BAB 28

11.4K 454 118
                                    

'today's hardships brightly shines'









"boleh kami tahu siapa yang tolong orderkan?" tanya Fatin kepada pelayan tersebut. Iya lah, orang yang kita tak tahu tiba-tiba tolong orderkan, mana tahu kut-kut ada niat tak baik ker, ada letak racun ker. Tak ke mati muda macam tu.

Tanpa balasan, pelayan itu hanya tersenyum manis dan berjalan pergi.

"eh Atin, ni favourite kau duh!" Amira menunjukkan nasi goreng pataya itu kepada Fatin.

"boleh dikatakan semua makanan yang dipesan ni favourite kau" tambah Diana lagi membuatkan Fatin bertambah curiga.

"hm entahlah, kebetulan jer kut" Fatin mengabaikan segala spikulasi yang berada didalam kepala otaknya itu.

"hm jomlah makan. Alang-alang dah ada orang belanja ni, aku pun dah lapar sangat ni" kata Amira lalu mencedok bihun tomyam itu masuk kedalam mulutnya.

"bismillah dulu"

"uhuk-uhuk... bismillah" lalu mereka mangangkat tangan untuk membaca doa makan.

"Atin, kenapa kau tak makan?" tanya Diana

"entahlah, aku rasa macam tak sedap hati pula. Kalau yang diorang hantarkan ni, silap macam mana? Jenuh nak bayar ni nanti cheq ooi!!!"

"halah kau ni, tadi kan dia dah cakap untuk kita. Kau takut sangat pa hal?" kata Amira

"ya lah memang untuk kita, kena-kena dia letak racun ker, santau ker, tak ke naya kita."

BRUHH!!!

"ee pengotorlah kau ni Mira"

"bengonglah kau ni, public kut.. eee perangai tak semengah. Siapalah bakal suami kau nanti, malu tujuh keturunan"

Amira yang baru meludahkan balik sisa makanannya kedalam mangkuk itu hanya menghiraukan saja kritikan sahabat-sahabatnya. 'ahh lantaklah be yourself kut.. tambah-tambah hal macam ni, kena titikberatkan keselamatan dulu. Hal penampilan, belakang kira'

"weii haahlah! OMG, aku tak terfikir pula. Aku dah kena racun ke eh?" kata Amira sambil menilik seluruh tubuh badannya.

"tak lah gila! aku tengok kau sihat jer sekarang ni"

"korang, aku tak nak makanlah. Risau pula aku. Aku ni kalau dah overthinking memang tak boleh bawa bincang dah"

"hm okay, kalau macam tu kita pergi makan dekat tempat lain."

"jomm" belum sempat mereka bertiga bangun melangkah keluar. Tiba-tiba ada seorang jejaka datang menghampiri mereka.

"kenapa tak makan?"

"Abang Rayyan?" kata Diana dan Amira serentak. Manakala Fatin pula hanya berdiam diri. Dia tercengang sekarang ini apabila tiba-tiba sahaja dia mendapati bahawa tunangnya ini berada di hadapannya.

"kenapa tak makan?" tanya Rayyan sekali lagi dan menghalang laluan keluar Fatin lalu menolak perlahan tubuh badan Fatin untuk duduk.

"huh?" mereka bertiga menayangkan raut wajah tanda tanya.

"abang yang belanja korang, sebabtu abang order awal-awal" terang Rayyan lalu duduk disebelah Fatin. Fatin pula hanya melihat sisi wajah Rayyan. Manakala Diana dan Amira pula hanya meng'ooo' kan sahaja lalu duduk kembali ke kerusi mereka.

"ouhh la... Kitorang ingatkan siapa. Rupanya tunang kau Atin, kalau kau cakap awal-awal tadi kan senang." Rayyan hanya ketawa perlahan

"she doesn't know about this, I make a surprise for her, right baby?" kata Rayyan lalu menoleh kearah Fatin seraya memberi kenyitan kepada Fatin.

His Señorita: 𝑸𝒂𝒊𝑭𝒂 ( COMPLETE )Where stories live. Discover now