Dahi aku berlapis mendengar kata-kata Qai.

"Kajang? Buat apa?"

"Sepupu aku nak kahwin. Esok akad nikah dan majlis persandingan lusa pula, nak tak nak aku kena pergilah kalau tak mak aku tak nak mengaku aku anak dia. Kenapa?"

Satu idea mengetuk otak aku. Bibir aku melengkung senyuman paling lebar. Qai nampak macam dah tak sedap hati melihat senyuman aku.

"Ha, ha...Apa pula akal kau kali ni?"

"Aku nak ikut, boleh?" Mataku, aku kelip-kelipkan. Nak nampak comel. Tapi kalau tak main kelip-kelip mata pun, memang aku sudah comel. Dengki ke? Alah, alah kesiannya.

"Buat apa? Kau tak kerja ke?"

"Esok aku cutilah. I need a break." Memang aku bercadang mahu mengambil cuti buat beberapa hari. Lagipun, semua kerja aku dengan klien, sudah selesai. Jadi, tak ada halanganlah untuk aku mengambil cuti.

Qai diam buat seketika. Mungkin sedang berfikir.

"Yelah, yelah! Tapi perangai jaga sikit kat sana, kalau kau buat perangai hantu kau macam hari tu, aku takkan teragak-agak campak kau keluar dari dewan."

Aku lantas bersorak kegirangan dan merangkul erat tubuh kurus Qai. Qai hanya mencebik.

"Terima kasih, sahabat!"

"Hurm, yelah. Dah! Naik atas tidur, esok nak gerak awal." Qai sudah bangun dan membetulkan baju pijamanya yang bercorak panda. Aku mengangguk dan segera menutup laptop milikku.

"Kau naiklah dulu, aku nak buat kopi sekejap."

"Jangan tidur lambat. Kau lambat, aku tinggal je esok!" Qai yang baru saja mahu mendaki anak tangga sempat memberi amaran keras kepadaku.

"Ya, ya. Tahulah." Aku mengangguk dengan gaya menyampah.

Hilang saja kelibat Qai, aku terus berlalu ke dapur. Muk hitam di rak tepi singki, aku ambil dan serbuk nescafe aku tuangkan ke dalam muk. Kemudian, aku menambah air panas ke dalam muk. Aku menutup mata menikmati aroma kopi yang menusuk hidungku.

Muk berisi air nescafe, aku bawa ke ruang tamu. Sementara minum ni, rasa macam mahu tonton televisyen sebentar. Aku duduk bersila di depan meja kopi.

Alat kawalan televisyen yang berada di atas sofa, aku capai dan menekan punat merah untuk menghidupkan televisyen.

Aku menukar-nukar siaran televisyen apabila tiada rancangan yang menarik untuk ditonton. Senang-senang aku buka TV3 sajalah.

Alat kawalan, aku lempar ke tepi sambil menghirup sedikit air kopiku. Kini, TV3 sedang memaparkan berita malam yang dibaca dalam bahasa inggeris.

Oh, dah pukul 12. Patutlah. Aku ni memang jarang tengok berita malam-malam ni. Tapi tiba-tiba hati aku ini dijentik rasa ingin menonton berita Nightline.

Aku tak tahu mengapa, suara si pembaca berita ni macam pernah aku dengar. Dek rasa curigaku yang membuak, aku angkat wajah, mahu melihat siapa si pembaca berita.

"Assalamualaikum I'm Nik Ezrakil Lutfi and this is Nightline, news making headlines."

Air kopi yang berada di dalam mulutku, selamat tersembur keluar. Merecik habis sampai ke meja kopi. Terbatuk-batuk aku apabila aku tekakku terasa perit dek kepanasan air kopi aku. Aku tepuk-tepuk dadaku yang rasa sempit bagaikan oksigen di dalam paru-paruku, disedut keluar.

Aku menenyeh mataku. Sekali, dua kali, tiga kali...Dan dia! Ya, aku tak salah tengok kali ini. Memang wajahnya nampak sungguh jelas.

Mustahil ini orang lain. Tapi namanya lain. Tapi wajah mereka serupa! Nel ada kembarkah?

Perfectly Yours! [OG]Where stories live. Discover now