BAB 22

11.2K 438 73
                                    

It's like love when we touch~~
Yeah, you got me out of my mind~~
More than half of the time ~~
I dive in for the rush~~
You know what I want and that's that~~
I'm not taking it back~~









"Wei! Kau tak cakap pun yang Abang Rayyan dengan kau ada something" kata Amira sambil mencucuk bahu kanan Fatin dengan lembut.

"Itulah, dalam diam kau kan"

"Eh taklah, kitorang memang tak ada apa-apa hubungan"

"Habistu kenapa cara dia layan kau macam ada something special jer, tadi pun dia panggil kau baby siap kenyit mata lagi. Huh.. kus semangat aku tengok" kata Amira

"Seriuslah korang, aku dengan dia tak ada apa-apa hubungan lah. Aku cuma hormat dia sebagai kawan ayah aku ja. Tak lebih dari itu pun." Fatin dengan berusaha menegakkan benang yang sudah basah.

"Yalah tu" Diana mencebik.

"Betullah! Aku dengan dia--" tanpa sempat Fatin menghabiskan ayatnya, Rayyan yang baru habis mengangkut barang ke kereta datang mencelah.

"Akan bertunang hujung minggu ni. Korang datanglah, bawa lagi sorang kawan korang tu. Nama Farhan kan? Tolong beritahu dia sekali, okay?"

"Hah?! Bertunang?!" Terjerit Amira & Diana apabila dia mendengarnya. Fatin yang mendengar kawan-kawannya menjerit terus menekup mulut mereka. Orang awam yang berada disekelilingnya turut melihat kearah mereka.

"Korang ni perlahanlah sikit!"

"Macam ni kau cakap kau tak ada apa-apa hubungan" kata Diana seakan berjauh hati.

"Itulah, sampai hati kau rahsiakan dari kitorang"

"Macam mana aku nak beritahu korang, sedangkan aku sendiri pun terkejut" Fatin mengeluh perlahan.

Rayyan yang melihat 'tunangnya' seakan didalam dunianya sendiri terus menberitahu mereka.

"Sebenarnya Abang yang nak buat surprise dekat Fatin, Fatin tak tahu yang abang betul-betul nak kahwin dengan dia. Memang sebelum ini abang dah minta izin dekat parents Fatin masa Fatin ada dalam asrama lagi. Abang cuma tunggu masa yang sesuai sahaja untuk mengikat Fatin dengan cara yang sah. Abang tahu Fatin masih muda dan mahu kejar cita-cita, sebab itulah Abang sanggup tunggu. Dan, disebabkan korang tengah cuti semester, abang ingat nak tunang dengan Fatin dahulu. Supaya orang lain tahu, that she's actually mine." Terang Rayyan panjang lebar. Manakala 2 orang anak muda tersebut mendengar hujahan dari sang jejaka itu dengan perasaan yang terharu. Cuma satu orang sahaja yang risau tentang masa depannya.

"Ouh patutlah selama ni asyik tenung jer si Fatin ni" Amira mencuit bahu kanan Fatin

"Ouh okay, kami faham. Kalau macam tu, tak apalah, kami doakan yang baik-baik saja. Tahniah Atin, nanti kitorang datang majlis kau, okay?"

"Kitorang datang sehari awal dari majlis kau HAHAHAAH"

"Ta---p--pi"

"Baby ni terkejut sangat ni" Rayyan ketawa kecil melihat reaksi si 'tunangnya'

"Tak ada apalah Atin, kalau kami terkejut, apa lagi kau, kan?"

"Itulah, relax lah sistur"

"Ta--pi a--ku"

"Ahh tak apalah, kitorang gerak dulu. Korang hati-hati okay" Rayyan terus menarik tangan Fatin yang berlapikkan baju tu ke arah kereta Audi Birunya.

"Bye" kata Amira dan Diana serentak.

His Señorita: 𝑸𝒂𝒊𝑭𝒂 ( COMPLETE )Where stories live. Discover now