BAB 26

11.8K 447 82
                                    

'Only you can make me feel like this'







Fatin termenung sendiri sambil bermain dengan cincin ditangannya.

"Kakak okay?" Tanya Datin Linda sambil menggosok perlahan belakang kepala Fatin. Dia perasan bahawa dari tadi anaknya iaitu Fatin Adeera asyik bermain dengan cincinnya.

"Okay" Fatin memberi senyuman kekoknya.

"Ni, tangan kenapa terketar-ketar ni?" Datin Linda ketawa perlahan

"Hehehehe macam tak kenal dengan anak ibu ni.. anxiety kan?"

"Hm yelah kakak. Kakak kena kawal anxiety tu, jangan biar anxiety yang kawal kakak.. nanti boleh teruk padahnya" Datin Linda menggenggam tangan anaknya dan mengurutnya perlahan.

"Baik ibu, kakak cuba"

"Tu, tunang Fatin datang tu?"

"Hah?" Fatin yang melihat Rayyan datang kearahnya dengan memakai baju melayu berwarna ungu yang juga sama dengannya iaitu berbaju kurung tradisional berwarna ungu, dapat membuatkan rentak jantungnya berubah laju.

"Ibu nak pergi mana? Duduklah sini. Kenapa dia datang sini, ibu?" Fatin menarik tangan ibunya untuk kembali duduk disisinya.

"Dia datang nak tengok kakaklah.. alang-alang tu nak photoshoot sekali, nampak Tu Cameraman dah tunggu tu"

"Alahh ibu, tak naklah" Fatin menarik tangan ibunya supaya sentiasa kekal disisinya.

"Ray, duduklah sini. Tangkap gambar sekali" Datin Linda mengendahkan rayuan Fatin.

"Baik akak" Rayyan tersenyum manis

"Jangan panggil akak dah, panggil ibu ja Ray.."

"Baik ibu" kata Rayyan lalu duduk disebelah Fatin dengan jarak yang agak dekat

"Assalamualaikum baby" Rayyan memberi salam kepada tunangnya. Dia dapat agak tunangnya kini sedang gelisah

" waalaikumussalam" jawab Fatin perlahan.

"Relax baby, jangan nervous." Rayyan ketawa kecil

"Hm okay" Fatin menghembus nafasnya perlahan

"Look at me please, i want to see your eyes" kata Rayyan dengan suara yang merdu.

Fatin mengangkat kepalanya lalu matanya bertembung dengan jejaka yang berada dihadapannya. Rayyan menguntum senyuman paling manis untuk sibidadarinya. Mereka kini seakan-akan berada didalam dunia sendiri. Tanpa Fatin sedari, dia juga turut membalas senyuman Rayyan. Dia berasa tenang apabila melihat Rayyan versi ini. Rayyan yang melihat senyuman Fatin, terus saja merasakan jantungnya ingin meletup. Lalu tanpa dia sedari, dia mengangkat tangannya untuk menyentuh pipi Fatin. Tetapi belum sempat tangannya mendarat dipipi tersebut. Terdengar bunyi 'kecekak kecekak'

"Amboi amboi sweet haih, main tenung-tenung pula.. bersemut disini" kata Amira.

"Entah, sampai lupa kami kat sini" sambung Diana pula.

"Bro! Kalau ya pun, tunggulah kahwin nanti. Kau baru bertunang jer" kata Amirul, kawan kepada Rayyan itu.

"HAHAAHHAHA" semua didalam rumah tersebut ketawa melihat reaksi pasangan itu. Rayyan hanya memberikan senyuman sinis manakala muka Fatin pula berubah menjadi merah.

"Pfftt aku akan buat lebih lagi dari ni lepas kahwin nanti" kata Rayyan dengan selambanya. Fatin yang mendengarnya itu, membuatkan pipinya lagi merah.

"amboi abang Ray, gelojoh benor" kata Farhan.

His Señorita: 𝑸𝒂𝒊𝑭𝒂 ( COMPLETE )Where stories live. Discover now