"Still! You should have told me earlier that I look like shit!"

Aku menjeling geram Nel sambil menyelongkar beg tanganku, mencari tisu basah yang aku selalu usung ke mana-mana.

Jumpa saja bekas tisu basah, aku tarik sehelai dua tisu basah dan tonyoh tisu basah itu pada wajahku.

"Bencilah! Kenapa aku tak pakai make-up yang waterproof tadi?" gumamku sambil menenyeh tisu di bawah kelopak mataku. Kamera yang dipegang Nel, aku jadikan sebagai cermin.

"You fikir tangan I ni, dicipta untuk pegang phone ni ke untuk you?"

Kecik besar je aku pandang Nel. Pegang sekejap, dah merungut! Tak gentleman betul! Hak tuih!

"Kalau you nak buat sesi mengelap muka you yang tak seberapa tu, bukan guna kamera telefon I. Pergi tandas." Nel menyimpan telefonnya.

"Ceit. Nak guna telefon sekejap pun tak boleh."

"Pergi tandas cepat. Basuh muka tu sampai bersih. Nanti orang ingat I yang buat you menangis beria-ria macam ni. Dah macam kain buruk muka tu."

Mula-mula dia cakap muka aku buruk, sekarang dia dah naikkan level jadi kain buruk? Wah, lelaki ni memang kuajaq. Muka aku yang secantik ratu Malaysia, dia kata kain buruk?

"Sedap-sedap kata muka saya ni macam kain buruk?"

Nel tersenyum manis dan menjongket bahunya.

"I ni seorang lelaki yang jujur, Cik Nayra. Jadi, I hanya cakap benda yang betul je."

Lelaki jujur lutut dia! Itu namanya nak menyakitkan hati orang!

"You termenung apa lagi? Pergilah cepat!"

Aku mencampak tisu basah tepat pada muka Nel. Padan muka!

Dia tersenyum simpul dan mengalihkan tisu basah itu dari mukanya. Aku sudah bangun dan ingin bergerak ke tandas tapi suaranya yang memanggilku dari belakang, menyebabkan aku menoleh.

"Jangan silap masuk tandas lagi tau. I tak ada untuk cover you nanti."

Geram! Aku rasa mahu cekik dia hidup-hidup. Tapi aku tak mahu berlama-lama di situ dengan muka aku yang comot.

Segera aku masuk ke dalam tandas restoran. Kali ini, aku yakin aku tak salah masuk lagi. Berkali-kali aku tenyeh mata melihat papan tanda di depan pintu masuk tandas. Puas aku meraba papan tanda itu, memastikan ianya warna merah jambu dan ada gambar orang lidi perempuan. Beberapa insan yang berada di sekelilingku hanga memandang aku macam aku ni some kind of weirdo.

Air paip dibuka, dan aku menadah tangan dan menyimbah air sejuk itu ke mukaku. Tisu yang disediakan, aku tarik beberapa helai dan mula mengelap wajahku.

Sambil membersihkan muka, mulut aku ni menceceh memarahi Nel padahal salah dia hanya sebab panggil muka aku kain buruk. Yang lain semua...Hurm. Pastilah salah aku sendiri.

Hilang segala foundation, councilor, lipstick dan segala mak nenek yang aku pakai di muka. Sekarang ni, muka aku natural tanpa sebarang solekan. Malas aku mahu menyolek wajah aku balik. Lagipun, muka aku yang kosong tanpa solekan tak teruk mana pun. Tetap cantik juga.

Perfectly Yours! [OG]Where stories live. Discover now