"Kami mengandung. Kakngah dengan kaklong baru nak beri kejutan untuk Nara. Kenapa Nara pergi cepat."

Tengku Deedat dan Tengku Daaniyal menarik tubuh si isteri.

Kini mereka semua menunggu jenazah untuk dibawa balik. Tengku Dareena mengurungkan diri sejurus mereka balik dari hospital.

******

PENGEMBUMIAN Tengku Daariya sudah selesai. Kini mereka mengajak jiran datang untuk buat tahlil. Tengku Daaniyal dan Tengku Deedat mengeluh bila sang isteri tidak mahu makan.

"Sayang tak kesian kat anak dalam perut tu. Kalau Nara hidup mesti dia sedih tengok kakak-kakak dia taknak makan."

Farhanie serta Hazwanie terus buka mulut jika dengar nama Tengku Daariya. Ramai tetamu datang mengucapkan takziah pada Tengku Dary dan si isteri.

Manakala di sebuah mansion, seorang doktor terus merawat gadis yang cedera teruk. Layla dan yang lain masih menunggu keputusan. Charles yang merawat ketuanya menghembuskan nafas lega bila sang ketua sudah selamat.

"Nara dah lepasi kritikal. Kita tunggu sahaja dia sedar. Aku cadang kita pindah ke luar negara dulu.Nak ambil SPM,korang balik sini. Keselamatan Nara sekarang tak selamat. Kalau musuh tahu peluang Nara nak hidup tipis."

Layla dan yang lain hanya setuju. Mereka akan ke United States selama 2tahun. Mereka akan pulang untuk peperiksaan SPM Dan kembali duduk disana semula sehingga Tengku Daariya sendiri mahu dedahkan identiti sebenar dia.

Mereka hanya menunggu Tengku Daariya sedar sahaja. Zayyan memberitahu berita tentang kejadian di rumah Tengku Dary. Layla tersenyum sinis bila dapat berita itu.

*******

TENGKU Dary Ilyaas terkejut dengan pengakuan si adik ipar.

"Kau punca arwah Danny dan Ella meninggal sebelum sempat tengok dunia. Kau punca aku halau Nara keluar dari rumah!"

Tengku Daaniyal dan Tengku Deedat tunjuk wajah biasa.

"No wonder Nara cakap daddy tak percaya kalau kami beritahu. Jadi kami biarkan maksu sendiri beritahu hal sebenar."

Perlian Tengku Daaniyal buatkan semua terkejut. Tengku Dura terkejut bila si anak lelaki tahu siapa pembunuh anak kembarnya 2tahun lepas.

"Why you keep this secret from me, Daaniyal?"

Tengku Daaniyal memandang wajah si ibu.

"Because Nara. She say if I tell daddy about this, daddy will not believe. So I keep the secret until she come tell the truth." Tengku Dura memeluk tubuh si anak.

Tengku Dina menunduk kepala bila sang kakak pandang dengan wajah bengis.

"Kalau kau muncul lebih awal, Danny dengan Ella masih hidup. Tapi sebab hasrat dengki kau, aku hilang 3 orang anak. Nara dah tak ada. Kau menangis minta ampun sekali pun aku tak akan dapat anak-anak aku balik, Dina."

"Aku sanggup buat apa sahaja along demi kemaafan kau."

Tengku Dura hanya diam sahaja. Tengku Dary menarik tubuh si isteri demi mahu menenangkan si isteri.

"Kau boleh dapat kemaafan dari mummy atau daddy."

"Macam mana?"

Tengku Daaniyal tersenyum sinis bila anggota polis sudah sampai.

"Tengku Nur Dina binti Tengku Dihyan. Anda ditahan atas tuduhan membunuh Tengku Daniel dan Tengku Daniella 2tahun lepas. Anda berhak untuk lantik peguam untuk bela diri di mahkamah."

Tengku Iva menangis bila melihat anak bongsunya digari. Kini tahlil sudah siap. Suasana di rumah Agam milik Tengku Dary suram je. Tengku Daaniyal banyak termenung bila lintas di bilik sang adik.

Hari demi hari suasana dalam rumah tiada suara orang menjerit bila dikacau atau dibuli. Tengku Dura banyak habiskan masa dalam bilik anaknya. Dia kemas barang arwah. Dia terkejut bila tengok sebuah kotak besar.

Tengku Dary yang sedang mencari si isteri terkejut melihat sang isteri buka kotak.

"Habib, teman sayang buka hadiah dari Nara please."

Tengku Dary angguk. Dia terpaksa masuk lewat pejabat demi si isteri.

Banyak hadiah untuk mereka berdua yang Tengku Daariya simpan. Tengku Dura menangis bila melihat hadiah sepasang baju bayi.

"Tak sabar nak tunggu Danny dengan Ella keluar. Harap sempat akak tengok adik-adik membesar sebelum akak pergi."

Tengku Dura tak sangka arwah cakap seperti dia tahu dia akan pergi. Tengku Dura buka sebuah buku yang ditulis ' my lovely diary'. Tengku Dura terus bukak helaian pertama.

"Kesian aku kena palau dengan daddy... Eh lupa daddy sayang Reena lebih dari aku... Hurmmm macam mana nanti aku dah tak ada erk. Mesti daddy suka. Yelah Reena je anak perempuan dia. Aku redha. Okay lah diary. Harap-harap kau tak dijumpai kalau jumpa pun aku dah tak ada."

Tengku Dary mengalirkan airmata kerana sang anak sudah lama tahu yang dia sayang Tengku Dareena sahaja. Tengku Dura memeluk buku tersebut.

"Maafkan Habib sebab abaikan Nara dulu. Kalau habib tahu, Habib tak akan abaikan dia. Tapi habib tahu semua tu tak akan hidupkan balik anak kita."

Tengku Daaniyal yang terdengar kata-kata kedua-dua ibubapanya terus mengalir airmata. Sejak si isteri mengandung, Tengku Daaniyal yang sering sensitif. Dia berlari masuk bilik untuk mencari sang isteri.

Hazwanie yang sedang berehat pelik melihat wajah manja sang suami.

"Abang, kenapa nie?"

Tengku Daaniyal terus menangis bila sang isteri bertanya.

" I really miss Nara. Can you call Nara?"

Hazwanie terkejut dengan permintaan si suami.

"Abang, Nara dah tak ada. Abang tak kesian ke kat dia sebab abang tak redha dengan pemergian Nara."

Tengku Daaniyal terus memeluk pinggang sang isteri.Sejak kematian Tengku Daariya, Tengku Daaniyal dan Tengku Deedat berpindah semula masuk ke rumah agam Tengku Dary atas arahan Tengku Daiyan. Tengku Dareena pula banyak termenung. Sapaan dari sepupu semua dia tak layan. Tengku Dareena bersikap dingin.

Tengku Hazal rasa geram bila sang ketua a.k.a sepupu abaikan mereka. "Tengku Nur Dareena Inaaya binti Tengku Dary Ilyaas! Sampai bila kau nak palau kami?"

Tengku Dareena terus pusing. Dia berjalan ke arah Tengku Hazal.

Tamparan padu pada pipi Tengku Hazal buatkan semua terdiam.

"Kalau kau dengan yang lain tak masuk campur dalam hidup aku, Nara tak akan pergi tinggalkan aku. Puas hati kau tengok aku jadi macam nie."

Tengku Dafi terkejut bila dengar ungkapan dari Tengku Dareena. Tengku Dafi tidak sangka perubahan Tengku Dareena begitu ketara. Tengku Daaniyal dihubungi sejurus melihat perubahan Tengku Dareena.

Tengku Daaniyal terus bertolak sejurus dapat panggilan mengatakan Tengku Dareena mengamuk sakan di sekolah. Hal itu buatkan mereka takut jika Tengku Dareena cederakan diri sendiri. Kesan kehilangan Tengku Daariya buatkan mereka yang lain dingin dengan orang luar.

Tengku Dareena terus masuk kereta sejurus si abang sampai. Hanya airmata yang menemani Tengku Dareena. Kini sudah 3bulan Tengku Daariya pergi meninggalkan mereka.

Manakala Tengku Daariya pula kini sudah berada di US. Dia belajar di sana dan akan balik ke Malaysia kerana SPM. Sejurus dia sedar 2 bulan lepas,mereka terus berangkat ke US. Mereka hanya memerhati sebelum bertindak.

-TBC-

Happy reading❣️

Updated : 3/9/2022

 Mrs Mafia : Aslan Dewigh (slow Update)Where stories live. Discover now