BAB 34

11.1K 420 91
                                    

'long nights, daydreams makes me go crazy about you'








"kenapa kau suruh aku datang office kau ni? Kau tahu tak aku banyak kerja lagi nak buat"Amirul Bakri duduk di sofa yang berada didalam pejabat Qaiser Rayyan sambil membebel kecil. Lengan baju kemejanya yang berwarna baby blue itu dilipatkan hingga ke siku dan dipadankan pula dengan seluar slacknya yang berwarna hitam.

"eleh kau ni, aku lagi banyak kerja tau" Rayyan merengus geram sambil menguak rambutnya yang keperangan itu kebelakang lalu mengikatnya kecil.

"haish! Yelah! Apasal kau panggil aku ni?"

"kau tahu tak pasal company kita ada ambil budak intern?" Ya, Amirul berkerja dibawah syarikat Qaiser Rayyan iaitu M'S Alight Company. Saja, dia nak membantu sahabatnya itu. Walaupun dia memiliki syarikatnya yang tersendiri, tapi dia dengan rela hatinya menawarkan diri untuk meringankan beban rakan karibnya ini. Rayyan pula dengan senang hati terima dengan hati yang terbuka dan meletakkan seratus peratus kepercayaan terhadapnya. Alang-alang orang dah offer nak tolong handlekan, dia serahkan sajalah. Ringanlah sikit bebannya ini.

"ya, tahu. Asal?"

"diorang dapat intern dekat situ?" Amirul yang seakan faham siapakah maksud Rayyan itu terus berasa teruja.

"ha?! Seriuslah?! Dekat company yang mana satu ni?"

"dekat company yang kau jaga tu lah. M'S Alight"

"ouhh" Amirul terus tersengih sumbing. Dia sudah berasa teruja untuk berjumpa dengan buah hatinya itu. Menyesal pula dia tak semak betul-betul nama pelajar yang akan membuat praktikal di syarikat mereka.

"kau jangan nak happy sangat, ingat. Kerja tetap jalan eh! Usya-usya juga, kerja jangan lupa" Amirul mencebik mulutnya. Macamlah Rayyan tak tahu yang Amirul ini sudah tangkap cintun dengan kawan si tunangnya itu, Amira Earina

"eleh cakap dengan cermin ker bro?!" Rayyan hanya menjulingkan matanya ke atas

"diamlah kau! Urgh! Lepasni tolong tengokkan diorang, if anything happen just inform me immediately"

"baik boss yang terhormat"

"dah blah! Aku nak buat kerja"

"amboi kau! Kau ingat aku orang suruhan gaji kau, boleh arah sesuka hati jer" Rayyan hanya menjelirkan lidahnya kepada Amirul.

"Eee aku hempuk kang benjol kepala kau" Amirul mengacah untuk membaling file yang berada diatas meja Rayyan itu.

"hahahahhaha marah benor, dah pergi lah buat kerja kau, lunch nanti kita keluar. Aku belanja" kata Rayyan sambil menyambung menaip sesuatu dikomputernya

"mantaplah, awesome! Sayang kau Jamil" Amirul memberi flying kiss kepada Rayyan lalu berjalan keluar dari office tersebut.

"woi! Nama aku bukan Jamil lah sengal! Sengal punya kawan!"

"HAHAHHAHHA" kedengaran ketawa kuat dari luar bilik pejabat Qaiser Rayyan

BILIK ASRAMA

"wei aku nervous duh nak intern nanti" kata Amira

"apasal?" Tanya Diana kepada Amira

"entahlah, hati aku ni macam tak tenang jer"

"alah! Kau ni, tak payah fikir sangatlah. Semuanya akan okay lah" Fatin menenangkan sahabatnya itu

"entah kau ni! Dah jadi macam Atin dah, suka overthinking. Dia bagi nasihat dekat orang pandai, tapi bila kena batang hidung sendiri baru tahu" Diana mencuit hujung lengan Fatin dengan pen birunya

His Señorita: 𝑸𝒂𝒊𝑭𝒂 ( COMPLETE )Where stories live. Discover now