Sepontan dia berlari ingin lindungi kanak-kanak perempuan tersebut.

Bang! Bang!

"EDITHHHH!!!!" Achyls memetir terkejut. Dia berlari menghampiri Tengku Daariya sebelum tubuh yang mahu tumbang itu disambut.

"Nanti pesan kat daddy dan mummy. Diaorang tak perlu lindungi aku. Tapi Dia hanya boleh lindungi seorang sahaja anak perempuan keluarga Tengku Dary."

Achyls melihat Ray Almond mahu lari. Tanpa berkata dia terus melepaskan tembakan pada kaki musuhnya itu.

Ray menjerit kesakitan. "He'll pay the price for messing up the us. Tengku Daaniyal and Tengku Deedat won't let him alive."

Charles terus bawa kanak-kanak perempuan itu untuk pemeriksaan kesihatan setelah Ambulans sampai. Charles minta doktor lain ambil alih memeriksa keadaan kanak-kanak perempuan itu.

"Zayyan, hubungi Tengku Daiyan. Beritahu dia keadaan Daariya. He need know about his granddaughter's condition." Zayyan terus membawa keluar iPhone 13 Pro Max dan menghubungi Tengku Daiyan.
*******

"BAIKLAH. aku dengan yang lain akan bertolak malam nie. Kau ganti tempat menantu aku. Aku benarkan jika Nara dibedah." Tengku Daiyan tamatkan panggilan. Kesemua keluarga itu memandang sedih wajah Tengku Daiyan.

"Papa, apa yang jadi? Kenapa dengan anak Dura." Tengku Daiyan menarik nafas dalam sebelum dihembus keluar.

"Nara kena tembak. Kita perlu bertolak ke France sekarang." Tuturnya dengan nada yang kedengaran datar.

Mereka semua terus saja bersiap untuk ke France sebentar nanti. Tengku Daaniyal dan Tengku Deedat sudah berada di lapangan terbang persendirian. Mereka dapat panggilan dari Achyls mengatakan adik mereka tercedera. Musuh berada di markas adik perempuannya itu. Mereka akan dibawa balik sejurus Tengku Daariya sedar.

Semua sudah bersedia untuk berlepas. Achyls sudah risau kerana Tengku Daariya dikatakan kekurangan darah. Berlaku komplikasi sebentar kerana kesalahan pembantu doktor disitu.

Setelah 9 jam Tengku Daariya dibedah, akhirnya gadis itu sudah keluar dari bilik bedah.

"Nara akan diletakkan di ICU. Keadaan dia tak stabil lagi. Aku akan perhatikan keadaan dia. Kau tolong terangkan pada keluarga besar Nara."

Achyls terus duduk setelah dapat tahu keadaan Tengku Daariya dari doktor pribadi mereka.

Terkejut Achyls bila Max datang dengan beg plastik yang berisi makanan serta minuman.

"You have to eat. If Nara knew you're not eating well, she'll beat me up" kata Max, tenang.

Achyls menyambut roti dan air mineral. Dia perlu makan kerana selepas sampai tadi mereka terus ke markas musuh.

*******

SETELAH 16 jam mereka berada dalam pesawat, akhirnya mereka tiba didestinasi. Tengku Daiyan melihat anak buah cucunya sudah sampai untuk mengambil mereka. Mereka akan terus ke hospital untuk melihat keadaan Tengku Daariya.

Achyls terus bangun setelah nampak kelibat Tengku Daiyan. Dia sudah bersiap sedia untuk mendapatkan hukuman. Tengku Daiyan terus saja memeluk tubuh Achyls.

Siapa sangka? jejaka itu membalas pelukan lelaki tua yang sudah dianggap seperti datuk sendiri kerana Zayyan, Charles dan Achyls merupakan anak yatim piatu sejak umur mereka menginjak 16 tahun.

"Dia lindungi budak perempuan tu. Wajah budak tu sebiji seperti dia masa kecil. Nara jatuh depan Ach." Tengku Daiyan tenangkan jejaka itu dahulu. Dia perlu beri mereka rehat setelah mereka bertukus lumus untuk melawan musuh.

Kelibat Zayyan Ammar seperti baru lepas belasah orang buatkan semua tertanya-tanya.

"Perghhh penat siak belasah orang. Tapi aku malas nak  habiskan nanti tak pasal-pasal Nara belasah aku."

Achyls geleng kepala bila Zayyan bercerita tanpa mereka menyoal.

"Ayyan dah lupa atok kat belakang nie ke?" Zayyan Ammar terus berpusing apabila nama samarannya dipanggil.

Antara mereka bertiga, Zayyan Ammar lah yang paling takut kalau sang atok angkat mereka itu memanggil menggunakan nama samaran.

"Ampun atok!" Zayyan melarikan diri sebelum Tengku Daiyan menarik telinganya.

"Hahahaha. Zay datang sini balik woiii." Tengku Deedat sudah memanggil jejaka itu tapi macam biasa. Zayyan tak akan hiraukan.

Kini semua masih menunggu Charles keluar untuk lebih selebih lanjut keadaan cucunya. Charles menghubungi Achyls untuk beritahu keluarga Tengku Daariya supaya pulang dan berehat.

Achyls  memandang wajah mereka semua seperti penat. "Atok. Char suruh Kita balik dulu. Besok pagi kita datang balik sini. Esok Ach akan cerita lagi pasal kejadian Nara tu." Mereka terus pulang setelah Achyls beritahu hal itu.

********

SEPERTI yang dijanjikan, pada pukul 9.00pagi semua bertolak ke hospital semula selepas saja mereka sarapan. Charles terjaga dari tidurnya untuk melihat keadaan Tengku Daariya. Jururawat disitu turut membantu.

Achyls terus ke bilik yang Charles mesej tadi. Dia membawa makanan dari rumah. Charles keluar dari bilik air terkejut melihat kawannya berada dalam bilik tu.

"Bangsat tu macam mana?" Achyls yang sedang main mobile legend angkat kepala memandang kearah Charless.

"Zay belasah mamat tu. Tapi mamat tu nanti Kita bawa balik. Mungkin Tengku Daaniyal pula teruskan seksaan tu. Kau pun tahu kan Nara macam. Mujur diaorang yang seksa kalau Nara yang seksa lagi teruk weyh."

Charles anggukkan saja kepalanya dengan apa yang Achyls katakan. Mereka pernah tengok Tengku Daariya seksa anak buah yang belot kerana disuap duit yang banyak demi untuk dapatkan persetujuan Tengku Daariya untuk bekerjasama dengan mereka.

Kini, mereka sudah berada di wad Tengku Daariya. Charles larang ahli keluarga masuk dahulu. Tengku Dary berkeras mahu masuk walaupun dihalang. Tapi suara Tengku Daiyan buatkan dia mengeluh.

"Baru sekarang nak risaukan Nara. Selama nie kau hanya risaukan Reena. Kenapa? Takut Nara benci kau?." Semua tidak berani bersuara bila Tengku Daiyan dalam mood tidak baik bersuara.

Tengku Daaniyal dan Tengku Deedat buat biasa sahaja. Mereka tahu sang adik akan sedar tak lama lagi. Tengku Daariya bukan seperti Tengku Dareena. Dia sentiasa berlatih walaupun dia masih muda. Sebab itu Tengku Daariya dapat gelaran Queen manakala Tengku Aslan dapat gelaran King.

Kini mereka hanya melihat doktor keluar masuk dengan bekalan darah O. Tengku Daiyan tahu peraturan hospital. Mereka akan dapat melawat jika pesakit sudah stabil.

Kini mereka hanya boleh lihat dari cermin sahaja. Mereka masih tak dibenarkan masuk selagi doktor yang merawat tidak panggil.

-TBC-

Happy reading❣️

Updated : 26/2/2022

Vote n komen.
Thanks.

Maafkan aku sebab lambat update. Idea kurang. So jangan tanya bila nak update...terima kasih kerana memahami

 Mrs Mafia : Aslan Dewigh (slow Update)Where stories live. Discover now