"Yelah, aku tahulah kereta aku."

Qai tak toleh belakang dah, terus lari terkedek-kedek ke tandas berdekatan.

Aku menapak keluar dari kereta dan tidak lupa mengunci keretaku. Sekarang ini, aku hanya ingin mengisi perut aku. Tadi aku tak sempat makan sarapan, mestilah lapar.

Setelah aku membeli sedikit makanan dan minuman untuk alas perutku, aku berjalan ke arah keretaku. Nampaknya Qai masih belum habis dengan business dia. Teruk sangat ke perutnya tu? Itulah, kerja siang malam hirup mi segera. Eh, aku pun. Haha.

Aku menyanyi-nyanyi perlahan serta melangkau beberapa langkah dan secara spontan kaki aku berhenti melangkah. Aku celikkan mataku berulang kali. Dahiku mula berlapis.

Penceroboh? Ada orang nak ceroboh kereta aku! Kereta aku!

Kaki aku dilajukan ke arah kereta aku. Sampai saja di depan seorang lelaki berbadan tegap yang membelakangi aku, aku terus capai bahunya dan memusingkan badannya menghadap aku.

"Encik buat apa dengan kereta saya? Encik nak curi kereta..."

Tergamam aku melihat siapa aku sedang bercakap. Terundur aku beberapa langkah ke belakang dan sikit lagi aku mahu jatuh tapi lelaki itu sempat melelar lenganku bagi menghalang aku dari terjatuh. Badanku terdorong ke depan dan kepalaku terhantuk pada dadanya.

Uih, macan terhantuk kepada pada batu je rasanya!

Dahiku, aku usap perlahan. Sedikit demi sedikit, mataku terangkat dan bertemu dengan sepasang mata menawan itu.

"Sekarang you nak baling apa, Cik Nayra?"

Mukaku bagaikan ditampar dengan soalan itu. Perlu ke dia ungkit kejadian tu?! Nel ni!

"A-apa encik buat dengan kereta saya? Encik ni nampak kaya tapi masih nak mencuri hak orang." Aku berdehem sedikit, aku ingatkan semula tujuan utamaku. Tak sangka, muka baik, kerja bagus-bagus tapi nak mencuri kereta orang. Despredo sungguh!

"I? Mencuri? Muka I ni nampak macam pencuri ke?"

"Well...Urm. Sikit?" Aku rapatkan ibu jari dan jari telunjuk dengan teragak-agak.

"Sikit?" Terlepas sedikit tawanya.

"Dah encik nak buka pintu kereta saya!"

Nel letuskan tawanya dengan kuat sampaikan dia menekan perutnya. Seingat aku, tak ada pun aku buat lawak.

"Betul ni kereta you?"

"Yelah! Kereta BMW, warna hitam."

Nel tersenyum sinis seraya mencekak pinggang.

"You pasti?"

"Seratus peratus pasti! Nak mencuri kereta, biarlah bijak sikit."

"I tak bodoh lagi nak curi kereta sendiri."

Giliran aku pula ketawa kuat-kuat. Beberapa orang yang lalu lalang, memandang aku pelik.

"Nak menipu pun biarlah bijak sikit. Nama je pembaca berita, tapi menipu macam budak kecil! Haha!" Aku sambung ketawa tanpa memperdulikan Nel yang sedang memandangku.

"Sekurang-kurangnya, I tak macam you. Tahu kenapa?"

"Apa?" Aku masih ketawa.

"I tak bodoh tuduh orang melulu tanpa bukti macam you. Kesiannya I tengok you, ada masalah ke sampai suka menuduh orang ni? Ke, memang tabiat?"

Tersedak aku jadinya. Amboi, kata kita bodoh pula. Habis, dia tak bodoh ke nak curi kereta orang? Kereta aku pula tu!

"Hei, pak cik! Jangan lepas ni, saya baling tiang besi tu dekat encik. Bukan setakat hidung berdarah, biar semua tulang dalam badan tu patah riuk!" Geram aku mendengar sindiran Nel. Tak padan dengan pembaca berita! Sangat tidak padan!

"Well, I kena pergi, little girl. I'm in a hurry, so please. Excuse me." Nel kemaskan baju berlengan pendeknya. Baru dia buka pintu, aku sudah berdiri di hadapannya dengan tangan yang didepakan. Menghalang dia daripada masuk ke dalam kereta aku. Dasar tak malu! Sudah salah, tapi enggan mahu mengaku!

"Woah! Mana encik nak pergi dengan kereta saya?"

"You masih yakin ini kereta you?"

"Yelah!"

Nel menghembus nafas perlahan. Ditariknya tangan aku sampai ke bahagian belakang kereta. Dia menolak lembut sebelah bahuku.

"Boleh bacakan nombor plat tu untuk I?"

Aku tersenyum memerli. Dah besar panjang juga, tapi tak reti membaca? Oh, Nel! Dia ni memang memalukan.

Dengan yakinnya, aku membaca nombor plat Nel sebelum suara aku rasa tersekat di kerongkong. Senyumanku juga hilang entah ke mana. Nel pula yang tersenyum puas.

Ini bukan nombor plat kereta aku!

"Tutup mulut tu. Nanti lalat masuk, tercekik mati di sini. I tak nak bertanggungjawab kalau you mati mengejut di sini."

Mulutku yang melopong luas, aku tutup. Rasa bagaikan semua orang di sekelilingku sedang sakan mengetawakan aku. Pada saat ini, aku rasa mahu berlari dan lompat masuk ke dalam kubur aku sendiri.

Nel pegang bahuku dan menepuk-nepuk bahuku perlahan.

"I tahu, benda ni memalukan. Kesiannya you. Memang suka memalukan diri sendiri ke? Or is that your hobby?"

Perasaan geram terhadap Nel makin menggunung tapi betullah apa yang dia cakap. Nak marah pun, tak ada guna. Memang silap aku lagi pergi tuduh orang tanpa bukti yang kukuh. Mungkin sebab orangnya Nel, aku jadi marah semacam.

"And apa you panggil I tadi? Pak cik? I baru 27 tahun. Bukan macam you. You sebenarnya nenek tua yang terperangkap dalam badan gadis berumur 27 tahun.",

Kini, telinga aku berasap-asap. Hati aku terasa terbakar. Nenek tua? Dia panggil aku nenek tua?! Mana kapak? Aku nak belah otak dia, dan buat lauk masak otak Nel.

"Jangan berterima kasih kat I. I kena pergi. See you." Nel mencuit bawah daguku tanpa sempat aku mengelak.

Sebelum dia masuk ke dalam kereta, dia menoleh ke arah aku yang masih tercegat di situ.

"Lagi dua minggu, tugas you untuk basuh baju-baju I bermula. Okey?"

Lagilah aku mahu menangis. Kenapa dia kena ingatkan aku pasal hal itu? Aku benar-benar mahu sorok muka aku dalam bantal sekarang ini.

Aku ke belakang sedikit apabila keretanya diundurkan. Keretanya terus memecut laju dan meninggalkan asap keretanya untuk aku! Terbatuk-batuk aku apabila asap keretanya itu memasuki hidungku.

"Nai!"

Suara Qai yang memanggilku membuatkan aku segera menoleh. Qai sedang berjalan ke arahku, sudah habis membuanglah tu.

"Kau buat apa kat sini? Kereta kau sebelah tulah."

Aku mengalihkan pandangan ke arah kereta hitam aku yang berada selang dua kotak parkir dengan kereta Nel tadi. Huwaa! Jadinya, tadi memang sah bukan kereta aku! Aku yang pelupa sangat tak tahu di mana Qai memarkir keretaku.

"Kau kenapa, beb? Pucat semacam je muka kau? Helloww?" Qai melambai-lambai tangannya di depan wajahku.

Memang aku ni suka sangat ke memalukan diri? Kalau Dani tahulah, pasti dia gelakkan aku selama setahun dan menjadikan aku bahan jenaka dia.

Mak! Dani! Nai malu!!

This scene memang inspired from real story tau🗿

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

This scene memang inspired from real story tau🗿

Perfectly Yours! [OG]Where stories live. Discover now