02

34 6 9
                                    

- jihee's pov

" Eh lambat pula si Gyuri datang harini. " Selalunya dia yang akan sampai di sekolah dulu sebelum aku.

Tiba tiba aku ternampak kelibat Gyuri, tetapi dia kelihatan mengantuk.

" Kau apa pasal ni? " Tanyaku. " Semalam aku lambat tidur, aku study lebih sikit. " Sambung Gyuri.

" Lah, habis kau mengantuk lagi ke ni? "

" Ada lah, sikit sikit. "

Kau tidur lah dulu, kelas lambat lagi. "

" Mhm. " Balas Gyuri pendek.

- gyuri's pov

Loceng sekolah berbunyi lagi, aku bergerak menuju ke academy manakala rakanku, Jihee dan Youngjoo berkumpul di dataran sekolah untuk menunggu ibu bapa mereka.

Semasa dalam perjalanan untuk ke academy...

Bush, aku terlanggar seseorang. " Ee jalan pandang depan lah, melambatkan je. " Marahku, sudahla harini keluar kelas lambat 5 minit, tambah lagi pembaziran masa terlanggar manusia buta kat sini hish.

" Maaf ma- " hish, anak immo Choi ke, bengang betul aku dengan dia ni, dahla rendah. (uhm tapi aku lagi rendah sebenarnya, dia lebih kurang 169 cm, aku pula 167 cm, tak adalah rendah mana aku ni kan)

" Dahla, melambatkan aku je lah kau ni. " Ujarku lalu aku berlalu pergi. " Weh sabar sabar, kau nak pergi mana ni jalan seorang seorang ni? "

Ee lah mamat ni, kecoh betul. " Aku hempuk kau dengan raket aku ni kang. " Aku mengeluarkan raketku yang tersimpan didalam beg.

" Jawab lah elok elok, dah aku tanya pun elok elok. " Katanya pula. " Raket, raket nak pergi mana? Pergi pukul kau ke? "

" Oh, nak pergi academy badminton yang dekat Seoul tu ke? "

" Iyalah, nak ke mana lagi, sudahla, dari aku melayan kau yang membazir masa ni, baik aku blah sebelum coach marah. " Sambung aku dengan nada tinggi.

" Aku lupa la nak tanya, nama kau apa ek? " Satu ketukan raket kena dikepalanya. Tak ada masa aku nak melayan orang ni. Aku pun mengabaikannya dan sambung berjalan.

Tiba di academy. " Coach Kim, maaf lambat, saya ada hal tadi. " Aku menunduk hormat ke coach Kim dan meminta maaf.

" Iyalah, sudah, masuk dan salin baju kamu. " Jawabnya dan sambung memerhati pemain pemain lain yang sedang bermain.

" Semua pasal jantan acah swag tadi lah. " Sumin terdengar degusanku. " Kau apa pasal ni Gyu? "

" Tak ada, tadi, sudahla aku keluar kelas lambat, tengah berjalan pula, aku terlanggar mamat sorang ni, aku pun dah lupa nama dia, tapi haritu dia ada datang ke rumah aku. " Jelas ku. Sumin hanya meng-oh kan sahaja.

" Gyuri sunbae, tolong ajarkan Yejoo serve, bukan Yejoo tak reti, tapi serve sentiasa senget je. " Panggil Yejoo. " Iyalah, kejap biar aku salin baju. " Jawabku ringkas, iya sebab aku tak ada mood.

_____________________________________

" Senang je kan? "

" Iya iya, terima kasih sunbae. "

" Sama sama. " Sahut ku. Aku pergi bertemu Sumin semula. " Nak main? " Soalku.

" Aku on je, jom! " Ajak Sumin pula, kemudian kami pergi ke court D, asbabnya court lain sudah penuh dengan pemain pemain yang sedang berlatih.

COURT • C. HyunsukWo Geschichten leben. Entdecke jetzt