkan mata dan tidur.

×
×
×

Hari ini kami semua diarahkan untuk balik dan berehat dirumah sementara menunggu waktu untuk ke academy semula. Sepatutnya hari ini tiada latihan, tapi disebabkan ada yang baru masuk, coach Kim mengarah kami semua untuk ke academy.

Sekarang, aku berada dibawah menonton televisyen bersama Hyeri sehinggalah waktu untuk ke academy tiba.

Sekarang ni appa aku yang menghantarku kerana hari ini hari cuti. " Bye appa, terima kasih hantarkan Gyu ya. " Aku melambaikan tangan lantas keluar dari kereta tersebut dan melangkah masuk ke academy.

Katanya semua sudah heboh dengan penampakkan trainee baru itu. Good-looking ke good-longkang ek rasa rasanya?

Coach Kim menyuruh kami berhimpun di dewan seperti biasa. Suasana didalam dewan teramat sangatlah bising dengan kata kata trainee tentang budak baru itu. " Hari ini, seperti yang semua tahu, akan ada trainee baru yang akan menyertai kamu lagi, sila perkenalkan diri kamu. " Coach Kim melambaikan tangannya kepada seseorang yang berada di pintu belakang dewan. Tepat sahaja dia berada di depat bersebelahan dengan coach Kim, mulut aku sudah terbuka luas seperti mengundang haiwan masuk.

" Kau ok ke ko ni Gyu? " Sumin menolak daguku keatas supaya mulut aku kembali tertutup seperti biasa. Pertanyaan Sumin itu aku cuma balas dengan gelengan kecil. " Ee dalam 7 billion manusia dalam dunia ni, kenapa mamat ni juga yang dipilih. "Aku mendegus geram.

×
×
×

" Tak masalah nya ni sekarang yang kau sibuk sangat nak masuk sini apa pasal? "

" Hm, aku nak ikut kau je. Salah? "

" Haah, salah, tak ada originalities sendiri ke? "

Pertengkaran antara aku dengan Hyunsuk ditepi loker itu tidak ada penghujungnya, seperti orang kata 'the never ending saga'. Aku pun tak tahu sejak bila dia ni minat sukan, setahu aku, eomma pernah kata dia tak suka sukan dan dia paling tidak tertarik dengan badminton.

" Sabar Gyu, tak pasal pasal kes ni nanti kena bawak ke ketua. " Sumin dan Yejoo menenangkan aku.

Usai mengemas loker, aku menguncinya dan bergerak balik. Sedang berjalan menuju ke pintu hadapan, tiba tiba aku berlaga dengan seseorang. " Ee kau ni memang dah mencabar kesabaran aku. " Aku memberikan pandangan maut. " Kau ni Gyuri, garang sangat. " Hyunsuk menolak bahu aku perlahan. Dan aku membalas dengan menolak belakangnya.

Haish, stres betul aku harini. Aku baru sahaja hendak merehatkan badan tetapi eomma menyuruhku bersiap, kata eomma, appa hendak belanja kami makan di hotel. Aku pun hanya mengangguk dan mematuhi arahan yang diberi. " Appa, boleh ajak Sumin dan Jihee sekali? " soal aku. Appa menurunkan kepala tanda setuju. Aku menggapai telefonku dan terus dial nombor mereka.

" Yeoboseyo? "

" Eeh, buat buat tak kenal. "

" Iya iya aku gurau, hah apa pasal telefon malam malam ni? " Soal Sumin. " Oh tak ada apa, cuma nak cakap, eomma appa aku nak belanja kitaorang makan dekat hotel, dan diaorang benarkan kau dan Jihee ikut. Jadi nak ikut ke tak? " Balas aku panjang.

" Jihee yang mana satu ni? " Soal dia pelik. " Jihee, member sekolah aku. Korang pernah jumpa. " Jawab aku pula.

" Oh dia ke?! Naak!! Bila? " Soal dia selamba. "Hish minah ni, malan ni lah, kalau tidak bila lagi? " Jawabku sambil menyoal semula. " Ok, ciao aku siap dulu, bye. " Dia menamatkan panggilan.

Aku menghantar mesej ke Jihee pula sementara menunggu Hyeri bersiap.

×
×
×

Setiba di tempat tersebut, kami pun mengambil tempat masing masing. Dalam beberapa minit, ada lagi beberapa orang yang datang dan duduk di meja yang sama dengan aku.

Aku sengaja mengangkat kepalaku untuk melihat siapa yang didepanku.

" K-kau, lagi?! " Soalku sejenak selepas aku mengangkat kepalaku. " Hm, ada kacau hidup kau ke? "

" Ada, ada sangat, huh. " Aku mengalih pandanganku. " Haih kamu berdua ni, tak serik ke gaduh? " soal eomma. Aku mengangguk manakala dia menggeleng, huh geram aku.

Tidak kurang beberapa minit, pelayan restoran tiba dan memberi menu kepada setiap seorang.

Aku memesan sepinggan spaghetti carbonara, sepotong kek dan segelas banana milk. Lalu aku memberi pelayan itu menu yang diberi selepas dia selesai mencatat pesanan.

Aku mengeluarkan telefonku yang berada didalam poket seluar jeans yang sedang aku pakai dan membuka aplikasi Instagram untuk melihat update terbaru dari blackpink.

Kesemua makanan yang dipesan tadi telah dihidangkan. Aku mengambil makanan dan sudu garfu yang disediakan.

"Apa benda pandang pandang ni, makan lah ish. " Aku memberi jelingan maut kepada orang depan ku.

Aku sambungkan makan seperti biasa sampailah saat itu, garfu yang dipegangku jatuh. " Biar aku ambilkan. " Ujar Hyunsuk. " Ugh, tak perlu mengada lah kau. " Balasku tapi dia dah pun ambil.

Pada masa aku hendak mengambil garfu dari tangannya , berlaku 'eye contact' antara aku dengan dia.

Pada detik detik itu, hatiku berkata 'oh, adakah ini cinta sejati' eh tapi tak ingin aku jatuh hati dekat dia.

Alah kau, mengaku je la. - Author
Kau pun author, dah tahu kerja banyak pergi buat buku banyak banyak dalam draft, kesian readers. - Gyuri pro

Haih, berhentilah gyuri dengan otak kau yang kurang betul tu. Aku menarik garfu itu dari tangan dia dan sambung makan seperti biasa.

Usai menghabiskan makanan, aku mengajak Sumin untuk ke luar kawasan makan tersebut. " Weh, Sumin, kau perasan tak yang masa garfu aku jatuh, kan Hyunsuk ambilkan. Masa aku nak ambil garfu tu dari dia semula, jantung tak guna aku ni dia tiba tiba berdegup laju. " Terang aku.

" Haaa, kantoi kai ada pe- "

" Senyap sikit sengal. "

" Sorry, sorry, tapi kantoi ah kau ada perasaan kat dia betul kan. " Sinis Sumin lagi. " Nak jadi idol, tapi sengal, macam mana ni? Kalu logik logik la aku nak ada perasaan kat mamat yang tidak kurang macam selekeh je. "

" Kau jaga mulut sikit, handsome apa dia tu, kalau aku lah yang jadi kau, dah lama je aku mengaku yang aku minat dia. "

" Dah la kau, ajak kau ingat nak minta tolong bagitahu aku kenapa, ini menambahkan stres adalah. " Aku mendegus perlahan lalu meninggalkan sumin dibelakang. " Eh tunggu la. " Sumin lalu mengejar aku dari belakang.









































Mcmana chapter ni? Ok? Bosan? Kalau ada apa" cakap je ngn author, nanti author cuba perbaiki! Jangan lupa Vote & comments <3 babai :D

COURT • C. HyunsukΌπου ζουν οι ιστορίες. Ανακάλυψε τώρα